Sunday, March 17, 2013

Jambu Bongkok : PAS Pengkalan Berangan yakin dan percaya peluang dan harapan untuk merampas kembali Dun Pengkalan Berangan daripada BN semakin cerah.

Keyakinan itu bukan hanya satu mimpi tetapi ianya bersandarkan kepada hakikat penerimaan perjuangan PAS oleh rakyat Pengkalan Berangan sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.
Ini terbukti dengan kemasukan seramai 190 orang ahli baru  yang  baru sahaja dianugerahkan sijil keahlian di Cawangan Jambu Bongkok dalam satu majlis di sini baru-baru ini.
Menurut Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong (kiri)sebahagian besar ahli baru daripada keseluruhan jumlah itu adalah terdiri dari golongan muda.
Beliau berkeyakinan bahawa kemasukan ahli-ahli baru ini adalah hasil dari gerak kerja semua ahli yang tidak mengenal putus asa dalam mempromosikan PAS dan dasarnya kepada masyarakat sekeliling.
“Kita yakin dan percaya mereka ini telah memahami dengan jelas dasar perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh. Oleh itu mereka menyertai kita.
Tawaran dalam manifesto PAS juga menarik minat mereka untuk turut serta dalam jemaah kita dan seterusnya kita berharap mereka akan berusaha memberi kefahaman kepada rakan-rakan mereka di luar sana,” ujar beliau.
Beliau yang juga Pengarah PASTI Terengganu juga menyeru agar semua lapisan masyarakat yang masih di luar PAS agar mencontohi perubahan yang telah dilakukan oleh golongan muda Jambu Bongkok ini.
Setiausaha UPU Jambu Bongkok Saudara Saifillah Ismail (kiri) menerima sijil keahlian mewakili 190 orang ahli baru PAS di Jambu Bongkok daripada Adun Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah baru-baru ini
 
Majlis penyerahan sijil keahlian itu telah disempurnakan oleh Adun Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga sebagai penceramah jemputan dalam majlis tersebut.
Turut diundang sebagai penceramah ialah wakil muslimat PAS Puan Rusni Hassan, bekas ahli Puteri Umno Banggol Donas yang turut mendedahkan pelbagai penyelewangan yang telah dilakukan oleh Umno.

0 comments :

ARKIB