Monday, January 28, 2013


“Islam mesti menang, kalau tidak berapa banyak lagi remaja jadi punah, kalau tak, berapa banyak lagi harta kerajaan akan diselewengkan.
 
Jangan kita tinggalkan Islam walau apapun berlaku,” demikian antara kata-kata semangat yang dituturkan oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man kepada jemaah Masjid Titian Baru baru-baru ini.
Beliau yang hadir sebagai tetamu jemputan bagi menyampaikan kuliah maghrib Program Ijtimak Siasi anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong.
Beliau mngharapkan agar setiap ahli berusaha menjadi sebahagian daripada tenaga yang memenangkan Islam supaya mendapat saham di akhirat nanti.
Ahli-ahli juga saran beliau, tidak sepatutnya mengungkit-ungkit kerja yang mereka lakukan untuk jemaah kerana kerja untuk Allah, bukanlah kerja yang sepatutnya diungkit-ungkit.
Mengenai perpaduan antara Pakatan Rakyat (PR) sekarang yang semakin mantap, beliau mengingatkan semua agar berhati-hati kerana BN akan sedaya upaya akan mengucar-kacirkan pemikiran penyokong PR
Dengan sikap tolong menolong dalam PR maka pemesongan dari BN ini dapat dielakkan dan ahli kena membantu sesama ahli walaupun berlainan parti kerana kerja ini sangat berat.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat mengakhiri kuliahnya dengan nasihat yang sangat berguna bagi semua petugas-petugas jemaah Islam iaitu “Jangan kita tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita”.
Masa dengan Allah yang dimaksudkan beliau itu ialah antaranya solat hendaklah berjemaah dan sentiasa baca al-Quran paling kurang tiga hari sekali.

 
Program yang bertujuan memantapkan lagi semangat dan persefahaman antara pimpinan dan ahli PAS itu turut dihadiri oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan juga penceramah kedua Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
Kira-kira 500 jemaah masjid mengikuti program tersebut yang bermula dari solat maghrib berjemaah dan berakhir kira-kira jam 11 malam.

0 comments :

ARKIB