Saturday, January 22, 2011

22 Jan - Selesai sudah proses penamaan calon PRK DUN Tenang. PAS lawan BN. Ramai yang hadir berpendapat ini adalah himpunan mengiringi calon PR yang paling ramai sepanjang sejarah PRK selepas PRU 12. Harakah Daily menyebut beribu-ribu dan Buletinonline menyasarkan 20 orang yang mengiringi calon PAS, Cikgu Normala Sudirman.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Naib-Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub. Turut menyertai perarakan ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw. Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.



Pesuruhjaya PAS Johor bersama-sama mengiringi calon.

Lautan penyokong PAS

Calon BN dan Pasukan Pengiring

Presiden PAS dan rombongan mengiringi calon PAS

Cikgu Normala disahkan sebagai calon yang bertanding mewakili PAS 
dan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon BN.

Rentetan Hari Penamaan calon daripada laman rasmi http://n05tenang.pas.org.my


12:01
admin: 
Kempen kedua-parti kini bermula sehingga 12 tengah malam 29 Januari, Sabtu nanti.
12:00
admin: 
Kedua-dua penyokong calon mula beredar. Keadaan di pusat penamaan calon mula lengang.


11:48
admin: 
Laungan takbir bergema dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.
11:43
admin: 
Calon PAS mula bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.

11:42
admin: 
Nama calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman mendahului nama calon BN dalam kertas undi.
11:37
admin: 
Sah, hanya satu lawan satu di Tenang, BN-PAS

11:29
admin: 
Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding.
11:27
admin: 
Ada tiga bantahan dikemukakan, tetapi Md Asri menolak semua bantahan tersebut.

11:24
admin: 
Keadaan di dewan pencalonan - masih menunggu nama-nama calon yang layak bertanding diumumkan.
11:18
admin: 
Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.


11:13
admin: 
Tempoh bantahan berakhir.
10:55
admin: 
Masa bantahan masih berbaki 5 minit. Jika tidak ada calon yang ditolak, pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azahar dan Normala.

10:53
admin: 
Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Dun Tenang ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Johor, Haji Dzulkefly Ahmad.
10:33
admin: 
Manakala calon BN pula, Mohd Azahar Ibrahim dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10:29
admin: 
Borang calon PAS Normala Sudirman dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.
10:28
admin: 
Pengarah Pilihan Raya Kecil BN Dun Tenang ialah Datuk Abdul Ghani Othman.

10:23
admin: 
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN. Tidak ada calon Bebas yang mengemukakan pencalonan.
10:03
admin: 
Pegawai SPR mengumumkan tempoh hantar kertas pencalonan ditutup. Tempoh bantahan selama sejam bermula, jika ada.

9:49
admin: 
Kedua-kedua calon dan pimpinannya berbual sesama mereka di khemah yang disediakan SPR.
9:46
admin: 
Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing.

9:41
admin: 
Calon PAS, Puan Normala Sudirman mengemukakan borang pencalonannya jam 9.10 pagi tadi.
9:38
admin: 
Sementara di luar dewan, kedua-dua penyokong parti berkumpul. Penyokong BN bernyanyi, Penyokong Pakatan Rakyat mengibarkan kain rentang seperti 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' sambil berselawat.

9:32
admin: 
Pegawai pengurus SPR bagi pilihan raya Dun Tenang ini ialah Md Asri Amir.
9:29
admin: 
Azahar calon pertama menyerahkan borang pencalonannya.

9:28
admin: 
Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan jam 9.02 tadi. Kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.
9:24
admin: 
Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

9:20
admin: 
Pintu laluan masuk yang kecil menyebabkan pimpinan kenamaan berasak masuk ke dewan.

0 comments :

ARKIB