Rhu Muda : Seramai kira-kira 500
orang anak muda dari semua cawangan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit
Payong berikrar untuk menolak Umno dan BN dalam pilihanraya umum (PRU) ke 13
nanti.
Mereka menyatakan hasrat mereka
itu dalam program Konvoi Pemuda DUN Bukit Payong Tolak Umno – BN anjuran
Alternative Riding Club (ARC) DUN Bukit Payong baru-baru ini.
Menurut koodinator program
saudara Muhammad Rahim Razali (kiri) program ini bertujuan memberi kesedaran kepada
pengundi-pengundi muda di DUN Bukit Payong terutama pengundi baru, agar tidak
melakukan kesilapan dengan mengundi BN dalam PRU nanti.
Ianya juga bertujuan menarik
seramai mungkin orang-orang muda yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar
di DUN Bukit Payong.
“Mereka ini bukan semuanya ahli
PAS, sebahagiannya adalah orang atas pagar.
Matlamat program ini melebihi
sasaran kerana sebahagian mereka yang dulu kita kenal pasti sebagai penyokong
Umnopun ada turut serta dalam program ini,” katanya.
Beliau yang juga Ketua ARC Bukit
Payong menambah, ahli dari cawangan yang kurang aktif sebelum ini turut
menghantar ramai peserta, sekaligus menunjukkan semangat kerja untuk PRU
semakin meningkat.
Ditanya samada program ini akan
diadakan lagi, beliau menjawab bahawa ianya sudah dalam perancangan ARC Bukit
Payong untuk bergabung dengan ARC Marang bagi mengembangkan program ini
keperingkat kawasan.
Aktiviti yang berbentuk santai
ini juga diisi dengan slot motivasi agama oleh wakil rakyat DUN Bukit Payong,
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, hadiah cabutan bertuah dan makan tengahari.
Program yang dijayakan bersama dengan
Kelab Pacuan Empat Roda Parlimen Marang (PASAK) itu bermula dari Markas PAS Atas
Tol menuju ke pantai Rhu Muda dan berakhir dengan konvoi pulang ke Titian Baru
dan bersolat jemaah di Masjid Titian Baru.
0 comments :
Post a Comment