Sunday, January 27, 2013

( Finalis futsal bergambar kenangan bersama YB Ustaz Mohd Nor)
 
Satu pertandingan futsal antara belia-belia sekitar Kampung Laut telah diadakan di Hazlan Futsal baru-baru ini.

Pertandingan bagi merapatkan silaturrahim antara belia-belia dengan kepimpinan PAS di Kampung Laut itu adalah dibawah program "Orang Mude Geng Kite".

Sebanyak 16 pasukan telah berjaya dikumpulkan bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung dari pagi sehingga jam 5.30 petang itu.

Pihak penganjur melahirkan rasa gembira dengan penyertaan sebanyak itu kerana Kampung Laut dan kawasan sekitarnya dikenali sebagai kampung mesra BN.

"Pasukan yang menyertai pertandingan anjuran Kampung Laut ini melebihi penyertaan pasukan semasa Pekan Bukit Payong menganjurkan pertandingan tahun lepas," kata seorang peminat yang tidak mahu dikenali.

Dengan kejayaan penganjuran dan penyertaan sebanyak ini dari belia-belia, beliau mengharapkan agar Kampung Laut sedikit masa lagi akan menjadi kampung mesra PR.

(Antara aksi menarik pertandingan)


Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Dalam ucapan penutupan, beliau menekankan pentingnya kesihatan dijaga untuk seseorang itu lebih kuat beribadat.

Beliau juga mengingatkan agar beriadah atau berhibur perlulah dalam lingkungan yang dibenarkan Islam dan bukannya sesuka hati tanpa garis panduan.

Beliau kemudiannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur yang telah berjaya mengumpul ramai belia-belia dalam pertandingan ini.

0 comments :

POSTING TERBARU

ARKIB