Bismillahir rahmaanir rahiim
Surah Ibrahim :
BARISAN
NASIONAL ZALIM
Surah Ibrahim :
42. Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyangka Allah lalai
akan apa Yang dilakukan oleh orang-orang Yang zalim; Sesungguhnya ia hanya
melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari Yang padanya terbeliak kaku
pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku).
43. (dalam pada
itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil
mendongakkan kepala mereka Dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak
bersemangat (kerana bingung dan cemas).
44. Dan berilah
amaran (Wahai Muhammad) kepada manusia Yang ingkar itu jangan mereka lupakan
hari kiamat Yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu,
orang-orang Yang berlaku zalim akan merayu Dengan berkata: "Wahai Tuhan
kami, (kembalikanlah Kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada Kami hingga ke
suatu masa Yang dekat, supaya Kami menyahut seruanmu (untuk mengesakanMu dan
mentaati perintahMu), dan supaya Kami menurut ugama Yang disampaikan oleh
Rasul-rasul itu". dan (rayuan mereka akan ditolak Dengan dikatakan kepada
mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan
Bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu Dalam dunia) dahulu, Bahawa keadaan
kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
KENAPA UMNO TAKUT DENGAN DOA ?
Media pro
Barisan Basional cuba mengeksploitasikan doa yang digumandangkan dalam Majlis
Solat Hajat sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Sultan Muhammad V,
Kelantan. Maka ulama UMNO mengambil kesempatan untuk memasyhurkan diri dengan
mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk mempersalahkan doa tersebut.
1- Tidak boleh
berdoa untuk kehancuran sesama Islam dan
doa yang tiada adab.
2- Berdoa
kehancuran untuk Narisan Nasional bermakna berdoa kehancuran untuk ahli-ahli
dan pendokong-pendokong UMNO.
3- Tiada dalam
ajaran Rasulullah berdoa “ ko BN , BN ko”.
Suka saya
mengemukakan beberapa soalan sebelum saya menjawab tentang keraguan yang
ditimbulkan oleh media tentang doa tersebut untuk menarik pengundi melayu agar
membenci PAS.
1- Apakah
pemimpin dan ulama UMNO berdoa untuk kekuatan PAS ?.
2- Apakah
pemimpin dan ulama UMNO bertindak untuk memberi kekuatan kepada PAS atau memang
setiap masa, pemimpin Barisan Nasional
bercakap dan bertindak dengan
kuasa untuk menghancurkan PAS ?.
3- Kenapa
pemimpin dan ulama UMNO terasa amat takut dengan doa untuk kehancuran Barisan
Nasional, sedangkan doa tersebut hanya dipohon kepada Allah yang Maha
mengetahui dan Maha berkuasa untuk memustajabkan dan menentukannya ?.
4- Kenapa UMNO
terasa takut untuk kehancuran Barisan Nasional, sedangkan Barisan Nasional
disertai oleh banyak parti yang membenci dan menghina Islam seperti MCA atau
memang UMNO sentiasa berdoa untuk kekuatan MCA dan parti-parti yang menghina
syariat Islam ?.
5- Apakah ulama
UMNO bersetuju dan menghalalkan supaya menunaikan solat hajat dan berdoa untuk
kemenangan calon MCA dan MIC dalam pilihanraya, walaupun untuk kekalahan calon
melayu Islam daripada PAS dan PKR ? Adakah doa dan solat hajat untuk tujuan ini
tidak salah seperti pilihanraya kecil calon MCA di DUN Bandar, Terengganu dan
calon MIC di Parlimen Hulu Selangor ?
Barisan
Nasional yang memegang tampuk pemerintahan Negara ini dengan kepimpinan dan
sokongan pendokong-pendokong Barisan Nasional semenjak merdeka. Sepanjang
kekuasaan Barisan Nasional, Barisan Nasional telah melakukan kezaliman terhadap
syariat Islam dan sesama Islam dengan mengenepikan nilai-nilai Islam,
kemanusiaan dan demokrasi. 20 tahun kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Datuk
Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakyat Kelantan dizalimi
dengan didiskirimasi oleh kerajaan Barisan Nasional, walaupun rakyat Kelantan
terpaksa membayar berbagai cukai kepada kerajaan Persekutuan. Kerajaan Kelantan
diketepikan dan dikhianati hak royalti petroleum, walaupun petroleum itu dijumpai
di tanah dan lautan milik rakyat Kelantan tetapi kerajaan Barisan Nasional
sanggup menyalurkan dan membangunkan petroleum di negara Thailand yang bukan
Islam. Betapa media pro Barisan Nasional berpesta dan berseronok untuk
memburukkan dan menipu dunia tentang kerajaan dan rakyat Kelantan. Kerajaan
Barisan Nasional sanggup mengenepikan hak kerajaan Kelantan dan mengabaikan
tanggungjawab pembangunan di Kelantan kerana tidak sanggup menerima pilihan
rakyat Kelantan.
Pengarang
kitab ‘Al-Kabair’ (Dosa-Dosa Besar) telah menyebut banyak nas-nas daripada
Al-Quran dan Hadis Rasulullah yang mengingatkan tentang kebencian Allah dan
azabnya terhadap dosa kezaliman. Bahkan Allah menggalakkan golongan yang
dizalimi agar berdoa kepada Allah. Allah Taal berfirman dalam surah As-Syuaara
227. dan (ingatlah), orang-orang Yang melakukan sebarang
kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
Rasulullah bersabda
kepada Muaz bin Jabal, ketika baginda mengutusnya ke Yaman :
((واتق دعوة المظلوم، فإنه ليس بينه وبين
الله حجاب)).
Maksudnya :
“Takutlah dengan doa orang dizalimi, tiada hijab antaranya dan Allah.”
Rasulullah
juga bersabda :
((ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا
شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْوَالِدِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ
الْمَظْلُومِ)).
Maksudnya :
Tiga doa yang dimustajabkan tanpa keraguan padanya iaitu doa seorang ayah, doa
musafir dan doa orang yang dizalimi.
TIDAK SALAH
BERDOA UNTUK KEHANCURAN SI ZALIM
Nabi Musa
yang berdoa untuk kehancuran Firman dan kerajaannya sebagaimana yang dinyatakan
oleh Allah dengan firmannya dalam surah Yunus ; 88 – 89 :
88. Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua
kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda Yang mewah Dalam kehidupan
dunia ini. Wahai Tuhan kami! (kemewahan Yang Engkau berikan kepada mereka)
akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka).
Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka
(sehingga menjadi keras membatu), maka Dengan itu mereka tidak akan dapat
beriman sehingga mereka melihat azab Yang tidak terperi sakitnya.
89. Allah
berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu
hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu
menurut jalan orang-orang Yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)".
Penulis-penulis
sejarah Islam menyebut, tatkala Rasulullah menghantar surat menyeru Kisra (raja
Parsi) kepada Islam, tiba-tiba Kisra telah mengoyak surat Baginda. Rasulullah
berdoa kepada Allah :
((اللهم مزق
ملكه))
Maksudnya :
Ya Allah ! Hancurkanlah kerajaan Kisra.
Hadis sahih
menetapkan bahawa Rasulullah berkata :
((اذهبوا إلى
صاحبكم فأخبروه أن ربي قد قتل ربه الليلة))
Maksudnya :
Pergilah bertemu dengan raja kamu dan beritahu kepadanya, sesungguhnya Tuhanku
telah membunuh tuhanmu pada malam ini.”
Soalan yang
dikemukakan kepada (اللجنة
الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء ) yang diketuai olehSheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
dan dianggotai oleh Sheikh Abdul Aziz Ali Sheikh, Sheikh Bakar Abu Zaid, Sheikh
Soleh Fauzan dan Sheikh Abdullah Ghudyan.
“ Adakah
harus bagi seorang muslim berdoa kehancuran ke atas muslim yang melakukan
kezaliman kepadanya ?. Adakah harus bagi seorang muslim melakukan perkara yang
sama ke atas orang yang menzaliminya ?.”
Jawapan :
Seseorang yang dizalimi hendaklah menyebut nama Allah dan mengancam orang
yang melakukan kezaliman dengan azab Allah, moga dia mengambil nasihat
dan tidak melakukan kezaliman lagi. Jika dia terus melakukan kezaliman, maka
buat aduan kepada pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan kezaliman itu. Orang
yang dizalimi dalam semua keadaan ini, dia boleh memohon dan mengharapkan
pertolongan daripada Allah untuk menyelamatkan dia daripada kezaliman dan si
zalim. Jika dia berdoa ke atas si zalim
agar Allah bertindak dengan sewajarnya, membalas segala kejahatannya dan
menjadikan segala tipu daya terjerat pada leher si zalim, maka tidak salah
kerana Firman Allah dalam surah an-Nisa'
148. Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk Yang
dikatakan Dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali
oleh orang Yang dianiayakan. dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha
mengetahui.
Sheikh Dr
Yusof Al-Qaradawi menyebut dalam kitab “Fiqh Al-Aqliyyat” dengan katanya : Ada
doa setengah salafusoleh :
"اللهم اشغل الظالمين بالظالمين وأخرجنا من بينهم
سالمين".
Sheikh
berdalil dengan apa yang datang dalam kitab Kasyfu Al-Khafa’ oleh Al-Ajluney :
إن
الله ينتقم من الظالم بالظالم.
Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah akan membalas dengan menghancurkan si zalim dengan si
zalim.”
DOA
SALAFUSOLEH KE ATAS SESAMA ISLAM YANG ZALIM
Kehidupan
salafusoleh menjadi pengajaran sangat indah tentang doa untuk kehancuran
golongan si zalim.
1- Seorang
perempuan yang bernama Arwa binti Uwais telah mengadu kepada Marwan bin
Al-Hakam, Gabenor Madinah pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufian.
Perempuan ini menuduh Said bin Zaid telah mengambil tanahnya. Said bin Zaid
berdoa kepada Allah : Ya Allah ! Jika perempuan itu berbohong, maka jangan engkau
matikan dia sehingga engkau butakan matanya dan engkau matikan dia lemas di
dalam telaga.” Selepas berlalu beberapa hari, perempuan telah dibutakan oleh
Allah. Ketika dia berjalan menuju ke rumahnya, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam
telaga dan mati di dalamnya.
2- Hajjaj bin
Yusof Athaqafi merupakan seorang Gabenor kerajaan Umawiyyah yang menaruh jasa
kepada Al-Quraan, tetapi dia bersifat zalim kepada golongan yang menentang
kerajaan Umawiyyah sehingga dia sanggup membunuh dan menyeksa ulama yang tidak
menyokong kerajaan Umawiyyah. Dia telah menyeksa dan membunuh seorang ulama
tabein iaitu Said bin Jubair. Sebelum kematian Said bin Jubair, beliau berdoa ;
Ya Allah jangan kurniakan kuasa kepada Hajjaj sehingga dia boleh membunuh orang
lain selepas kematianku. Hajjaj mati selepas itu dengan doa kehancuran dan
kemusnahan ke atas Hajjaj daripada Said
bin Jubair.
3- Ibu Kathir
telah menyebut dalam kitab “bidayah wa Nihayah” daripada Wahab bin Munabbih tentang satu kisah : Seorang anak
raja yang masih muda telah memimpin satu angkatan tentera. Dia telah terjatuh
daripada kudanya dan mati hampir dengan satu negeri. Ayahnya sangat murka dan
bersumpah untuk membunuh semua penduduk
negeri itu dan menghancurkan
mereka dengan gajah-gajah. Maka tiada seekor gajah melainkan akan diiringi
dengan beberapa kuda dan setiap ekor kuda akan ditunggangi oleh seorang
tentera. Raja pun menuju ke negeri itu
setelah diberi minum gajah-gajah dan kuda-kuda dengan arak. Penduduk negeri mendengar berita kemaraan tentera Tuanku
Raja, maka mereka keluar semuanya berdoa, mengadu dan memohon kepada Allah
supaya menyelamatkan kejahatan raja yang zalim dan usahanya untuk menghancurkan
penduduk negeri ini. Ketika Raja dan tenteranya mara dan penduduk negeri
mengadu, berdoa dan merintih kepada Allah. Tiba-tiba seekor kuda turun dari
langit dan menerkam di tengah-tengah angkatan tentera Raja, maka gajah-gajah
berkeliaran dan memijak kuda-kuda sehingga kuda-kuda memijak tentera-tentera
Raja. Raja terbunuh dan seluruh tentera mati dihancurkan oleh gajah-gajah dan
kuda-kuda. Allah telah menyelamatkan penduduk negeri ini daripada kezaliman dan
kejahatan raja dan tentera-tenteranya.
4- Yahya bin
Hubairah, seorang menteri yang soleh bercerita : “Sultan Masu’d bin Mohammad
Al-Saljuqi dan pengikut-pengikutnya memerintah dalam tempoh yang sangat lama
dan melakukan kerosakan sehingga Khalifah berazam untuk memeranginya. Yahya
berkata : Kemudian saya terfikir dan berpendapat bahawa tidak tepat berhadapan
dengan Sultan Mas’ud dan pengikut-pengikutnya secara terbuka kerana kekuatan
pertahanannya. Aku mengadap Khalifah Al-Muktafa dan berkata : Aku berpendapat
tiada jalan dalam urusan ini melainkan mengadu dan benar-benar bergantung harap
kepada Allah. Khalifah menerima pendapatku dan bertitah : Tiada jalan melainkan
doa. Kemudian aku menulis kepada Khalifah tentang doa Rasulullah ke atas kaum
Ra’l dan Zakwan sebulan dan sepatutnya kita juga berdoa sebulan. Khalifah
bersetuju. Kemudian aku terus berdoa setiap malam pada waktu sahur. Aku berdoa
kepada Allah. Mas’ud Al-Saljuqi mati
genap sebulan doaku, tidak lewat dan lebih daripada sebulan. Sultan Mas’ud dan
pengikut-pengikutnya hilang kekuasaan di Iraq dan kami telah mewarisi tanahair
dan kerajaan Iraq.”
5- Di sebut
dalam kitab sejarah, bahawa tatkala seluruh keluarga Khalid Al-Barmaqi hancur
dan dia dan anaknya ditahan, anaknya berkata kepadanya : Wahai ayahku ! Selepas
kemuliaan, hari ini kita berada dalam penjara dan diikat. Khalid al-Barmaqi
berkata : Wahai anakku ! Doa orang yang dizalimi berlaku pada waktu malam dalam
keadaan kita tidak menyedarinya tetapi Allah tidak pernah melupainya.”
Bagusnya
jika pemimpim-pemimpin dan seluruh pengikut Barisan Nasional merasa takut
dengan doa pihak yang dizalimi, agar mereka kembali kepada Islam. Barisan Nasional
telah melakukan kezaliman puluhan tahun dan terus tidak menyedari kezaliman
mereka. Kehancuran Barisan Nasional akan tiba tetapi rakyat OK di
bawah kerajaan yang adil dan berkebajikan. Ahli-ahli dan pengikut-pengikut
Barisan Nasional jangan bimbang bahawa mereka akan selamat, jika mereka
berenang meninggalkan BN dan bahtera yang hampir hancur dan segera menuju ke
bahtera Pakatan Rakyat yang akan membangun Negara Berkebajikan.Wallahua'lam
Mohd Nor Hamzah
9 Muharram 1434
0 comments :
Post a Comment