Friday, July 5, 2013

Petikan : Buletin Online

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/karnival%20jom%20ke%20masjid1.jpgKUALA TERENGGANU - Umat Islam dipersekitaran Kuala Terengganu, Marang dan hulu Terengganu di jemput hadir ke program 'Karnival Jom Ke Masjid' di perkarangan masjid Pengadang Baru dan menikmati mutiara ilmu serta membeli keperluan menghadapi bulan Ramadhan sambil menghulurkan derma.

Pengarah program Ahmad saufi Chik berkata program diambang Ramadhan al-Mubarak 1434 yang diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Julai itu bertujuan mendekatkan masyarakat dengan masjid dan memasyarakatkan masjid kepada orang ramai, sebelum kedatangan bulan yang mulia itu.

"Karnival Jom Ke Masjid ini diadakan selama tiga hari bermula Khamis 4hb Julai sehingga Sabtu 6hb Julai bertujuan mendekatkan masyarakat dengan masjid menjelang kedatangan Ramadhan al-Mubarak,

"Ia suatu program sosio budaya yang sarat dengan mutiara ilmuan dan memberi tumpuan dakwah kepada umum tanpa mengira usia dan latarbelakang politik disamping memberi peluang kepada peniaga-peniaga muslim mempromosi barangan atau produk mereka,"jelasnya.

Menurutnya, hiburan alternatif, berinformatif dan berbentuk santai juga turut disajikan kepada para pengunjung dengan kemunculan Ustaz Azhar Idrus bersama selibriti Shamsul Ghau-ghau dan persembahan nasyid dari kumpulan terkenal, Inteam.

Beliau berkata, 'pencinta ilmu' pula boleh mengutip 'mutiara' khususnya berkait dengan persoalan Ramadhan dlam Sembang Ambang Ramadhan dengan kehadiran Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nik Mohd Abduh dan Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Oleh itu, beliau menyeru supaya semua muslimin dan muslimat beramai-ramai, jangan melepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan sahabat handai bagi memeriahkan 'karnival' tersebut.

0 comments :

ARKIB