Saturday, June 5, 2010

E-mailPrintPDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/sekbktpayung.JPGMARANG - Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong yang dikuasai oleh PAS terus bergerak maju serta menabur bakti kepada masyarakat setempat meski pun dianak-tiri oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata meski pun wakil rakyat PAS tidak mendapat peruntukkan dari kerajaan negeri tetapi khidmat sosial kepada masyarakat setempat dilaksanakan.

Katanya, melalui MTD Bukit Payong pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan mengikut kadar kemampuan.

“Kita (PAS) meski pun tidak dapat peruntukkan kerajaan negeri dan ‘dianaktirikan’ tetapi pelbagai aktiviti parti dengan masyarakat dapat dilaksanakan.

“Kami (PAS) buat sekadar kemampuan kami dengan sumber kewangan dan kemudahan yang terhad,” jelasnya ketika dihubungi Buletin.

Menurutnya, MTD tersebut berjaya menubuhkan sebuah Madrasah Darul Iman (MDI) di Kampung Titian Baru Kedai Buluh dengan kos keseluruhan RM1 juta.

Kini, katanya pembinaan bangunan tiga tingkat MDI telah siap hampir 85 peratus sejak tiga tahun lalu yang bakal mempunyai 15 buah kelas.

Beliau menjelaskan kejayaan PAS Bukit Payong berjaya mewujudkan sebuah pusat pendidikan sekolah rendah tanpa bantuan kerajaan negeri Terengganu.

0 comments :

ARKIB