This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Wednesday, March 27, 2013
11:13 AM
Ripin
Wednesday, March 20, 2013
7:11 PM
Ripin
Monday, March 18, 2013
2:42 PM
Ripin
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan
Malah, suaminya itu tergamak membakar katil dan tilam di bilik tidur mereka di Kampung Surau Haji Mat Zain di sini, petang kelmarin selepas permintaannya mendapatkan RM50 tidak dapat ditunaikan.
Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 3 petang itu, suspek berusia 31 tahun itu membakar katil dan tilam bernilai RM1,000, bertujuan merosakkan harta milik mereka di rumah keluarga isterinya.
Mangsa berusia 29 tahun berkata, sebelum kejadian, suaminya datang ke tempat kerjanya di Kampung Padang Midin untuk meminta sejumlah wang.
“Saya tiada wang dan kemudian, suami seperti mengugut akan melakukan sesuatu sebab saya tidak dapat tunaikan permintaannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Sunday, March 17, 2013
11:40 PM
Ripin
Friday, March 15, 2013
9:31 AM
Ripin
Thursday, March 7, 2013
7:59 PM
Ripin
Thursday, February 28, 2013
12:36 PM
Ripin
Kan rentang yang menjadi punca pertelingkahan tersebut.
MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.
Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga mencetuskan keresahan masyarakat.
Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno BN.
“Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka.
“Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen untuk parti mereka,” ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pekarangan balai polis berkenaan.
Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu adalah fitnah yang direka Umno BN.
Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari.
Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung
Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.
Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25 Feb lalu berhubung kain rentang itu.
Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya.
Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia.
Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.
Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam penggunaan kalimah Allah.
“Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka (Umno) kata (tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bable Bahasa Melayu.
“Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya,” jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia.
Tuesday, February 26, 2013
9:01 PM
Ripin
Merdeka Centre menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan penurunan sehingga empat mata di kalangan pengundi Melayu – berbanding 77 peratus sejak sebulan lalu.
Jumlah responden Cina dan India yang berpuas hati dengaan Najib pula masing-masing di tahan 37 peratus dan 75 peratus.
Merdeka Center menyebut, tinjauan itu dijalankan selepas tiga peristiwa – perhimpuan 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Suruhanajay Siasatan Diraja di Sabah, dan kritikan ke atas kerajaan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
Tahap sokongan ke atas perdana menteri di tahap tertinggi – 71 peratus – pada Disember 2011.
Monday, February 25, 2013
8:52 PM
Ripin
MARANG - Pembangunan
Baru Pasar Besar Kedai Payang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu bukan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat, tetapi untuk projek bagi mendapat keuntungan kewangan oleh pihak tertentu dikalangan pemimpin Umno.
[Gambar - YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan panji-panji, bendera PAS kepada Ketua-ketua Pemuda DUN Dalam Kawasan Parlimen Marang sebagai simbolik pelancaran jentera pilhanraya Pemuda PAS Parlimen Marang]
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, pasar Payang sedia ada akan dirobohkan dan dibina diatas tapaknya sebuah pasar empat tingkat berhawa dingin dan sebuah hotel lima bintang.
Beliau mempersoalkan pembinaan pasar empat tingkat tersebut kerana katanya, tingkat dua pasar sedia ada pun tidak dikunjungi oleh ramai pelanggan.
"Pasar (Besar Kedai) Payang yang lama akan diruntuhkan, dia nak buat pasar empat tingkat pula............ yang dua tingkat (pasar sekarang) orang tak naik dah, nak buat empat tingkat......... cuba tanya peniaga pasar Payang yang berniaga di tingkat dua tu,
"harap ke Hari Raya.......... kalau musim (luar perayaan) macam sekarang, kita naik.....seorang-seorang tu mukanya masam (kerana tidak laku),"ujarnya.Beliau selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata demikian pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Program Xpresi Orang Muda Marang dan Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di Kampung Binjai Manis pada Sabtu 23 Februari.
Menurutnya, rakyat Terengganu tidak mampu dan tidak akan menikmati kemudahan pasar baru dan hotel lima bintang itu, kerana kos sewanya mahal, selain ia akan melenyapkan warisan rakyat negeri Terengganu.
"Siapa dia (yang) dia boleh jual (berniaga)? Lot-lot kedai kalau yang sebegitu akan dibuat, mesti sewanya mahal (dan) siapa boleh (yang mampu) sewa, hilang warisan rakyat negeri Terengganu!,
"Disitulah yang orang mari (datang) ke negeri Terengganu ini nak cari keropok, nak tengok pasar Payang, nak tengok kawasan istana (Maziah), nak tengok Bukit Puteri, kerana bila orang naik Bukit Puteri dia akan nampak 360 darjah dalam kawasan Kuala Terengganu,"jelasnya.
Namun begitu, katanya, pembandangan indah tersebut tidak dapat dinikmati apabila Pasar Besar Kedai Payang diruntuhkan dan dibina bangunan yang tinggi.
Sunday, February 24, 2013
12:25 PM
Ripin
1. Dingin sungguh dinihari tadi. Hujan pula turun selebatnya. Semalaman sukar untuk melelapkan mata. Meskipun penat sangat terasa setelah melalui 3 program besar yang mengambil jarak pemanduan yang jauh.2. Meninggalkan sempadan Kuantan, kami berlabuh seketika di pantai Terengganu. Sejurus selesai perasmian Majlis Xpresi Profesional Muda 2.0 di Qurrata Inn Riverside Resort Kuala Terengganu, saya terus berkejar ke Peringat Kota Bharu untuk Kuliah Perdana di Masjid Syuhada Kampung Bechah Mulong sebelum menyampai ceramah isu semasa di Lundang.
3. Merentas 3 negeri Pantai Timur dalam tempoh sehari dengan jadual program yang padat telah menjadi rutin. Segalanya dilaku untuk mencari mardhatillah dalam perjuangan suci ini. Tambahan pula amanah yang digalas sangat berat dan besar. Ianya terpaksa ditunai biarpun bertatih dan bertongkat paruh.
4. Rakan - rakan pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia jua mengalami situasi serupa. Cadang saya semalam, boleh bersapa rindu pada sahabat seperjuangan yang juga Timbalan saya dalam DPPM biar hanya baru 3 hari berpisah. Malangnya beliau telah bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadhiri satu program di sana sebelum memimpin delegasi DPPM ke konvensyen Pakatan Rakyat pada Isnin ini.
5. Kelihatan maklumat yang di update dalam kumpulan whatsapp DPPM petang kelmarin, sahabat saya, Naib Ketua DPPM yang baru sahaja sihat setelah seminggu lebih terlantar dipembaringan, kini telah berlepas ke Sabah untuk melangsaikan tanggungjawab perjuangan. Masing - masing dalam orbit tersendiri guna melunaskan amanah perjuangan sekaligus menepati roadmap DPPM membantu jamaah memenangi PRU 13 kelak.6. Sambil memaksa mata lelap, jari jemari ini terus merekodkan memori bersulam emosi mengharungi karenah perjuangan ini. 1001 rasa terbit dari sebuah kepenatan dalam mengharungi pancaroba hidup sebagai seorang pemegang amanah perjuangan.
7. Terubat segala duka, terasa tenang dan lapang apabila menyaksikan betapa musuh - musuh Islam juga terkial - kial mencari rentak bagi menyaingi usaha gigih para pejuang Islam yang tidak pernah bosan dan jemu menjulang agamanya. Ternyata musuh Islam juga jauh lebih penat menghabiskan tenaga dan keringat untuk menyekat perkembangan Islam yang kian menyinar di bumi bertuah ini. Malah kepenatan mereka bertambah tenat apabila setiap usaha mereka untuk memadam cahaya hidayah hanya berdepan kemurkaan Allah swt saban ketika.
8. Bukan sahaja tenaga, bahkan musuh Islam terpaksa menghabiskan jutaan harta mereka bagi "membeli" hati manusia dengan penuh yakin pada "kuasa" harta yang mereka miliki. Mereka lupa bahawa Allah swt adalah pemilik mutlak hati manusia. Akhirnya mereka terpaksa akur dengan segala kepedihan bahawa harta mereka habis namun gagal untuk menyekat kesedaran dan kebangkitan khasnya dari generasi muda. Semakin tenat apabila mereka menyedari bahawa "umpan" mereka serba tidak menjadi kerana ummah kini sedar bahawa sandiwara tahap "drama bersiri" itu, telah diketahui plot dan kesudahannya.
9. Mengenang realiti ini, ia bagaikan terapi yang menghilangkan tekanan emosi dan meregangkan urat saraf yang kepenatan mengharungi kepadatan jadual rutin seharian. Sebagaimana sukar dan payah kita redah "sahara" perjuangan demi mencari sebuah kemenangan buat Islam, begitulah tidak mudah dan senang bagi musuh menafikan gelombang perubahan yang sedang melanda negara.
10. Kedudukan mereka semakin hari semakin tenat. Apalagi yang mereka tidak buat untuk sekat kebangkitan ummah bersama angin perubahan yang kian marak ? Harta telah ditabur, janji telah dihambur, projek telah dihulur, K Pop sudah dianjur, Gangnam Style sudah diatur ... Apalagi yang belum disusur ? Kecuali hanya mereka kini bagaikan buah yang menanti gugur.
*** Catatan Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
