Wednesday, January 26, 2011


Selepas menuduh PAS bersikap agresif dengan membakar bendera BN pada permulaan kempen, BN bertindak lebih agresif lagi dengan menugaskan pasukan khas berbaju T BN mengganggu ceramah kempen PAS yang dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Felda Chempelak Barat malam tadi.

Menurut portal berita Malaysiakini, klik, kira 30 orang berbaju T BN itu menunggu Lim Guan Eng sejam lebih awal di sebuah rumah bertentangan dengan tempat ceramah dan ceramah Guan Eng selepas itu diganggu dengan menyanyi dan menjerit, lebih pelik lagi mereka turut menggunakan lafaz selawat, tahmid dan tahlil bagi tujuan mengganggu ceramah bukan untuk mendekatkan diri dengan Allah!

15 polis yang cuba menasihatkan mereka daripada menggangu ceramah pun tidak berjaya menghalang gerombolan samseng UMNO yang memberi syarat bahawa mereka hanya akan bersurai hanya bila Guan Eng selesai berucap.

Yang pelik lagi samseng BN memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap orang kafir", walhal Chua Soi Lek pun bukan Islam juga dan terang-terang menghina Islam tapi turut memakai baju biru T BN sama macam pakaian samseng BN tersebut.

Guan Eng pula pada malam itu membela prinsip Islam yang dipegang oleh Cikgu Mala yang tidak bersalam dengan lelaki yang bukan mahram sambil membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang enggan meminta maaf, beliau juga menyentuh tentang pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang.

UMNO ni kadang-kadang tak sedar dia dah lama berkawan dengan MCA yang diselubungi dengan nilai perkauman yang sangat tebal, tetapi sibuk sangat menuduh PAS berkawan dengan DAP yang sama-sama menuntut kerajaan yang lebih adil, lebih telus dan berkebajikan kepada rakyat – sambil mereka melabelkan DAP sebagai anti Islam dan anti melayu.

0 comments :

ARKIB