This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Monday, July 22, 2013
8:33 PM
Ripin
Saturday, July 20, 2013
6:34 PM
Ripin
Friday, July 19, 2013
12:29 AM
Ripin
Seorang wartawan cuba mencuci dakwat tersebut sejam selepas itu, dan mendapati kesannya masih ada walaupun dua kali dibasuh dengan sabun.
Dakwat itu juga didakwa menjadi semakin gelap selepas beberapa ketika.
Thursday, July 18, 2013
7:47 AM
Ripin
Sunday, July 14, 2013
10:19 PM
Ripin
"Saya tidak berniat untuk melancarkan serangan peribadi terhadap calon tetapi kami telah menerima maklum balas negatif daripada pengundi di sini mengenai beliau. Saya telah mendengar banyak versi, termasuk fakta bahawa dia tidak dilahirkan dan tidak pula dia tinggal di sini.
"Dia juga tidak pilihan Umno tempatan tetapi telah dipilih oleh Putrajaya," katanya kepada pemberita pada sedang media PAS di markaz pilihanraya kecil Kuala Besut, di Kampung Baru di sini semalam.
Beliau berkata jika apa yang dia dengar adalah benar, maka Tengku Zaihan akan jelas tidak boleh diterima baik oleh penduduk.
"Barisan dan UMNO telah gagal untuk memahami dan menghormati aspirasi rakyat yang mahukan calon tempatan untuk memperjuangkan sebab-sebab mereka," katanya.
Sebaliknya, beliau berkata calon PAS Endut @ Azlan Yusof adalah seorang personaliti tempatan dan disukai oleh rakyat Kuala Besut. [Gambar - calon PAS bergurau dengan para pegawai TUDM di masjid Pangkalan TUDM Bukit Puteri]
Pada majlis yang lain, Menteri Besar Datuk Ahmad Said menafikan dakwaan pembangkang bahawa Tengku Zaihan tidak adalah seorang lelaki tempatan, sambil menambah bahawa beliau pernah bekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selama lima tahun dan hanya dipindahkan ke ibu pejabat di Putrajaya pada bulan Februari.
Sedang sebaliknya, Bekas Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Haji Mohamad Said mengesahkan bahawa Tengku Zaihan hanya bekerja selama dua tahun sahaja di Jabatan berkenaan.
Mohamad Said yang berasal dari Jerteh Terengganu berkata, selama dua tahun Tengku Zaihan berkhidmat belau tidak melakukan apa-apa sumbangan dan kemajuan kepada masyarakat Besut, khususnya Kuala Besut.
Sementara itu, Bekas Pegawai Kewangan negeri Terengganu Dato' Tengku Hassan Tengku Omar memberi perakuan bahawa Tengku Zaihan memang pernah berkhidmat dengan JPS haya selama dua tahun, bkannya lima tahun sebagaimana dakwaan MB Terengganu Ahmad Said
Saturday, July 13, 2013
2:46 PM
Ripin
Tradisi berakar umbi penduduk di
DUN Kuala Besut yang mana kebanyakan mereka terdiri dari nelayan, melayu dan
sedikit terpinggir dari pembangunan, maka isu-isu yang akan lebih tertumpu
kepada isu-isu kemiskinan, perumahan, tanah, subsidi dan pelbagai isu kekampungan bagi
menarik undi dari penduduk. Dan tentulah
juga isu agama akan menjadi salah satu isu besar kerana penduduk di Kuala Besut
hampir semuanya beragama Islam.Friday, July 12, 2013
3:25 PM
Ripin
July 12, 2013
Sumber dari dalam panel diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar itu juga menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan rapuh mereka dalam tidak membenarkan penganjur perhimpunan menggunakan Dataran Merdeka untuk acara itu dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), kerana menghentikan bas dan keretapi milik kerajaan daripada masuk ke bandar.
Kerajaan menubuhkan panel itu bertujuan menyiasat dakwaan keganansan polis terhadap peserta perhimpunan dan wartawan pada 28 April, 2012. Mereka menyerahkan laporan 500 muka surat terhadap penemuan mereka kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.
Laporan menyertakan kronologi sebelum, semasa dan selepas perhimpunan yang diadakan untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil.
Penyiasatan sepanjang tahun lalu menyebabkan ahli panel membuat kesimpulan polis menggunakan kekerasan terhadap provokasi.
“Sebelum 3 petang, polis bertindak secara profesional,” kata sumber dan menambah maklumat ini diperolehi daripada 70 video yang dihantar pasukan polis kepada panel.
“Tetapi selepas 3 petang apabila beberapa peserta perhimpunan memecahkan kawat dawai di Dataran Merdeka, huru-hara tercetus," katanya.
Polis mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan, mengejar mereka di beberapa tempat di tengah bandar.
Majoriti yang menjadi sasaran adalah mereka yang berbaju kuning Bersih.
"Polis mempunyai kekurangannya, tetapi sudah belajar daripada kesilapan melalui apa yang berlaku semasa Bersih 3.0,” kata satu lagi sumber.
Buktinya adalah ketika perhimpunan Black 505 yang dianjurkan oleh pembangkang untuk membantah penipuan pilihan raya, kata sumber berkenaan.
DBKL dipersalahkan kerana tidak menguruskan dengan baik sebelum perhimpunan apabila memberikan alasan tidak munasabah mengapa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan, tambah sumber itu.
“DBKL boleh menguruskan dengan lebih baik untuk elak kekecohan.”
Panel membuat kesimpulan DBKL tidak memberikan alasan munasabah tentang mengapa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan. Panel perlu menerima alasan itu kerana DBKL adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap tapak bersejarah itu," katanya.
Panel juga mengkritik syarikat milik kerajaan SPNB kerana pengurusan bas dan keretapi ke ibu kota.
“Pada hari itu keretapi dan bas berhenti masuk ke bandar dalam langkah untuk tidak menggalakkan penyokong Bersih 3.0 daripada masuk ke tengah bandar,” kata sumber itu.
Laporan 500 muka surat itu juga mendapati kesilapan pihak lain termasuk media, di mana panel berpendapat gagal untuk menjaga keselamatan wartawan mereka.
“Kebanyakan editor memberitahu wartawan mereka untuk menjaga diri, tetapi tidak ada garis panduan mengenai apa mereka perlu lakukan apabila situasi tidak terkawal seperti yang berlaku pada hari itu,” katanya.
Panel juga menyatakan kebimbangan terhadap kesedaran orang ramai mengenai undang-undang dan risiko demonstrasi.
Sumber juga mendedahkan walaupun penyiasatan memanggil 45 saksi, panel tidak hanya bergantung kepada testimoni mereka.
“Panel mengkaji laporan media, blog dan media sosial. Polis dipanggil untuk mengesahkan laporan,” kata sumber lain.
Panel itu walau bagaimanapun diboikot pembangkang dan penganjur Bersih 3.0 yang tidak gembira dengan terma rujukannya.
Pembangkang bertegas panel tidak mempunyai kuasa undang-undang dan kredibiliti untuk memanggil mana-mana saksi.
Fakta mengenai pengerusi panel, Hanif yang memberikan komen berat sebelah bagaimana perhimpunan Bersih 3.0 dirancang oleh komunis menambah kepada kehilangan kredibiliti panel berkenaan.
Bagaimanapun, ahli pembangkang terbabit dengan pendengaran Bersih 3.0 dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Kekurangan pembabitan orang ramai adalah salah satu sebab mengapa panel membuat keputusan untuk mencari bukti di atas talian.
“Penemuan tidak lengkap seperti diharapkan kerana ramai saksi enggan hadir,” kata sumber itu dan menambah sebelum menerbitkan laporan mereka, panel juga menyemak laporan dikeluarkan Suhakam mengenai perhimpunan sama.
Sementara sumber yang diwawancara berpendapat laporan mereka adil, mereka tidak pasti sama ada kerajaan akan mendengar cadangan diberikan oleh panel.
Turut dilaporkan Kabinet akan membuat keputusan sama ada laporan panel akan dikongsi bersama orang awam. – 12 Julai, 2013.
3:12 PM
Ripin
Faktor keluarga menjadi antara sandaran terbesar bagi calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi DUN ini selepas kematian bekas wakil rakyatnya Datuk A Rahman Mokhtar, 64, akibat kanser paru-paru.
Bapanya Che Ku Abdul Rahman amat kenali di kalangan penduduk tempatan kerana pernah mengajar agama di masjid sekitar kawasan itu bahkan mempunyai ramai anak murid.
Che Ku - yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Besut - dipetik sebagai berkata, keluarga besarnya yang dianggarkan seramai 3,000 itu akan memberi kelebihan kepada anaknya.
"Di kalangan ahli keluarga itu, ada yang terdiri daripada pembangkang, tetapi menyatakan persetujuan untuk menyokong BN kerana faktor keluarga," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.
Perwatakan Azlan dapat pujian
Malah keluarga Tengku Zaihan juga mempunyai persatuan dan koperasi keluarga yang dikenali sebagai "Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long".
"BN boleh menang di sini. Ayah calon memang dikenali sini," kata seorang peniaga Cina yang ditemui Malaysiakini malam kelmarin.
"Calon BN tidak dikenali di sini. Tapi keluarga dia memang duduk di sini. Bapanya pula ustaz. 'Che Ku' pangkat bagi orang yang berada, keluarga bangsawan.
"Memang di sini (selama ini), menang calon BN," kata seorang penduduk yang enggan namanya disebut.
"Beliau ini ahli perniagaan, kontraktor. Warak, tak tinggal solat, berniaga betul, amanah," katanya.
"Dia kalau masuk kedai makan, kalau ada orang 10 meja, dia bayar. Dia pemurah sekalipun tak gaul (dengan) sangat," celah seorang pemuda yang ditemui di Surau Kuala Besut.
Azlan merupakan anak tempatan di Kampung Baru, bekerja sebagai kontraktor kelas A dilantik sebagai bendahari PAS kawasan Besut.
Beliau yang mesra dipanggil Che Long dianggap sebagai anak tempatan yang "dermawan dan ahli perniagaan berjaya" oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham A Rahman Mokthar daripada BN menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Pilihan raya kecil kali ini diadakan ekoran kematian A Rahman akibat kanser paru-paru.
Bimbang majoriti kurang
Sementara itu, bagi pemandu teksi Abdullah Derahim, 60, ketika ditemui Malaysiakini turut berpandangan BN boleh menang walaupun Tengku Zaihan kurang dikenali.
Apatah lagi, berdasarkan sejarah kerusi itu merupakan kubu kuat BN selama ini kecuali pada 1999.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai 'Pak Su Yee' berkata mengakui calon BN boleh menang disebabkan faktor keluarga.
Bagaimanapun, lelaki yang tinggal di situ sejak 48 tahun lalu, bimbang jumlah majoriti berkurangan disebabkan ada di kalangan penduduk yang mahukan calon lain memandangkan Tengku Zaihan kurang dikenali.
"Dia pegawai JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), tidak bergaul. Lagilah, kalau di sini orang nelayan, kalau duduk satu meja dalam kedai kopi, belanja minum orang suka.
"Banyak orang tidak kenal. Orang kenal sebab bapa dia. Kalau menang mungkin disebabkan bapanya," katanya.
2:57 PM
Ripin
Diasak oleh wartawan supaya beliau mengakuinya, Azlan (kanan) berkata:
"Betullah... Tapi sekarang ini orang muda kampung saya boleh dikatakan semua bersama saya. Malam tadi hampir semua orang kampung keluar pasang bendera.
"(Masuk Umno) dulu masa tak cerdik, tapi dah baligh dah. Tapi sekarang dah cerdik dah," katanya sambil diiringi ketawa kecil.
Menurutnya ahli perniagaan dan kontraktor itu, beliau menyertai PAS pada 1997.
Azlan juga berkata beliau bersedia berdepan dengan pelbagai tohmahan kepada beliau sepanjang kempen pilihan raya kecil ini dan menganggap tindakan itu "perkara biasa".
"Kita bersedia, janji kita tak buat benda yang dilarang oleh Allah. Orang kata apa, silakan.
'Harap (kurang tohmahan). Calon sana kita kenal keluarga dia, dia kenal keluarga kita.
"Datuk Idris (Jusoh), kita kenal juga, dia juga sayang dekat kita," katanya yang menolak kempen memburukkan peribadi sepanjang proses berkempen.
Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham A Rahman Mokthar daripada BN menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian A Rahman akibat kanser.
Husam tuntut liputan RTM
"Kita harap mendapat liputan. Jangan footage sahaja, tetapi adalah sikit suara-suara, yang molek-molek," katanya dalam sidang media sama.
"(Tapi) Kita seganlah nak minta, itu eksklusif untuk parti pemerintah," sindir naib presiden PAS itu.
2:52 PM
Ripin
Haji Azlan @ Endut Yusof lebih mesra dengan panggilan Che Long turut menunaikan solat hajat, sebelum perarakan bermula pada kira-kira jam 7.45 pagi.
Antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang turut kelihatan termasuk Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Sebaik sahaja selesai berdoa perarakan dimulakan dengan diketuai Presiden. Kemudian turut menyertai perararakan ke pusat penamaan calon, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ramai lagi pemimpin lain.
Kehadiran bekas Menteri Besar Kelantan itu di celah-celah orang ramai, membuatkan sebahagian yang berada di situ bertakbir beramai-ramai. Biar pun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, namun beliau tetap datang memberi sokongan. [Lihat Video]Lebih 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat termasuk yang datang dari luar Terengganu mengiring perarakan calon PAS ke dewan tersebut, yang terletak kira-kira dua kilometer dari masjid.
Perarakan diteruskan biar pun dalam keadaan hujan renyai-renyai pada sebelah pagi. Kawalan anggota Unit Amal dan pasukan polis membolehkan perarakan berjalan lancar.

