Sunday, March 6, 2011


KEPUTUSAN TERKINI






Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 139.


Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 


MERLIMAU Keputusan penuh tidak rasmi BN 5962 , PAS  2339,  maj 3623

Malaysiakini melaporkan;


Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi.
Jumlah undi rosak diterima ialah 132.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang dengan majoriti 2,589 undi.
BN memperolehi 4,793 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,204 undi.
Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi.

Majoriti kemenangan tidak rasmi BN itu mengatasi jumlah yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004 – sebanyak 24 undi.

Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi Cina telahpun kembali kepada BN di Kerdau.




Setakat 8.00 malam
MERLIMAU 5 peti undi belum diterima. Tapi dari 17 peti undi dah perolehi keputusan rasmi BN 4533, PAS 1671.


Setakat 7.50 malam
KERDAU Keputusan penuh tidak rasmi:
PAS 2204, BN 4793, Maj 2589, rosak 79

MERLIMAU BN 3214, PAS 1239


KERDAU Calon PAS, Hassanuddin Salim kini berada di markas induk
PAS. Dijangka satu sidang media akan diadakan selepas keputusan rasmi
diumum SPR.



MERLIMAU Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Azman Shapawi
menyampaikan ucapan penutup sebagai pembakar semangat kepada penyokong
dan petugas PAS di markas induk PAS.



Setakat 7.20 malam
KERDAU SPR: BN 2170, PAS 984, majo 1186

Setakat 7.15 malam
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1643, BN 3533, maj -1890, rosak 62
MERLIMAU Tidak Rasmi BN 5962, PAS 2339, majoriti 3623




Update: Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 


DUN Kerdau, seramai 83 peratus atau 7,480 orang telah keluar mengundi setakat 4 petang tadi.

DUN Merlimau, seramai 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi. 
Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.



Update; DUN Kerdau, sehingga jam 4 petang, seramai 81.5 peratus atau 7,336 orang telah keluar mengundi setakat 4 petang tadi.

DUN Merlimau, kira-kira 76.87 peratus atau 8, 181 orang pemilih berdaftar telah keluar mengundi sehingga 4 petang.




Update; DUN Kerdau, sehingga jam 3 petang, seramai 79.44 peratus atau 7,149 orang telah keluar mengundi setakat 3 petang tadi.


DUN Merlimau, kira-kira 72.6 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi sehingga 3 petang.


Malaysiakini melaporkan, sehingga jam 1.25pm Jumlah keluar mengundi di DUN Kerdau hingga setakat ini telahpun mencatat angka 6,467 pengundi – 71.86%.


Malaysian Insider melaporkan sehingga jam 11.00 am, jumlah keluar mengundi di Merlimau mencatat angka 5,746 - 54 %.

0 comments :

ARKIB