Satu kejohanan badminton Tertutup Bukit
Payong telah diadakan pada hari Jumaat lepas bertempat di DS Sport Center Wakaf
Mempelam Kuala Terengganu.
Kejohanan anjuran Jabatan Pembangunan Remaja
(WAJA) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong itu bertujuan untuk mengeratkan
hubungan sesama ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang dan sebagai salah satu
cara bagi mengekalkan kesihatan diri.
Menurut penganjur kejohanan yang mahu dikenali
sebagai Mat Cah, sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian yang melibatkan
32 pemain dari seluruh DUN Bukit Payong.
Kejohanan yang bermula jam 9.00 pagi itu
berakhir pada jam 12.30 tengahari hari yang sama telah dirasmikan oleh Ketua
Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang Ustaz Zakaria Ismail menggantikan YB
Ustaz Mohd Nor Hamzah yang tidak dapat hadir.
Ustaz Zakaria dalam ucapan perasmiannya telah
memberikan galakan agar penganjuran seperti ini diperbanyakkan lagi supaya
dapat tarikan kepada anak-anak muda untuk bersama bergiat dengan Dewan Pemuda PAS
di kawasan masing-masing.
Pasangan bergu Hakim dan Mazli dari Kampung
Atas Tol telah keluar sebagai juara apabila berjaya menewaskan lawan mereka di
peringkat akhir iaitu pasangan bergu Aizuddin dan Afifi.
0 comments :
Post a Comment