Tuesday, February 26, 2013

Petikan : Malaysiakini
 
 
Satu kajian oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini semakin merosot di waktu pilihan raya umum semakin dekat.
NONESeramai 61 peratus daripada 1,021 responden yang ditinjau antara 23 Januari hingga 6 Februari tersebut berpuas hati dengan prestasi perdana menteri, turun dua mata berbanding tinjauan sama yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

Merdeka Centre menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan penurunan sehingga empat mata di kalangan pengundi Melayu – berbanding 77 peratus sejak sebulan lalu.

Jumlah responden Cina dan India yang berpuas hati dengaan Najib pula masing-masing di tahan 37 peratus dan 75 peratus.

Merdeka Center menyebut, tinjauan itu dijalankan selepas tiga peristiwa – perhimpuan 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Suruhanajay Siasatan Diraja di Sabah, dan kritikan ke atas kerajaan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Tahap sokongan ke atas perdana menteri di tahap tertinggi – 71 peratus – pada Disember 2011.

Monday, February 25, 2013

Petikan : Buletin Online

MARANG - Pembangunan
Baru Pasar Besar Kedai Payang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu bukan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat, tetapi untuk projek bagi mendapat keuntungan kewangan oleh pihak tertentu dikalangan pemimpin Umno.


[Gambar - YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan panji-panji, bendera PAS kepada Ketua-ketua Pemuda DUN Dalam Kawasan Parlimen Marang sebagai simbolik pelancaran jentera pilhanraya Pemuda PAS Parlimen Marang]

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, pasar Payang sedia ada akan dirobohkan dan dibina diatas tapaknya sebuah pasar empat tingkat berhawa dingin dan sebuah hotel lima bintang.

Beliau mempersoalkan pembinaan pasar empat tingkat tersebut kerana katanya, tingkat dua pasar sedia ada pun tidak dikunjungi oleh ramai pelanggan.

"Pasar (Besar Kedai) Payang yang lama akan diruntuhkan, dia nak buat pasar empat tingkat pula............ yang dua tingkat (pasar sekarang) orang tak naik dah, nak buat empat tingkat......... cuba tanya peniaga pasar Payang yang berniaga di tingkat dua tu,

"harap ke Hari Raya.......... kalau musim (luar perayaan) macam sekarang, kita naik.....seorang-seorang tu mukanya masam (kerana tidak laku),"ujarnya.

Beliau selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata demikian pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Program Xpresi Orang Muda Marang dan Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di Kampung Binjai Manis pada Sabtu 23 Februari.

Menurutnya, rakyat Terengganu tidak mampu dan tidak akan menikmati kemudahan pasar baru dan hotel lima bintang itu, kerana kos sewanya mahal, selain ia akan melenyapkan warisan rakyat negeri Terengganu.

"Siapa dia (yang) dia boleh jual (berniaga)? Lot-lot kedai kalau yang sebegitu akan dibuat, mesti sewanya mahal (dan) siapa boleh (yang mampu) sewa, hilang warisan rakyat negeri Terengganu!,

"Disitulah yang orang mari (datang) ke negeri Terengganu ini nak cari keropok, nak tengok pasar Payang, nak tengok kawasan istana (Maziah), nak tengok Bukit Puteri, kerana bila orang naik Bukit Puteri dia akan nampak 360 darjah dalam kawasan Kuala Terengganu,"jelasnya.

Namun begitu, katanya, pembandangan indah tersebut tidak dapat dinikmati apabila Pasar Besar Kedai Payang diruntuhkan dan dibina bangunan yang tinggi.

Sunday, February 24, 2013


1. Dingin sungguh dinihari tadi. Hujan pula turun selebatnya. Semalaman sukar untuk melelapkan mata. Meskipun penat sangat terasa setelah melalui 3 program besar yang mengambil jarak pemanduan yang jauh.

2. Meninggalkan sempadan Kuantan, kami berlabuh seketika di pantai Terengganu. Sejurus selesai perasmian Majlis Xpresi Profesional Muda 2.0 di Qurrata Inn Riverside Resort Kuala Terengganu, saya terus berkejar ke Peringat Kota Bharu untuk Kuliah Perdana di Masjid Syuhada Kampung Bechah Mulong sebelum menyampai ceramah isu semasa di Lundang.

3. Merentas 3 negeri Pantai Timur dalam tempoh sehari dengan jadual program yang padat telah menjadi rutin. Segalanya dilaku untuk mencari mardhatillah dalam perjuangan suci ini. Tambahan pula amanah yang digalas sangat berat dan besar. Ianya terpaksa ditunai biarpun bertatih dan bertongkat paruh.

4. Rakan - rakan pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia jua mengalami situasi serupa. Cadang saya semalam, boleh bersapa rindu pada sahabat seperjuangan yang juga Timbalan saya dalam DPPM biar hanya baru 3 hari berpisah. Malangnya beliau telah bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadhiri satu program di sana sebelum memimpin delegasi DPPM ke konvensyen Pakatan Rakyat pada Isnin ini.

5. Kelihatan maklumat yang di update dalam kumpulan whatsapp DPPM petang kelmarin, sahabat saya, Naib Ketua DPPM yang baru sahaja sihat setelah seminggu lebih terlantar dipembaringan, kini telah berlepas ke Sabah untuk melangsaikan tanggungjawab perjuangan. Masing - masing dalam orbit tersendiri guna melunaskan amanah perjuangan sekaligus menepati roadmap DPPM membantu jamaah memenangi PRU 13 kelak.

6. Sambil memaksa mata lelap, jari jemari ini terus merekodkan memori bersulam emosi mengharungi karenah perjuangan ini. 1001 rasa terbit dari sebuah kepenatan dalam mengharungi pancaroba hidup sebagai seorang pemegang amanah perjuangan.

7. Terubat segala duka, terasa tenang dan lapang apabila menyaksikan betapa musuh - musuh Islam juga terkial - kial mencari rentak bagi menyaingi usaha gigih para pejuang Islam yang tidak pernah bosan dan jemu menjulang agamanya. Ternyata musuh Islam juga jauh lebih penat menghabiskan tenaga dan keringat untuk menyekat perkembangan Islam yang kian menyinar di bumi bertuah ini. Malah kepenatan mereka bertambah tenat apabila setiap usaha mereka untuk memadam cahaya hidayah hanya berdepan kemurkaan Allah swt saban ketika.

8. Bukan sahaja tenaga, bahkan musuh Islam terpaksa menghabiskan jutaan harta mereka bagi "membeli" hati manusia dengan penuh yakin pada "kuasa" harta yang mereka miliki. Mereka lupa bahawa Allah swt adalah pemilik mutlak hati manusia. Akhirnya mereka terpaksa akur dengan segala kepedihan bahawa harta mereka habis namun gagal untuk menyekat kesedaran dan kebangkitan khasnya dari generasi muda. Semakin tenat apabila mereka menyedari bahawa "umpan" mereka serba tidak menjadi kerana ummah kini sedar bahawa sandiwara tahap "drama bersiri" itu, telah diketahui plot dan kesudahannya.

9. Mengenang realiti ini, ia bagaikan terapi yang menghilangkan tekanan emosi dan meregangkan urat saraf yang kepenatan mengharungi kepadatan jadual rutin seharian. Sebagaimana sukar dan payah kita redah "sahara" perjuangan demi mencari sebuah kemenangan buat Islam, begitulah tidak mudah dan senang bagi musuh menafikan gelombang perubahan yang sedang melanda negara.

10. Kedudukan mereka semakin hari semakin tenat. Apalagi yang mereka tidak buat untuk sekat kebangkitan ummah bersama angin perubahan yang kian marak ? Harta telah ditabur, janji telah dihambur, projek telah dihulur, K Pop sudah dianjur, Gangnam Style sudah diatur ... Apalagi yang belum disusur ? Kecuali hanya mereka kini bagaikan buah yang menanti gugur.

*** Catatan Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Tuesday, February 19, 2013

Petikan Sinar Harian :               
Lupa kaki sudah tiada
Rumah milik Yahya dan isterinya, yang tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar berniaga, hangus dalam kebakaran di Kampung Titian Baru, Bukit Payung, Marang, semalam.
 
Lupa kaki sudah tiada
Mariam menunjukkan kaki kanannya yang sudah dipotong 10 tahun lalu.
 
Lupa kaki sudah tiada
Rumah milik Yahya dan isterinya, Fazilat hangus dalam kebakaran berkenaan.
 
MARANG - Terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi letupan kecil menyelamatkan nyawa seorang nenek dan cucunya dalam kejadian kebakaran yang membabitkan dua rumah di Kampung Titian Baru, Bukit Payung, di sini, semalam.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu bermula dari sebuah rumah milik seorang peniaga makanan dan minuman, Yahya Harun, 41, yang terletak bersebelahan rumah dua beranak itu, Mariam Abdul Rahman, 60, dan Norsyuhaidah Zamari, 21.

Kebakaran itu menyebabkan bahagian tepi dinding rumah dua beranak itu musnah manakala rumah milik peniaga terbabit, Yahya dan isterinya, Fazilat Mamat, 49, yang tiada di rumah ketika kejadian, kerana keluar berniaga, hangus sama sekali.

Mariam berkata, dia dimaklumkan mengenai kebakaran itu oleh cucunya, Norsyuhaidah yang tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi letupan kecil bersebelahan rumah mereka sebelum cucunya segera keluar untuk meminta pertolongan.

“Kerana terlalu takut mak cik pula bingkas bangun dan berjalan namun rebah semula. Mak cik rebah kerana mak cik terlupa kaki kanan telah dipotong akibat penyakit kencing manis dan mak cik dah tidak boleh berjalan sejak 10 tahun lalu.

“Mak cik sampai terlupa kaki kanan sudah tiada kerana terlalu takut sebelum cucu dan beberapa orang penduduk naik semula ke atas rumah dan mengangkat mak cik turun ke bawah untuk menyelamatkan mak cik,” katanya kepada Sinar Harian.

Selepas kedua beranak itu diselamatkan, penduduk kampung cuba membantu pasukan Bomba dan Penyelamat daerah memadamkan kebakaran tetapi gagal menyelamatkan rumah Yahaya namun pihak bomba berjaya mengawal api dari merebak.

Anggaran kerugian RM100,000

Sementara itu, bagi pasangan peniaga terbabit, Yahya dan isteri Fazilat, mereka bukan sahaja mengalami kerugian besar apabila rumah musnah, bahkan kesemua dokumen penting, termasuk sijil pengajian anak-anak mereka, juga tidak dapat diselamatkan.

Menurut Yahya, dia reda dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu namun agak sedih apabila mengenangkan nasib anak-anak apabila pelbagai barangan penting anak mereka tidak dapat diselamatkan termasuk barang hantaran perkahwinan.

“Saya sedikit terkilan, barang-barang hantaran perkahwinan anak keempat untuk majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan turut musnah,” kata bapa kepada lima anak itu ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Menurutnya, kesemua barangan seperti pakaian dan aksesori hantaran perkahwinan anak kelimanya yang kini bekerja di sebuah pelantar minyak milik syarikat tempatan itu musnah, manakala kerugian keseluruhan dianggarkan lebih kurang RM100,000.

“Kini semuanya sudah tiada, hasrat kami yang ingin mengekalkan rumah pusaka ini sebagai warisan keluarga juga tidak kesampaian, namun seperti yang saya katakan sebelum ini, kami reda dengan ujian ALLAH ini, walaupun perit,” katanya.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Marang, Zamri Awang Long, mengesahkan terima laporan pada jam 3.41 petang dan kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 4.08 petang oleh sepasukan 22 anggota bomba.

Saturday, February 16, 2013

Petikan : Buletin Online
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/rasmi%20itqan.jpgKUALA TERENGGANU - PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam, melangkah luas serta memasuki semua medan yang ada dalam negara ini, dengan pendekatan dakwah yang berbeza-beza mengikut sasaran.

Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, medan dakwah sangat luas, daripada masyarakat asli hingga kepada pembesar-pembesar serta tokoh-tokoh dalam negara yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama yang berlainan.

Menurutnya, pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat kristian, budha, hindu dan lain-lain mengikut kaedah serta cara-cara yang berbeza.

“Pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat Kristian, pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat Budha, masyarakat Hindu dan sebagainya.

“Alhamdulillah, menggambarkan gerakan yang kita (PAS) bawa ini adalah gerakan yang betul, gerakan yang syumul dan tidak ada selain gerakan Islam di Malaysia ini kecuali Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang boleh melangkah begitu luas dan memasuki semua medan yang ada di dalam negara.

“Kita (PAS) menceburi bidang politik, bidang ekonomi, bidang pendidikan, bidang sosial dan berbagai-bagai bidang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Institut Itqanul Muluk atau Pusat Kajian dan Pengajian Strategi Pembangunan Terengganu, di Km 14 Kampung Tok Jiring, dekat sini, pada Khamis, 14 Februari.

Ustaz Nik Zawawi menjelaskan, situasi tersebut bukan sahaja baru berlaku di zaman ini tetapi sejarah telah berlaku di zaman Rasulullah SAW yang diukirkan oleh Allah Ta’ala dalam beberapa surah al-Quran seperti dalam surah at-taubah.

Katanya, Islam meletakkan cara pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain mengikut tahap serta kemampuan kumpulan sasaran tersebut.

Inilah, kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu cara pendekatan yang diambil oleh Rasulullah dalam dakwah Baginda SAW.

“Islam meletakkan cara pendekatan yang berbeza antara satu sama lain. Cara kita (Islam) mendekati mereka dan mengajak mereka supaya balik ke jalan agama Allah SWT adalah jalan yang berbeza di antara satu sama lain.

“Inilah pendekatan yang diambil oleh Rasulullah dan apa yang hendak dibentuk melalui Institut Itqanul Muluk iaitu untuk menyampaikan mesej Islam ini tepat sebagaimana yang disusun atur dalam agama,"jelasnya di hadapan 100 hadirin.
.
Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Ulama’ PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Pengerusi Eksekutif Institut Itqanul Muluk, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Ketua Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail dan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh.

Monday, February 11, 2013

Petikan : BuletinOnline

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/bendera%20ditohok3.jpgKUALA NERUS - 200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran.

Ekoran perbuatan khianat dan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang petugas PAS, Saufi Hashim.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/bendera%20ditohok.jpgMenurutnya, pada kira-kira jam 6.00 pagi, beliau telah menerima panggilan telefon dari seorang petugas memaklumkan tentang kerosakan dan kehilangan bendera PAS yang dipasang yang bearada di kawasan kampung Jeram Manir.

Katanya, selepas itu, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati 80% daripada daripada bendera yang telah dpasang lewat malam semalam telah musnah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/bendera%20ditohok1.jpg"pada kira-kira jam 8.00 pagi, saya telag pergi ke lokasi kejadian dan mendapati bendera PAS telah berada dalam longkang, dalam semak dan dalam parit air (alur),

"hampir 80% keseluruhannya bendera PAS yang dipasang telah dirosakkan sepanjang jalan Kampung Jeram ke kampung Teluk Pasu,"ujarnya dalam laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, kerugian yang dialami adalah sebanyak kira-kira RM1,500, akibat kerosakkan terhadap 200 bendera PAS yang telah dipasang.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana menurutnya, sebelum pihak PAS memasang bendera-bendera itu, perundingan telah dibuat degan pihak jawatankuasa keselamatan Umno DUN Teluk Pasu.

Tuesday, January 29, 2013


Kuala Nerus : Pengumum pemberian belanjawan khas untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan Cina (SJKC) mulai tahun depan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai tindakan yang tidak betul.
Ini kerana semua perkara yang melibatkan belanjawan, mestilah dibahas dan diterima di dalam parlimen.
Apatah lagi kerajaan yang ada sekarang belum tentu menang dalam pilihanraya yang bakal diadakan.
Demikian pandangan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Ustaz Datuk Abu Bakar Chik ( kiri ) ketika ditanya berkenaan janji Tan Sri Muhyiddin kepada kaum cina dan tamil pada sambutan perayaan Thaipusam 2013 di Batu Caves baru-baru ini.
“Peruntukan khas yang akan diberikan kepada sekolah kebangsaan jenis Cina (SKJC) dan Tamil (SKJT) tahun depan sebenarnya, beliau tiada hak untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan belanjawan pendidikan tahun depan (2014).
Sebab pilihanraya insya Allah pada tahun ini. Oleh kerana itu semua orang tahu bahawa mana-mana perbelanjaan yang melepasi pilihanraya ( belanjawan yang belum diluluskan) maka tiada apa-apa makna janji itu,” kata beliau.
Beliau ditemui dalam majlis sambutan maulidur rasul di Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah Darul Iman Tok Jiring baru-baru ini.
Dalam ucapan beliau dihadapan masyarakat india, Muhyiddin, berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dijangka dibentang kepada kabinet hujung bulan ini, dirancang untuk menjamin kualiti pendidikan kepada semua sekolah, termasuk SJKT.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran telah menyalur peruntukan belanja mengurus kepada SJKT sebanyak RM584,382,340 pada 2011 dan meningkat kepada RM660,346,311 pada 2012.

Selain itu, SJKT mendapat peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2012 dan 2013 untuk pembangunan, katanya.
Bagi Ustaz Abu Bakar, janji tersebut tidak lebih sebagai cara untuk memancing undi daripada kaum cina dan india sahaja.
Beliau juga melahirkan rasa hairan kerana tumpuan peruntukan pendidikan oleh kerajaan mutakhir ini hanya kepada SKJC, SKJC dan sekolah mubaligh kristian sahaja sedangkan sekolah agama rakyat (SAR) tiada langsung peruntukan.
SAR menurut beliau berhak mendapat peruntukan mengikut perlembagaan berdasarkan perkapita dan tidak boleh disamakan kategori dengan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).
“Maknanya disini diskriminasi  kepada masyarakat Islam adalah satu yang sangat jelas dan sebenarnya merupakan penghinaan kepada masyarakat yang menghantar anak mereka ke SAR.
Dan ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak prihatin dan tidak mempunyai rancangan yang jelas pembangunan pendidikan Islam,” ujar beliau lagi.
Ustaz Abu Bakar akhirnya meminta agar rakyat menolak segala janji BN ketika hampir pilihanraya kerana ianya tidak lebih dari janji manis sahaja.
Ini kerana mereka berkuasa melaksanakannya ketika mempunyai kuasa tetapi memilih saat menjelang pilihanraya untuk menabur janji-janji mereka.

Monday, January 28, 2013


“Islam mesti menang, kalau tidak berapa banyak lagi remaja jadi punah, kalau tak, berapa banyak lagi harta kerajaan akan diselewengkan.
 
Jangan kita tinggalkan Islam walau apapun berlaku,” demikian antara kata-kata semangat yang dituturkan oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man kepada jemaah Masjid Titian Baru baru-baru ini.
Beliau yang hadir sebagai tetamu jemputan bagi menyampaikan kuliah maghrib Program Ijtimak Siasi anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong.
Beliau mngharapkan agar setiap ahli berusaha menjadi sebahagian daripada tenaga yang memenangkan Islam supaya mendapat saham di akhirat nanti.
Ahli-ahli juga saran beliau, tidak sepatutnya mengungkit-ungkit kerja yang mereka lakukan untuk jemaah kerana kerja untuk Allah, bukanlah kerja yang sepatutnya diungkit-ungkit.
Mengenai perpaduan antara Pakatan Rakyat (PR) sekarang yang semakin mantap, beliau mengingatkan semua agar berhati-hati kerana BN akan sedaya upaya akan mengucar-kacirkan pemikiran penyokong PR
Dengan sikap tolong menolong dalam PR maka pemesongan dari BN ini dapat dielakkan dan ahli kena membantu sesama ahli walaupun berlainan parti kerana kerja ini sangat berat.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat mengakhiri kuliahnya dengan nasihat yang sangat berguna bagi semua petugas-petugas jemaah Islam iaitu “Jangan kita tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita”.
Masa dengan Allah yang dimaksudkan beliau itu ialah antaranya solat hendaklah berjemaah dan sentiasa baca al-Quran paling kurang tiga hari sekali.

 
Program yang bertujuan memantapkan lagi semangat dan persefahaman antara pimpinan dan ahli PAS itu turut dihadiri oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan juga penceramah kedua Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
Kira-kira 500 jemaah masjid mengikuti program tersebut yang bermula dari solat maghrib berjemaah dan berakhir kira-kira jam 11 malam.

Sunday, January 27, 2013

( Finalis futsal bergambar kenangan bersama YB Ustaz Mohd Nor)
 
Satu pertandingan futsal antara belia-belia sekitar Kampung Laut telah diadakan di Hazlan Futsal baru-baru ini.

Pertandingan bagi merapatkan silaturrahim antara belia-belia dengan kepimpinan PAS di Kampung Laut itu adalah dibawah program "Orang Mude Geng Kite".

Sebanyak 16 pasukan telah berjaya dikumpulkan bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung dari pagi sehingga jam 5.30 petang itu.

Pihak penganjur melahirkan rasa gembira dengan penyertaan sebanyak itu kerana Kampung Laut dan kawasan sekitarnya dikenali sebagai kampung mesra BN.

"Pasukan yang menyertai pertandingan anjuran Kampung Laut ini melebihi penyertaan pasukan semasa Pekan Bukit Payong menganjurkan pertandingan tahun lepas," kata seorang peminat yang tidak mahu dikenali.

Dengan kejayaan penganjuran dan penyertaan sebanyak ini dari belia-belia, beliau mengharapkan agar Kampung Laut sedikit masa lagi akan menjadi kampung mesra PR.

(Antara aksi menarik pertandingan)


Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Dalam ucapan penutupan, beliau menekankan pentingnya kesihatan dijaga untuk seseorang itu lebih kuat beribadat.

Beliau juga mengingatkan agar beriadah atau berhibur perlulah dalam lingkungan yang dibenarkan Islam dan bukannya sesuka hati tanpa garis panduan.

Beliau kemudiannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur yang telah berjaya mengumpul ramai belia-belia dalam pertandingan ini.

Wednesday, January 23, 2013


Bismillahir rahmaanir rahiim

Kita bersyukur ke hadrat Allah yang telah memanjangkan usia kita dengan rahmat Islam dan taufiq Allah  serta terus dikurniakan nikmat untuk mengenangi perjuangan Rasulullah. 12 rabiul awal merupakan tarikh keramat dan bersejarah dengan kelahiran kekasih  dan utusan Allah yang membawa Islam yang bercirikan wasotiyyah. Allah juga telah menjadikan ummah ini sebagai ummah wasotiyyah yang dilengkapi dengan segala pengertian wasotiyyah pada aspek aqidah dan pemikiran, manhaj, tasawur dan usul. Firman Allah :

{وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ}،

Maksudnya : “Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil,” (al - Baqarah 143)

الوسطية هي: تحقيق لمبدأ التوازن الذي تقوم عليه سنة اللَّه في خلقه، وفق
نظام رباني، ومشيئة إلهية، ولحكمة أرادها اللَّه - تعالى -، وتقدير مسبق،
وثوابت وسنن لا تبديل لها،

Maknanya : “Kefahaman wasotiyyah ialah perlaksanaan terhadap prinsip keseimbangan yang dibina oleh sunnah Allah pada makhluk yang bertepatan dengan sistem tuhan dan kehendak ilahi dan juga kerana hikmat yang dikehendaki oleh Allah, takdir yang telah ditentukan, tetap dan sunnah yang tidak akan berubah.”
Fenomena wasotiyyah dalam Islam boleh dilihat pada segala sistem Islam. Keadilan dalam pemerintahan, politik, ekonomi, undang-undang dan seluruh kehidupan merupakan tanda wasotiyyah Islam. Kezaliman, penyelewengan dan penyalahgunakuasa merupakan tanda pemesongan sistem dan pemerintahan daripada ciri wasotiyyah. Pembaziran, korupsi, rasuah, khianat dan kronisme merupakan tanda penyimpangan daripada ciri wasotiyyah Islam. Pengabaian tuntutan Islam dan sikap mengenepikan syariat Islam merupakan tanda ketiadaan nilai wasotiyyah. Segala sikap dan tindakan yang bercanggah dengan ciri dan nilai wasotiyyah dalam Islam akan mengundang perpecahan dalam masyarakat. Allah Taala berfirman :

كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ‌ۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡ‌ۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ
213. Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).(al -  Baqarah : 213)
Bagaimana ciri dan nilai wasotiyyah boleh dilaksanakan dan direalisasi dalam kehidupan ummah ?. Ciri dan nilai wasotiyyah mampu direalisasikan dengan beberapa tindakan dan pengajaran, antaranya ;
1-     Berpegang dengan dengan segala pengajaran Al-Quraan dan sunnah Rasulullah serta menolakkan segala tuntutan hawa nafsu yang bercanggah dengan Islam.

2-     Para ulama mesti berperanan memperjelaskan tentang ciri dan nilai wasotiyyah Islam dengan adil dan tepat kepada masyarakat.

3-     Kerajaan mesti bertindak adil dan memerintah berlandaskan tuntutan Islam dalam seluruh sistem dan aspek.

4-     Rakyat mesti bangkit melaksanakan tuntutan Allah sebagaimana firmannya :

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ
 
 بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
 
Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik (ali Imraan : 110)
 
Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat mengukur dan menilai segala tindakan pemerintahan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun tapi Barisan Nasional terus mengekalkan ISA yang ditinggalkan oleh penjajah dan  mengugut atau membeli rakyat dengan duit sehingga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menggunakan wang rakyat untuk kepentingan Barisan Nasional dan mengaku wang rakyat adalah wang UMNO. UMNO terus menafikan dan mencerca Hudud Allah, walaupun bersandiwara untuk mempertahankan kalimah Allah. Kerajaan UMNO terus mencipta sejarah keruntuhan dalam projek-projek yang dibina dengan duit rakyat kerana kesan ‘wasotiyyah UMNO’ dalam rasuah, penyalahguna kuasa dan pembaziran. Rakyat mesti bangkit untuk buat perubahan dalam PRU-13. Insyallah, Islam akan menang dan berdaulat insyaAllah.
 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Adun Bukit Payong
11 Rabiu'awwal 1434

ARKIB