Gambar daripada Al-Jazeera
26 Jan - Selepas demonstrasi besar-besaran semalam di seluruh Mesir menuntut rejim Hosni Mubarak selama 30 tahun ditamatkan, Al-Jazeera, klik, melaporkan bahawa Kerajaan mesir hari ini menutup perkhidmatan Tweeter ke seluruh Mesir kerana para demonstran menggunakan Tweeter sebagai medium perhubungan utama bagi mencetus dan mengatur tunjuk perasaan terbesar di Mesir pada abad ini.
Zaman Ledakan teknologi maklumat menyebabkan maklumat tersebar dengan sangat cepat melalui pelbagai medium seperti Tweeter, Facebook dan Blog, sehingga ruang untuk memperbodohkan rakyat dan dunia menjadi sangat sempit untuk rejim-rejim yang zalim dan menguruskan harta negara sebagai harta dan milik peribadi yang hanya dikongsikan dengan keluarga terdekat dan para kroni.
Al-Jazeera menyebut dalam laporannya itu, “…Sebelum ini, Kerajaan Tunisia pun tahu tentang bahaya internet dan blog dalam menyatukan pendapat awam setelah mengambil pengajaran daripada siri protes yang berlaku di Iran selepas pilihanraya umum 2009 yang lalu, sebab itulah Kerajaan Tunisia menutup laman-laman blog sejak bulan April tahun lepas, seolah-olah mereka dapat mencium akibat buruk yang akan menimpa mereka”.
Kerajaan Malaysia mula hendak mengambil langkah seperti Kerajaan Zine el-Abidine Ben Ali di Tunisia, di mana KDN ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
Agaknya Kerajaan Malaysia pun sudah tercium nasib sama yang akan menimpa mereka sebagaimana rejim Zine el-Abidine Ben Ali di Tunisia dan rejim Hosni Mubarak di Mesir.
Agak-agaknya lah…
0 comments :
Post a Comment