Tuesday, January 1, 2013

 
Petikan : Malaysiakini
 
JHEAT serbu 'parti liar' di kelab eksklusif T'ganu
 
Sebuah kelab eksklusif diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kerana menganjurkan parti liar sempena sambutan tahun baru awal pagi tadi.
Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata empat remaja perempuan Melayu berumur lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.

Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook.

"Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis.

Sementara itu di Pahang :

Ops tahun baru: JAIP cekup 13 pasangan remaja
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mencekup 13 pasangan remaja berumur 18 tahun hingga 25 tahun dalam operasi cegah jenayah syariah sempena sambutan Tahun Baharu 2013.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan dicekup di beberapa hotel bajet di bandar ini dalam operasi bermula 9 malam tadi dan berakhir kira-kira 6.30 pagi ini.

"Kebanyakan pasangan yang ditangkap berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan mereka didapati berkhalwat di hotel-hotel murah sekitar pusat bandar selepas meraikan sambutan tahun baharu.

"Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Katanya JAIP sentiasa mengadakan operasi dalam usaha membanteras umat Islam daripada terjebak dalam kes jenayah syariah seperti berkhalwat.

0 comments :

POSTING TERBARU

ARKIB