Wednesday, March 23, 2011

23 Mac : Majlis Fatwa Kebangsaan dan Ashab as-Samahah Mufti-Mufti diminta memberi pencerahan dan panduan kepada ummat Islam dalam menangani pertuduhan liwat dan zina yang sedang melanda negara Malaysia secara besar-besaran terutama yang melibatkan maruah ummat Islam berbangsa melayu.

UMNO sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerus menuduh beliau seorang peliwat. Asas pertuduhan ialah buku 50 Dalil, kenyataan Ummi Hafilda dan kenyataan Dr. Mahathir. Asas pertuduhan liwat terbaru pula ialah dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan. Liwat menjadi perbualan seluruh negara dalam media cetak dan media elektronik.



Sekarang bahan kempen mereka ialah video seks selama 20 minit yang didakwa sebagai aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Video itu didedahkan oleh 3 orang Dato’ yang disifatkan rapat dengan UMNO iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator yang juga bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula ketika mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian. Lihat Malaysiakini.

Kenyataan Menteri itu disangkal oleh Karpal Singh pula dalam satu kenyataan berkata, tindakan Datuk T itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. 


Kita berharap para ahli muzakarah fatwa kebangsaan dan para mufti tidak berdam diri membiarkan ummat Islam terus hanyut menjalankan kehidupan tanpa mendapat panduan daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. 

0 comments :

ARKIB