Tuesday, March 15, 2011

YB Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Hassan dengan laporan polis.


KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis, berikutan berita fitnah disiarkan akhbar Berita Harian pada Isnin, 14 Mac 2011. yang bertajuk ‘Pegawai ADUN mengaku khalwat’.

Laporan polis tersebut terpaksa dibuat pada jam 3.15 petang di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu setelah Balai Polis Kuala Terengganu tidak dapat menerima laporan kerana mengalami masalah talian internet.

Ketika ditemui media selepas membuat laporan, Ustaz Mohd Nor berkata laporan tersebut dibuat kerana berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut berunsur fitnah serta memalukan dirinya sebagai wakil rakyat.

Beliau meminta pihak polis supaya segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

“Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

“Kita (PAS) minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.

Menurutnya, beliau rasa kesal dan malu kerana akhbar yang melaporkan berita tersebut telah mengaitkan beliau selaku Adun Bukit Payung dengan fitnah khalwat yang dilaporkan, telah dilakukan oleh 'Pegawai Adun Bukit Payung'.

“Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

“Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu menafikan beliau kenal dan tidak ada kaitan dengan orang yang disebutkan oleh akhbar tersebut sebagai 'Md Din Jusoh'

Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.

“Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya. 

Monday, March 14, 2011

Sumber Harakahdaily


Gambar satelit sebelum Tsunami melanda.

Gambar selepas Tsunami.


PAS merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter yang mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 meter menghentam timur laut Jepun semalam.

Difahamkan, tragedi paling buruk dalam tempoh 140 tahun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mati akibat lemas.

"Saya merakamkan takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa. 

"Semoga mereka dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu juga beliu menyeru masyarakat seluruh duni khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan bagi membantu rakyat Jepun yang terlibat dalam tragedi itu.

"Harapan saya agar seluruh masyarakat dunia dapat menghulurkan bantuan dan bersama-sama rakyat Jepun menghadapi musibah ini," gesanya.


Sementara itu, pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas gempa semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.
14 Mac - YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menafikan tentang khabar angin bahawa ada pegawainya yang ditangkap khalwat sebagaimana yang disebarkan oleh blog-blog pro-UMNO di internet, susulan berita tangkapan khalwat pegawai seorang ADUN dalam Parlimen Marang oleh Sinar Harian pada hari ini dan semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau melahirkan rasa kesal yang amat sangat terhadap sesetengah blog tanpa segan silu menyebarkan fitnah dengan memaparkan gambar Ustaz Hassan Hussin yang sedang bergambar menaiki motosikal berkuasa tinggi pada hari terbuka DUN Bukit Payong, sebagai orang yang didakwa ditangkap khalwat tersebut.


Saturday, March 12, 2011


10 Mac - Hari keluarga DUN Bukit Payong yang bermula pada hari ini sehingga 12 Mac di Kampung Paya Resak, Bukit Payong dimulakan dengan pelancaran himpunan petugas pemuda PAS DUN Bukit Payong di tapak program oleh YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah.

Beberapa orang pimpinan pemuda yang turut berucap pada malam itu ialah Ustaz Mazlan Ibrahim selaku penyelaras pemuda DUN Bukit Payong, Ustaz Zakaria Ismail mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang dan Ustaz Abu Bakar Soleh, selaku mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang yang memberikan ceramah motivasi kepada para petugas pemuda.

Turut menyerikan majlis himpunan yang dihadiri oleh lebih 500 petugas pemuda DUN Bukit Payong.ini, ialah Ustaz Baharudin Mohamad selaku Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Payong dan Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menekankan tentang keutamaan 10 rukun bai'ah seseorang aktivis gerakan Islam, dengan memberikan penekanan kepada aspek faham, ikhlas, bekerja kuat, jihad, taat dan pengorbanan bagi memastikan.kekuatan parti berada pada landasan yang kuat untuk menghadapi PRU ke 13.

Walaupun hujan sekali-kali lebat, semangat para pemuda DUN Bukit Payong terus membara apabila mendengar ceramah motivasi oleh Ustaz Abu Bakar Soleh dan seterusnya ketua-ketua pemuda cawangan menerima bendera PAS daripada Pengarah MTD Ustaz Baharudin.

Gimik pelancaran disempurnakan oleh Ustaz Baharudin dengan memotong riben banting khas pelancaran dan disertai dengan dentuman bunga api.

Program masih berjalan dengan acara-acara sukan, remaja, pameran motor berkuasa tinggi, rawatan asy-syifa' dan ceramah umum pada 14 Mac oleh Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Saudara Shamsul Iskandar dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

    
Ketua Pemuda DUN, Ustaz mazlan berucap.

Ceramah Motivasi Ustaz Abu bakar Soleh

Bendera dinaikkan semasa lagu PAS dikumandagkan.

Jejaka-jejaka PAS DUN Bukit Payong.

Bilik IT.

Sebelum nyanyian nasyid al-Amal.

Sebahagian peserta yang hadir.

Orang ramai yang turut menyaksikan.

Memotong riben.

Banting Khas Pelancaran Himpunan Petugas.

Banner jemputan ke program.

Penyerahan bendera.

Cawangan dengan kehadiran paling ramai, tuan rumah.

Menerima cenderamata dalam satu kategori penyertaan teramai.

Ustaz Baharudin menyampaikan cenderamata dalam satu kategori penyertaan teramai.

Ustaz Hassan bergaya dengan motosikal berkuasa tinggi. 

Tiga buah motosikal berkuasa tinggi dipamerkan sepanjang program.

Sebahagian petugas di muka pintu tapak program.

Wednesday, March 9, 2011

TENTANG PAS DAN UNDI MELAYU : BEBERAPA RENUNGAN

Artikel asal di Bebas Menulis


Oleh : Zakaria Ismail
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang


Politik dalam kebanyakan halnya ialah persepsi. Fakta yang salah tetapi dengan propaganda yang sistematik, boleh menjadikan sesuatu fakta itu suatu kebenaran yang tidak dapat diragui lagi kepada kebanyakan rakyat.

Propaganda UMNO untuk mewujudkan persepsi-persepsi berikut terhadap PAS telah mula dipercayai oleh orang melayu;

  • PAS dipergunakan oleh DAP.
  • PAS menggunakan agama untuk capai cita-cita politik.
  • PAS derhaka kepada Sultan.
  • PAS dilihat terlalu berlembut dalam mempertahankan hak istimewa orang melayu.
  • PAS memilih agama, tetapi tidak pedulikan bangsa.
  • PAS asyik nak bangkang sahaja.
  • PAS tak langsung sebut kebaikan UMNO.
  • PAS suka mengutuk orang.
  • PAS tak sesuai dengan jiwa belia dan beliawanis muda.
  • PAS tiada kredibiliti kerana menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan dosa liwat.

Bila UMNO berjaya mewujudkan persepsi-persepsi sebegini, bermakna PAS gagal mengatasi teknik dan sistem propaganda UMNO yang menggunakan seluruh saluran media milik kerajaan dan swasta bagi tujuan tersebut. PAS perlu menjawab dan memberikan fakta-fakta ringkas atau jawapan kepada persepsi-persepsi di atas dengan cara yang diulang-ulang dan ditonjolkan dalam media cetak, elektronik, kenyataan akhbar dan lain-lain saluran maklumat yang menyokongnya pada setiap masa.

Fakta-fakta di bawah  perlu disemat dalam pemikiran rakyat secara cermat, berhemah dan berterusan bagi menghilangkan persepsi-persepsi palsu di atas. Isu PAS membela Orang Melayu Islam perlu dipertegaskan kepada pengundi tradisional PAS bagi mengelakkan mereka semakin termakan dengan propaganda UMNO dan BN.

  • PAS dan DAP bekerjasama dalam bentuk menentang kezaliman dan penyelewengan politik yang melampau-lampau oleh UMNO dan MCA. PAS akan ganti UMNO, DAP akan ganti MCA dan tidak timbul DAP ganti PAS.

  • PAS menggunakan saluran politik untuk menegakkan agama Islam.  Tanpa kuasa politik, agama Islam hanya terbatas di pejabat agama.

  • PAS hormat dan ada hubungan baik dengan Sultan-Sultan. UMNO nampak saja baik dengan Sultan, tetapi sebenarnya menghapuskan kuasa Sultan dan sampai ada UMNO yang kata ‘menatang’ kepada Sultan.

  • PAS bertegas untuk mempertahankan hak istimewa orang melayu sebagaimana 12 janji PAS kepada orang melayu satu dalam konvensyen baru-baru ini. Orang melayulah rakyat yang paling ramai dhaif dan perlu dibantu secara lebih bersepadu. UMNO bukan membantu bangsa Melayu, tetapi mengagihkan projek-projek secara pilih kasih kepada kroni-kroni mereka berbangsa melayu mengikut kaedah ‘ali baba’. Sebenarnya UMNO mempunyai siri pengkhianatan yang panjang terhadap bangsa melayu yang kononnya sering dipertahankan.

  • PAS menekankan agama untuk menguatkan bangsa melayu, kerana dengan menjaga prinsip-prinsip agama Islam, bangsa melayu akan kembali kuat dan dihormati.

  • PAS membangkang pembaziran seperti monsoon cup, gejala rasuah dan ketidak-cekapan kerajaan yang melampau sehingga stadium, sekolah dan masjid pun boleh runtuh.

  • PAS sentiasa menghargai  inisiatif kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tetapi mengecam inisiatif-inisiatif kebaikan itu disalah-gunakan untuk tujuan lain seperti pembahagian dana kebajikan untuk ugut dan tarik undi semata-mata, dan kontrak e-book dengan harga yang sepatutnya jauh lebih murah.

  • PAS bukan mengutuk tetapi mengecam secara keras semua kezaliman yang dilakukan secara terang dan tanpa berselindung seperti penarikan royalti Terengganu oleh Kerajaan Pusat.

  • PAS mempunyai aktiviti belia yang lebih sihat dan lebih membina jati diri belia masakini berbanding dengan aktiviti belia UMNO yang hanya bertujuan hiburan dan imbuhan semata-mata.

  • PAS menyedarkan orang Islam terutamanya bangsa melayu, bahawa menuduh dan terlibat dalam menyebarkan tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa saksi-saksi yang adil, adalah satu dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah.


Dalam dunia maya pula, blogger-blogger yang terkenal menyokong PAS sudah kurang menjana nilai positif kepada PAS.

  • Ada blogger yang cuba menghakis kredibiliti Presiden PAS dalam blog masing-masing, dengan alasan untuk mendapat kepimpinan baru yang lebih cekap dan dinamik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  • Ada blogger yang terus menerus menghentam kerajaan perpaduan yang telah ditutup buku dengan terus-menerus menuduh Timbalan Presiden PAS sebagai anasir yang paling jahat yang akan membawa PAS ke pangkuan UMNO.

  • Ada blogger yang terlalu banyak menggunakan bahasa kesat kepada pihak lawan di dalam blog mereka, menyebabkan rakyat atas pagar berundur daripada mendapat maklumat bernas daripada blog tersebut.


Hasilnya, persepsi berikut yang timbul;

  • Presiden UMNO adalah lebih baik, lebih cekap dan lebih amanah daripada Presiden PAS.

  • PAS juga mempunyai klik-klik tertentu dan pimpinan yang tamakkan habuan dunia yang boleh diberikan secara mudah oleh UMNO. Juga menggambarkan Prinsip Islam PAS setengah pimpinan PAS boleh dijual beli.

  • PAS yang suka maki hamun, bukan blogger-blogger tertentu, dan blogger PAS dan UMNO tidak ada beza daripada aspek kutukan melampau-lampau. Dengan itu, rakyat awam lebih cenderung untuk menghadkan bacaan berita daripada Malaysiakini, Malaysian Insider dan sumber rasmi parti seperti Harakah dan Buletinonline sahaja. Ini satu kerugian yang sangat besar.


Kesimpulannya, dalam PRU ke 13, PAS daripada sudut isu perlu lebih agresif menjawab 10 propaganda UMNO di atas. Orang melayu tidak boleh dibiarkan tertipu oleh propaganda UMNO bahawa orang melayu lebih baik dijaga oleh UMNO daripada dijaga oleh PAS. Dan satu lagi, perkelahian sesama sendiri oleh para blogger yang menyokong PAS dan PR perlukan satu ‘gencatan senjata’, sekurang-kurangnya sehingga berlangsungnya pilihanraya Umum ke -13.  

Monday, March 7, 2011


Assalamualaikum,

Kepada semua sahabat/ sahabiah Lepasan/ Mahasiswa Mesir Negeri Terengganu.

MULTAQA ILMAM TERENGGANU,
11 Mac 2011
Hari Jumaat
Jam 10.00 pagi - 5.00 ptg
Majlis Perasmian Bersama TG Haji Harun Taib.
Tempat : KUDQI, Kubang Lembik, Trg.

"Ke Arah Memperkasakan ILMAM "

Anjuran : ILMAM Terengganu dengan kerjasama Ulama' Pelapis.

Sunday, March 6, 2011


KEPUTUSAN TERKINI






Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 139.


Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 


MERLIMAU Keputusan penuh tidak rasmi BN 5962 , PAS  2339,  maj 3623

Malaysiakini melaporkan;


Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi.
Jumlah undi rosak diterima ialah 132.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang dengan majoriti 2,589 undi.
BN memperolehi 4,793 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,204 undi.
Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi.

Majoriti kemenangan tidak rasmi BN itu mengatasi jumlah yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004 – sebanyak 24 undi.

Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi Cina telahpun kembali kepada BN di Kerdau.




Setakat 8.00 malam
MERLIMAU 5 peti undi belum diterima. Tapi dari 17 peti undi dah perolehi keputusan rasmi BN 4533, PAS 1671.


Setakat 7.50 malam
KERDAU Keputusan penuh tidak rasmi:
PAS 2204, BN 4793, Maj 2589, rosak 79

MERLIMAU BN 3214, PAS 1239


KERDAU Calon PAS, Hassanuddin Salim kini berada di markas induk
PAS. Dijangka satu sidang media akan diadakan selepas keputusan rasmi
diumum SPR.



MERLIMAU Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Azman Shapawi
menyampaikan ucapan penutup sebagai pembakar semangat kepada penyokong
dan petugas PAS di markas induk PAS.



Setakat 7.20 malam
KERDAU SPR: BN 2170, PAS 984, majo 1186

Setakat 7.15 malam
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1643, BN 3533, maj -1890, rosak 62
MERLIMAU Tidak Rasmi BN 5962, PAS 2339, majoriti 3623




Update: Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 


DUN Kerdau, seramai 83 peratus atau 7,480 orang telah keluar mengundi setakat 4 petang tadi.

DUN Merlimau, seramai 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi. 
Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.



Update; DUN Kerdau, sehingga jam 4 petang, seramai 81.5 peratus atau 7,336 orang telah keluar mengundi setakat 4 petang tadi.

DUN Merlimau, kira-kira 76.87 peratus atau 8, 181 orang pemilih berdaftar telah keluar mengundi sehingga 4 petang.




Update; DUN Kerdau, sehingga jam 3 petang, seramai 79.44 peratus atau 7,149 orang telah keluar mengundi setakat 3 petang tadi.


DUN Merlimau, kira-kira 72.6 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi sehingga 3 petang.


Malaysiakini melaporkan, sehingga jam 1.25pm Jumlah keluar mengundi di DUN Kerdau hingga setakat ini telahpun mencatat angka 6,467 pengundi – 71.86%.


Malaysian Insider melaporkan sehingga jam 11.00 am, jumlah keluar mengundi di Merlimau mencatat angka 5,746 - 54 %.

Saturday, March 5, 2011

Harap para pengundi di Kerdau dan Merlimau, renungkan keprihatinan FELDA menjaga kepentingan peneroka daripada berita ini. 

TEMERLOH, 5 Mac: Peneroka khususnya di Kerdau dinasihatkan berhati-hati dengan jerat terbaru BN berhubung wang skim tanam semula (SES) berjumlah RM13,000.


Dengan syarat pembayaran balik RM650 selama 20 tahun yang dikenakan, bermakna peneroka sebenarnya terpaksa membayar RM156,000 iaitu 12 kali ganda dari jumlah yang dipinjam.

Ingatan itu dinyatakan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsan (Anak), Mazlan Aliman pada sidang media di markas induk PAS di Kerdau hari ini.

"Jangan kerana nak kejar duit RM13,000, selepas pilihan raya kena tanggung hutang tidak lebih dari RM200,000, sangat tidak berbaloi dengan jumlah pinjaman RM13,000," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan janji untuk memberi pinjaman wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka, dengan syarat peneroka perlu membayar balik RM650 sebulan selama 20 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ketika berkempen di Felda di Kerdau kemudiannya berjanji akan membuat bayaran RM13,000 itu pada hari Isnin, 7 Mac ini iaitu sehari selepas hari mengundi.

Ianya dilihat cubaan memancing undi peneroka yang akan mengundi esok agar memilih BN.

"Kalau RM13,000 kena bayar balik dekat RM200,000, saya nasihatkan peneroka pinjam sahaja dengan bank.

"Ini bukan lagi tolong, tapi betul-betul along yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda," ujarnya lagi.

Pada sidang media sama, beliau juga sekali mencabar Ahmad untuk berdialog dengannya walaupun cabarannya beberapa kali sebelum ini ditolak.

Berhubung hak milik tanah pula, Mazlan mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob adil kepada peneroka.

Menteri Besar itu sebelum ini mengumumkan pemberian hak milik hanya kepada peneroka di Jengka 23 sahaja, sedangkan kata Mazlan, Jengka 22 juga perlu mendapat perkara sama.

Thursday, March 3, 2011



Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyuarakan penentangan sekeras-kerasnya cadangan campurtangan asing dalam bentuk ketenteraan, terutamanya di atas nama Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menyelesaikan masalah di Libya.




Campurtangan pihak ketenteraan di atas nama Majlis Keselamatan itu sekali akan hanya membuka episod krisis perang yang tidak akan berkesudahan dan semakin menekan rakyat Libya, sepertimana campurtangan ketenteraan di Afghanistan dan Iraq yang belum menampakkan penyelesaiannya hingga kini malah akan mewujudkan ketidakstabilan baru di negara Utara Afrika itu.

Penyelesaian krisis di Libya boleh dirungkaikan dengan komitmen berterusan rakyat Libya untuk melakukan suatu perubahan. Dalam masa yang sama OIC dan Liga Arab juga mestilah menunjukkan kewibawaan mereka dengan memainkan peranan sebagai perunding dalam isu tersebut untuk mengenakan tekanan terhadap Muammar Ghadafi supaya berundur.

Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Rabu, 27 Rabiul Awal 1432 H /  2 Mac 2011 

Wednesday, March 2, 2011


Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya


Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Selasa, 26 Rabiul Awal 1432 / 1 Mac 2011


ARKIB