Friday, March 25, 2011

KUALA TERENGGANU - Wakil-wakil parti PAS, PKR dan DAP telah hadir ke balai polis Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis terhadap pengakuan Datuk T bahawa mereka adalah individu yang terlibat menayangkan video seks di Carcossa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Mereka adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Wan Faizul Wan Abas bersama Exco Pemuda, Fathi Aziz Abu Bakar  bersama Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Terengganu Haji Rosli Abdullah dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.


Llaporan tersebut dibuat kerana ketiga-tiga individu tersebut Tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato’ Eskay Shazril Abdullah dan Datuk Shuib Abdullah adalah melanggar Seksyen 292 Kamun Keseksaan, Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia apabila menayangkan video tersebut kepada pemberita dan para wartawan


Wan Faizul menyifatkan tindakan Datuk T menayangkan video tersebut kepada pihak media dan kemudian membuat pengakuan bahawa merekalah yang menayangkannya sebagai tindakan yang tidak tahu malu dan tidak bertanggungjawab.



"Berlaku penyebaran video lucah ini dan ditayangkan tanpa rasa malu dan tidak bertanggungjawab, kerana perkara yang belum disahkan (dilakukan oleh seseorang) disebar begitu rupa tanpa dibuat laporan kepada polis terlebih dahulu,"ujarnya ketika ditemui selepas membuat laporan tersebut.



Jadi, katanya PAS mendesak supaya mereka yang mengaku menayangkan video tersebut ditangkap segera kerana pengakuan mereka  sebagai 'Datuk T'  yang menayangkan video itu adalah jelas.





"Mereka ini sepatutnya ditangkap (segera) dan dibuat siasatan terperinci,"tegasnya.



Beliau menganggap pihak polis sengaja mencalarkan imej mereka dan menghilangkan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat kepada mereka sekiranya tidak mengambil tindakan, mennangkap mereka yang terbabit



Mengulas perkara sama, Menurut Setiausaha PKR Terengganu, Haji Rosli Abdullah, berdasarkan laporan akhbar media perdana yang memaparkan pengakuan Datuk T, pihaknya mendesak kerajaan khususnya pihak polis supaya bukan sahaja menyegerakan siasatan bahkan menyegerakan tangkapan keatas mereka.



Beliau turut meminta pihak berkuasa agama meniliti perkara video seks tersebut kerana pemimpin Umno-BN yang terbabit telah mempermainkan Islam dengan menayangkan video tersebut.



"Seolah-olah isu ini (video seks dan lucah) adalah isu kedai kopi, sedangkan mengikut perundangan Islam ia cukup tidak baik (mudarat) kepada masyarakat,"tegasnya.



Wakil DAP, Ng Chai Hing turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera terhadap ketiga-tiga Datuk yang telah mengaku terlibat dengan video seks yang berlaku sejak beberapa hari lalu.



"jelas, ketiga-tiga mereka telah melanggar Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 292 Kamun Keseksaan, DAP mendesak pihak polis mengambil tindakan segera, kalau tidak, imen polis akan tercemar,"jelasnya.



Sumber : Buletinonline

0 comments :

ARKIB