Bismillah. Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), ingin merakamkan ucapan dukacita yang teramat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan keluarga beliau diatas keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman keatas DSAI lima tahun penjara setelah menerima rayuan pendakwa dalam Kes Liwat 2.
Kami menganggap keputusan ini tidak boleh diterima kerana bercanggah dengan hukum Islam dan kes ini sepatutnya diadili di Mahkamah Syariah dan bukannya sivil. Dengan sistem pembuktian yang kuat yang digunakan dalam Islam dalm kes Qazaf sebegini, maka saya yakin DSAI tidak akan dizalimi sepertimana sistem keadilan ciptaan manusia.
Kami juga yakin dan percaya bahawa ini adalah keputusan yang dirancang bagi menamatkan karier politik DSAI di Malaysia. Jelas, ini adalah bayangan ketakutan Umno-BN kepada aura DSAI dan Pakatan Rakyat. Oleh sebab itu, mereka sanggup menggunakan segala jentera yang ada bagi mengekalkan kuasa mereka.
Kami konsisten dengan pegangan kami iaitu akan membantu sedaya upaya kami ke atas mereka yang dizalimi. Sesungguhnya kami takut dengan doa orang-orang yang dianiaya. Kami bersama jentera-jentera kami, insyaAllah akan berjuang bagi menghapuskan kezaliman ini kerana Allah.
Kami berdoa dan berharap agar Datin Seri Wan Azizah serta anak-anak dikurniakan ketabahan di atas ujian yang berat ini. Semoga Allah membantu DSAI serta keluarga mengharungi ujian ini.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan BPPNT
05 Jamadil Awwal 1435 bersamaan 08 Mac 2014
0 comments :
Post a Comment