
Menurut laporan Berita Harian hari ini, Othman berkata jabatan itu bagaimanapun akan memanggil Abdul Hadi terlebih dahulu dan mahu presiden parti tersebut menarik balik amanat berkenaan.
"Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir.
"Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah-pecah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah," katanya.
Beliau turut mengakui bahawa tindakan telah dijalankan ke atas isu berkenaan sebelum ini dan mendakwa jabatan itu mempunyai bukti berhubung elemen mengkafir itu.
"Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik... Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada.
"Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang Umno tak boleh," katanya.
MP Shah Alam Khalid Samad pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno.
Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.
"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.
6:57 PM
Ripin
PAS menyokong penuh hasrat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.



KAHERAH - Kemenangan kepada Islam hanya akan tiba apabila seseorang muslim itu menepati ciri-ciri seorang hamba dan menjadi menjadi hamba Allah dalam konteks yang sebenarnya.
KAHERAH – Misi Perubatan dan Rehabilitasi Yayasan Amal Malaysia berjaya menghantar ubat-ubatan bernilai RM50,000 ke wilayah Gaza dengan kerjasama Perastuan Doktor-doktor Seluruh Mesir (Egyptian Medical Syndicate - EMS).
Beliau memaklum, pertubuhannya telah lama menjalin hubungan erat dengan pihak berkuasa Gaza, khususnya dalam menyalurkan bantuan kesihatan dan perubatan.
DUNGUN - Kehadiran lebih 50,000 rakyat berbilang bangsa dan agama di tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu, Paka, Dungun Terengganu hari ini telah membuktikan kejayaan pakatan rakyat berjaya memikat hati rakyat dengan pelbagai isu negeri dan negara tengah malam semalam.
