Monday, June 13, 2011

Bukit Payong : Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah hari ini mengucapkan tahniah kepada Haji Mohd Wahid Endut diatas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu yang baru.

Ustaz Mohd Nor yakin dan percaya dengan perlantikan ini PAS Terengganu akan melangkah lebih gagah dalam agenda untuk melakukan perubahan yang bermakna bagi rakyat Terengganu.

Ini penting terutama dalam usaha untuk merealisasikan tema muktamar baru-baru ini iaitu Membangun Negara Berkebajikan


Sumber : Buletin Online


KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut sah dilantik sebagai Pesuruhjaya (PJ) PAS Terengganu yang baru.

Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Buletinonline selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada petang ini Ahad 12 Jun, bersetuju melantik Wahid ke jawatan tersebut.

Wahid yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menegaskan, beliau bukanlah individu yang terbaik untuk jawatan tersebut, namun akan memikul amanah yang dipersetujui Presiden serta AJK Kerja PAS Pusat.

"Saya bukanlah yang terbaik, masih ramai yang (saya rasa) lebih baik dan mampu serta lebih layak,

"tetapi mungkin Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mencadangkan beliau kerana suasana menghadapi pilihanraya yang akan datang,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, beliau akan memanggil satu mesyuarat perhubungan PAS negeri Terengganu dengan seberapa segera bagi melantik jawatankuasa perhubungan negeri 'kearah' kerja-kerja pilihanraya.

"InsyaAllah, kita akan tubuhkan 'kabinet perang' pilihanraya bagi berusaha dan memastikan Terengganu akan kembali kepa pangkuan PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang,"tegasnya.

Pertukaran Pesuruhjaya Terengganu itu difahamkan bagi mengurangkan 'beban amanah' yang dipikul oleh Bekas PJ, Dato' Ustaz Harun Taib.

Pada pemilihan Muktamar Dewan Ulamak yang lalu, Ustaz Harun kekal memenangi jawatan Ketua Dewan Ulamak tanpa dicabar mana-mana pihak.

Sementara Wahid, adalah muka baru yang menang dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, pada Muktamar ke-57 baru-baru ini.

Friday, June 10, 2011


Kedai Buloh 10 Jun : Setelah lebih 60tahun baru kini Umno sedar akan lompang dalam kepimpinan parti mereka iaitu kurangnya ulama dalam kepimpinan utama mereka.


Ulama di dalam parti mereka ketika ini hanyalah diletakkan dibawah biro agama sahaja, seperti hanya berperanan untuk melengkapkan senarai penuh biro mereka sahaja.


Sedangkan PAS sudah sekian lama telah meletakkan ulama pada tempat yang sangat tinggi dengan menyediakan dua tempat bagi golongan itu untuk menentukan dasar dan halatuju parti.


Begitulah yang disuarakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah apabila diminta mengulas tentang cadangan ahli Umno untuk mewujudkan sayap baru iaitu Sayap Ulama Umno.


Semalam dalam akhbar Utusan, Timbalan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hasan mencadangkan agar ditubuhkan segera sayap baru Umno iaitu Sayap Ulama Umno.


Cadangan beliau itu bertolak dari dakwaan beliau bahawa Pas sudah menolak kepimpinan ulama dalam muktamar Pas baru-baru ini.


“Kita mempunyai Dewan Ulama dan yang tertinggi ialah Majlis Syura yang mana kita tidak akan mengingkari apa jua keputusan Majlis Syura, kerana ahli kita tsiqah (percaya) kepada ulama-ulama kita yang berilmu,” kata Ustaz Mohd Nor


Bagi beliau inilah tanda yang menunjukkan bahawa Pas meletakkan ulama ditempat yang sepatutnya berbanding Umno yang hanya menggunakan ulama apabila mereka tersepit dalam isu-isu yang menguntungkan mereka.


Seperti contoh yang terbaru apabila isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, ulama muda mereka Fathul Bari Jahaya dalam satu kuliahnya dengan tegas menyeru ahli Umno menolak tuduhan itu.


Akan tetapi suaranya dianggap sepi sahaja oleh ahli Umno yang lebih galak bermain dengan isu itu walaupun Fathul Bari telah mengeluarkan hadis sahih berkenaan fitnah serta ancaman Allah terhadap pengfitnah


Berikutan itu Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong mencabar agar Umno menyenaraikan dahulu ulama yang ada di dalam Jawatankuasa Majlis Tertinggi mereka sebelum menuduh Pas telah mengenepikan ulama.


“Dengan cadangan ini kita amat berharap selepas ini Presiden Umno akan dipilih dari kalangan ulama,” ujar beliau sinis.

Dijemput semua ke majlis ceramah bersama Ustaz Radzi (bekas vokalis Malissa)

Di perkarangan PASTI Kampung Tok Dir

Pada 11hb Jun 2011

Acara bermula selepas isyak

Skrin besar akan disediakan untuk menonton perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Terengganu dan Kelantan sebelum ceramah bermula

Datanglah beramai-ramai

Monday, June 6, 2011

Klik di sini untuk ucapan penangguhan.


Isi-isi utama ucapan penangguhan.
  1. Tahniah kepada perwakilan yang memilih.
  2. Tahniah kepada calon yang terpilih.
  3.  Maafkan wartawan-wartawan yang dikongkong dengan peraturan dan melaporkan dengan cara orang jahil.
  4. Ini bukan Erdogan. Ini Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang.
  5. Ini PAS bukan AK Party. AK Party bukan parti Islam sebab halangan undang-undang Turki.
  6. Pimpinan baru yang dipilih terdiri daripada 8 orang lulusan agama, 2 doktor, 2 engineer, 1 peguam, 6 bekas pensyarah, 2 aktivis masyarakat.  
  7. Peranan besar majlis syura ulama’ dalam menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bukan Islam.
  8. Kewajiban Pilihanraya berpegang kepada kaedah ‘Apa yang tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan dia, maka dia menjadi wajib.’
  9. Cara damai, memujuk perlu didahulukan.
  10. Ada yang tak buat kerja, mari muktamar pilih pemimpin. Ini tidak bertanggungjawab.
  11. Pengajaran daripada kisah Zulqarnain.
  12. Bijak menangani isu dengan merujuk kepada pakar PAS seperti dalam isu Lynas.
  13. Mesti menggunakan bahasa yang difahami oleh pengundi, bukan bahasa menghalau pengundi.
  14. Cabaran untuk menyediakan 12 ribu jentera parti terlatih untuk ke Putera Jaya.
  15. Allah tanya sama ada kita telah menjalankan tanggungjawab atau tidak.
  16. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan muktamar.
  17. Doa sewaktu hujan turun.

Friday, June 3, 2011

Shah Alam 3hb Jun : Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bukit Payong, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah telah berjaya meraih kepercayaan dari perwakilan Dewan Pemuda Pas Pusat apabila berjaya memenangi kerusi AJK Dewan Pemuda Pas Pusat ( DPPP ) di Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat semalam

Dalam pemilihan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ) itu juga menyaksikan DPPP mendapat timbalan baru apabila Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz berjaya mengalahkan penyandang jawatan itu iaitu Ustaz Azman Shapawi Abdul Ghani

Ustaz Mohd Nor yang dihubungi sebentar tadi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua perwakilan diatas kepercayaan yang telah diberikan.

Beliau berharap semoga Allah akan memberikan kekuatan kepada beliau untuk memikul amanah yang telah diberikan oleh perwakilan.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, berharap agar semua pihak samada yang terpilih atau tidak, untuk kembali merapatkan saf dan fokus kepada agenda yang lebih besar iaitu pilihanraya umum tidak lama lagi.

Antara calon lain yang turut diberi kepercayaan perwakilan untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda Pas Pusat ( DPPP ) ialah anakanda kepada Presiden Pas, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

Sementara itu apabila diminta mengulas ucapan dasar presiden yang dibentangkan tadi, beliau berpendapat ianya satu ucapan dasar yang paling bersemangat kepada semua ahli.

Menurutnya, ucapan dasar bertemakan Membangun Negara Berkebajikan itu, seharusnya menjadi pemangkin kepada pejuang-pejuang Islam terutamanya dari kalangan akar umbi untuk mengemaskinikan bilik gerakan masing-masing bagi menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.

“Seboleh-bolehnya ahli-ahli Pas kena berusaha dengan gigih untuk memahamkan rakyat Malaysia perihal politik Islam serta tawaran dari Pakatan Rakyat ( PR ) yang terkandung di dalam Buku Jingga sepertimana arahan dari Dato’ Tuan Guru Presiden,” katanya mengakhiri perbualan

Thursday, May 19, 2011


19 Mei - Semua dijemput solat jenazah ke atas Allahyarham al-Fadhil al-Ustaz al-Mujahid Haji Kassim Ahmad, veteran, bekas kepimpinan utama dan aktivis PAS Terengganu selepas solat Asar di Masjid at-Taqwa, Batu Enam pada hari ini. Al-Fatihah.

Wednesday, May 18, 2011

Sumber : Malaysiakini

lok yim pheng nutp sec gen 060905












Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

education school science class 040405Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.

Thursday, May 12, 2011

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU
11 MEI 2011

Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan berita dalam laman blog, kononnya ada majlis perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang beberapa hari lalu, membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan.
Soalnya, bolehkah Kristian menjadi agama Persekutuan? Bolehkah perlembagaan dipinda di Dewan Rakyat untuk mengubah apa yang termaktub?

Sebenarnya, ia tidak mudah seperti difikirkan untuk mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat bagi mengubah perlembagaan apatah lagi ianya berkaitan agama Islam.

Apa sahaja berkaitan Islam untuk dipinda atau dimansuhkan perlu dibawa kepada Majlis Raja-Raja, Ia tidak boleh dipinda dengan sokongan dua pertiga di Parlimen saja, sebaliknya perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Usaha mengubah apa yang termaktub dalam perlembagaan tersebut perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan Majlis Raja-Raja.

Kalau dilihat kepada keseluruhan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu pada (4) dinyatakan tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

Ini telah menjadikan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu peruntukan yang tunggal dan tidak boleh mempengaruhi apa-apa Perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penafsiran sekarang terhadap Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sekadar amal ibadat dan upacara sahaja.

Bagi kita sebagai muslim adalah berhak untuk menganut dan mengamalkan agama dengan sepenuhnya sebagaimana yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah.

Oleh kerana itu tafsiran yang sempit itu perlu diubah kerana Islam telah dianuti dan diamalkan di Tanah Melayu ini lama sebelum Perlembagaan Persekutuan wujud lagi. Sebagai contoh Batu Bersurat Terengganu yang mencatatkan hukum hudud yang telah diamalkan oleh penduduk tempatan beratus tahun dahulu.

Justeru, kami melihat isu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi merupakan provokasi Umno Barisan Nasional semata-mata. Pakatan Rakyat sendiri telah meletakkan asas yang dipersetujui bersama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010), iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Sekian.


“ ISLAM ADIL UNTUK SEMUA ”
“ MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN ”

Yang benar
DPP NEGERI TERENGGANU
  
WAN MOHD FAIZUL BIN WAN ABAS
Setiausaha


6 Mei - Rehlah pemuda PAS UPU Atas Tol telah diadakan di Tasik Kenyir dengan disertai oleh 36 orang peserta dengan bermotosikal.

Program-program yang diadakan termasuklah memancing, mandi manda dan sukan ringan serta disusuli dengan program ceramah agama dan kuliah maghrib.

Program dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Nor bih Hamzah.

Disertakan beberapa gambar kenangan.

Sebelum pembahagian hadiah.

Sungai tempat bermandi manda.


Rehlah di bawah jambatan.


Orang kuat program Din dan Hassan.

Makan dulu dengan tertib dan teratur.



Ustaz Sukri sempat termenung.




Gulai kambing dengan nasi.

Mendengar perasmian penutup oleh Ketua Pemuda DUN Bukit Payong.



Sekitar majlis penyampaian hadiah.












Tuesday, May 10, 2011

 Tuan Guru bersalaman dengan Tengku Sri Bendahara Raja.

Sumber :  Harakahdaily
 Khairul Azlam Mohamad   

KUALA TERENGGANU, 9 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak melakukan provokasi hingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini berhubung isu ‘Kristian agama rasmi’.

Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak demokratik yang sengaja cuba dicetuskan pihak tertentu setiap kali menjelang pilihan raya.

“Saya melihat isu sehari dua ini lebih bersifat kepada satu permainan politik pilihan raya".

“Saya harap jangan provokasikan di saat hampir pilihan raya macam masa-masa lalu. Kemudian ambil tindakan ISA di kalangan orang tertentu. Ini suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak betul,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12, di sini hari ini.

Katanya, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat semua parti menerima apa yang sudah diasaskan dalam Perlembagaan.

Menurutnya, Islam agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sebarang isu yang berkaitan dengan polisi dan dasar akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

“Dengan sebab itu, saya tidak risau dengan isu ini. Sebab, saya melihat isu ini lebih ke arah isu mainan politik pilihan raya. Ini satu benda yang tidak betul di kalangan pihak tertentu,” ujarnya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu semua pihak supaya menjaga keharmonian kaum di negara ini.

Beliau juga menyarankan agar diadakan siri perbincangan dan dialog dari masa mengenai perkara itu sebagaimana isu kalimah Allah sebelum ini.

“Dan kerajaan pernah menganjur melalui IKIM, dalam isu kalimah Allah dulu, saya hadir sendiri dan melibatkan kalangan akademik, kita bincang. Itu lebih baik. Cara berilmu dan bukan lepas tangan begitu sahaja,” ujarnya.

Perasmian Sidang Dun Terengganu telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Bendahara Raja.

ARKIB