Saturday, February 12, 2011


Akhirnya, Omar Suleiman, Timbalan Presiden Mesir lantikan Mubarak, mengisytiharkan bahawa Presiden Hosni Mubarak berundur daripada jawatannya sebagai Presiden Mesir dan pemerintahan Mesir berada di bawah Suruhanjaya Tertinggi Angkatan Tentera.

Kita bersyukur kepada Allah kerana keberanian dan ketabahan rakyat Mesir berdemonstrasi secara aman di seluruh Mesir terutama di Dataran Tahrir selama 18 hari dengan ramai para pendemonstran yang syahid dan cedera untuk mengembalikan maruah setiap rakyat Mesir yang ditindas dan dizalimi selama 30 tahun.


Kita doakan pihak tentera akan mengaturkan sebuah pilihanraya yang adil dalam masa terdekat bagi pemilihan presiden Mesir yang baru dan sebaik-baiknya membentuk sebuah kerajaan sementara bagi menjayakan proses tersebut di bawah Ketua Mahkamah Perlembagaan Tertinggi Mesir sebagaimana cadangan Ikhwanul Muslimin.

Kita nantikan Mesir yang berperanan lebih berkesan dalam menguatkan pengaruh ummat Islam dalam isu-isu berkaitan ummat Islam di rantau arab dan seluruh dunia terutamanya isu Palestin.

Firman Allah Taala dalam surah Ibrahim ayat 42 yang bermaksud;

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).  

0 comments :

ARKIB