Update : TPM akhirnya, minta MCA jangan komen lagi pasal bersalam, bimbang undi melayu pula merosot.
Bulan Ogos 2010, Datuk Seri Chua Soi Lek mengingatkan masyarakat cina tentang isu penubuhan negara Islam kerana negara-negara Islam adalah mundur dan rasuah dan kenyataannya itu dibidas oleh Lim Guan Eng pada 7 Ogos dengan menyifatkan Chua Soi Lek sebagai jahil tentang sejarah tamadun Islam yang hebat.
Bulan Januari 2011, di Tenang, Chua terus memberi amaran kepada masyarakat cina tentang bahaya PAS yang berjuang untuk menegakkan negara Islam yang disokong oleh TPM Datuk Seri Muhyiddin Yasin.
Chua terus maju setapak lagi menghina hukum Islam apabila tentang calon PAS, Cikgu Normala yang bersalam dengan lelaki menggunakan sarung tangan disifatkan sebagai adat yang tidak mesra dan tidak sesuai memimpin masyarakat Malaysia.
Isu tidak boleh bersalam antara bukan mahram (lingkungan saudara terdekat dalam perundangan Islam) adalah sama seperti isu wanita bertudung di mana ia telah diajar dan sedia difahami oleh ummat Islam di Malaysia sejak di bangku sekolah lagi, yang tinggal hanyalah perbezaan daripada sudut mengamalkannya, dan ia boleh dilihat antara amalan isteri PM dan isteri TPM sendiri daripada aspek memakai tudung.
UMNO terus membiarkan presiden MCA itu menghentam Islam, asalkan tidak menghentam melayu secara langsung, kerana walaupun ramai orang melayu adalah Islam, tetapi PAS dilihat lebih komited dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam sebagai cara hidup.
Tan Sri Mufti Perak yang menyokong Datuk Seri Zamri Kadir sebagai MB Perak pun sampai menyebut, “…saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.” Klik di sini.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal dalam responnya tentang kenyataan Chua itu juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana “memperlekehkan ajaran Islam” ini dengan “cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat”. Klik disini.
Chua Soi Lek tidak pernah meminta maaf, walaupun dalam isu meminta masjid memperlahankan azan di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, peguam MCA yang membuat aduan tentang bunyi azan yang mengganggu tidurnya telah meminta maaf kepada Imam Masjid berkenaan.
Begitulah, orang melayu ditakut-takutkan dengan DAP sebagai anti melayu dan anti Islam, walaupun pemimpin DAP cuba mendekati al-Quran, masjid dan para ulama’ serta cuba untuk lebih memahami Islam bagi merapatkan hubungan muhibbah antara kaum.
Walhal Presiden MCA yang mewakili MCA terang-terang anti melayu yang berpegang dengan ajaran Islam, lepas ini mungkin isu tudung pula.
Tidak ada UMNO, PERKASA, Ulama’ Muda UMNO, YB Zulkifli Nordin dan NGO Melayu yang kisah.
PAS melalui Cikgu Mala terus melangkah memperjuangkan Islam, menerangkan ajaran Islam dan berusaha mendapatkan sokongan strategik daripada pelbagai pihak bagi membentuk negara Malaysia yang adil, telus dan berkebajikan kepada rakyat semua kaum.
0 comments :
Post a Comment