Sunday, March 30, 2014

Jabatan Amal adalah satu nama yang sinonim dengan kerja-kerja kebajikan bagi membantu masyarakat tanpa mengira faktor politik, agama, bangsa serta status dan sentiasa di hadapan apabila bantuan diperlukan masyarakat. Kesungguhan dan keihklasan yang mereka tunjukkan dalam gerak kerja kebajikan ini, telah menarik perhatian masyarakat antaranya ketika memberikan bantuan banjir di Kuantan dan Kemaman...

Saturday, March 29, 2014

Petikan : Buletin Online MARANG – PAS tidak pernah berdendam dengan mana-mana musuh politiknya terutama dari kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) meski pun berlainan fahaman ideologi.   Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah tidak kekok untuk melawat serta menziarahi bekas Adun BN Pengkalan Berangan, Dato’ Yahya Khatib Mohamad yang mengidap...

Friday, March 21, 2014

Petikan : The Malaysian insider Pegawai Pusat Gerakan Operasi Negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata kebakaran seluas kira-kira 1,276 hektar kawasan hutan tanah gambut membabitkan antara daerah Dungun, Setiu, Besut serta Kuala Terengganu dan Kemaman yang dikesan sejak Januari lalu. – Gambar fail.Enam lokasi kebakaran hutan tanah gambut dan belukar berjaya dikawal serta dipadamkan sepenuhnya oleh...

Tuesday, March 18, 2014

Bukit Payong : Satu kejohanan bolasepak Piala YB Bukit Payong telah diadakan selama dua hari bermula 14 – 15 Mac lalu di Padang Bola Kampung Gong Kubur, berdekatan Kampung Paya Resak dekat sini. Kejohanan anjuran Pemuda PAS Dun Bukit Payong itu, bermatlamat bagi mengeratkan lagi hubungan antara rakyat agar dapat membentuk masyarakat yang lebih bersefahaman dan boleh bekerjasama sesama mereka...
1. Solat adalah wajib atas setiap muslim yang mukallaf walau apa jua keadaan sekalipun. Sehinggakan Islam telah menetapkan tatacara solat bagi orang yang sakit. Solat adalah menjadi fardu ain kepada semua muslim. 2. Saya terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat oleh Persatuan Pembelajaran Perubatan Pasca Siswazah (PGMES) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang menyebut hanya 20 peratus pesakit beragama Islam menunaikan solat semasa mendapatkan rawatan di wad HSNZ. Menurut pengerusinya,...

Friday, March 14, 2014

1. Pas Negeri Terengganu memandang serius dengan suasana jerebu yang melanda seluruh  negara ketika ini. Sehingga minggu lepas, angka terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar mendapati bahawa majoriti negeri-negeri di Malaysia mengalami jerebu tahap kedua (IPU : 51 - 100 habuk halus). Manakala di beberapa tempat di negeri Selangor mengalami paras tidak sihat dengan IPU melebihi 200 habuk halus. Sehingga kenyataan ini ditulis, sebanyak...

Thursday, March 13, 2014

Marang : Rakyat negeri Terengganu kebanyakannya mengambil sikap berhati-hati, menunggu apakah hasil siasatan oleh pihak berwajib berkaitan kes keracunan makanan yang dipercayai dibeli di Pasar Minggu Taman Syahbandar minggu lepas. Ini penting bagi rakyat Terengganu kerana isu yang melibatkan kesihatan orang ramai bukanlah sesuatu isu yang boleh diambil mudah oleh sesiapapun apatah lagi jika ianya melibatkan...

Saturday, March 8, 2014

Bismillah. Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), ingin merakamkan ucapan dukacita yang teramat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan keluarga beliau diatas keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman keatas DSAI lima tahun penjara setelah menerima rayuan pendakwa dalam Kes Liwat 2. Kami menganggap keputusan ini tidak boleh diterima kerana bercanggah dengan hukum Islam dan kes ini sepatutnya diadili di Mahkamah Syariah dan bukannya sivil. Dengan sistem pembuktian...

Thursday, March 6, 2014

1. PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Ilme Mat Adam atas kematian anak lelakinya, adik Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme akibat dari keracunan makanan pada hari Isnin, 3 Mac lalu. 2. Kejadian keracunan makanan ini sudah sampai peringkat wabak berlaku di sekitar Kuala Terengganu dengan jumlah mangsa setakat ini telah mencecah 101 orang yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kami difahamkan bahawa keracunan ini adalah berpunca dari makanan yang dibeli...

Monday, March 3, 2014

Dia suka berjenaka, malah boleh bermesra dengan sesiapapun walaupun kali pertama berjumpa dan bertemu dengannya. Namun apabila datang hal-hal yang penting dan mustahak, dia akan menjadi serius menumpukan perhatiannya kepada perkara tersebut. Mungkin inilah antara ramuan kejayaan YB Haji Hanafiah Mat memikat hati pengundi Chukai dan sekaligus menjadi wakil rakyat PAS bagi Dewan Undangan Negeri...

Saturday, March 1, 2014

  Bukit Besi : Satu program rehlah yang mengumpulkan anak-anak muda dari PAS Cawangan Kampung Surau Panjang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong telah diadakan Jumaat lalu. Program  selama dua hari itu malam itu, diadakan di Kawasan Perkelahan Air Terjun Chemerong, Pasir Raja, Dungun disertai oleh seramai 63 orang pemuda bermotosikal. Menurut Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung...

ARKIB