Friday, January 14, 2011

Jumaat, 14 Jan - Kira-kira pukul 3.30 petang tadi, Kelab Penunggang Alternatif (ARC) seramai lebih 100  penunggang telah bertolak Kemaman bagi menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat!!! PAS Ganti UMNO, daripada Masjid Pengadang Baru dengan diketuai oleh Saudara Wan Ahmad Ridhuan.   

Menurut Ahmad Ridhuan, mereka akan melalui jalan Bukit Kor dan melalui jalan pantai ke Kemaman dan di sepanjang perjalanan, pasukan ekspedisi ini akan menjadi lebih besar kerana akan disertai oleh ahli-ahli kelab lain yang sedang menunggu di sepanjang jalan pantai.

Setelah menyampaikan taklimat keselamatan dan bacaan doa, para peserta mula bertolak dengan didahului  oleh kereta marshal dan sepasukan marshal bermotor.

Semoga Allah memudahkan perjalanan mereka dengan selamat sehingga sampai ke destinasi. 

Berikut beberapa gambar sebelum dan ketika ARC bertolak daripada masjid Pengadang Baru.



 Mat, mekanik yang turut serta dalam ekspedisi.

 Perbincangan 'last minute' sebelum ekspedisi bermula.

 Bos sedang meninjau keadaan sebelum memberi taklimat.

 Kereta Marshal tetap ARC, saudara Bo
.
Smart jugak mamat ni... 



 Naik scambler nih...





 Adik pun rasa berminat nak memiliki motor ni, berapa harga dia bang?

 Taklimat untuk menyusun motor daripada atas lori yang akan turut serta.


 Marshal besor sekali...

 Ada minat, bos?




 Orang Mude, Geng Kite.

Sticker yang bijak-bijak belake ada pada sebuah motor ni. 

 Pak cik ni tak join, beri semangat dan ucap selamat jalan pun jadilah.

 Comel dop?

 Posing sebelum bertolak.






 Taklimat akhir.



 Dah nak bertolak.


 Marshal dah jalan

  Mula bertolak.











Selamat jalan! Jalan baik-baik yer...

Thursday, January 13, 2011

Pada Sabtu ini, 15 Januari 2011, Himpunan Kebangkitan Rakyat!! PAS ganti UMNO akan diadakan di Dataran TokGuru, Geliga, Kemaman. Klik pada banner untuk beberapa atur cara.

Friday, January 7, 2011


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011

Wednesday, January 5, 2011

Posting ini daripada Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat berkenaan polemik perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor di dalam blog beliau.


Ustaz Idris menulis,

Parti Islam SeMalaysia Pas berpendapat perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru satu lagi pencabulan terhadap hak negeri yang sepatutnya tidak berlaku dalam semangat federalisme. Sebelumnya hal ehwal air yang sepatutnya hak negeri sudah dicabul, sekarang perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri pula, kerajaan pusat campur tangan dengan mengenepikan hak negeri.


Pas hendak mengigatkan kerajaan pusat, Selangor ada tuannya. Ketuanya Tan Seri Khalid Ibrahim, perlantikan SUK bukan seperti perlantikan Jawatankuasa Kampung Persekutuan (JKKP) hanya dengan tunjuk sahaja, Bukankah kita diajar hendak masuk rumah orang ada adabnya. Kerajaan Selangor dibentuk dengan mandat rakyat yang sah melalui proses pilihanraya, bukannya dengan kudita.


Tindakan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara yang melantik tanpa berbincang dengan Menteri Besar seolah-olah negara hendak menuju kepada Malayan Union di mana semua kuasa pusat membolot dan tidak menghormati hak-hak negeri. Kerajaan pusat mengajar kerajaan negeri supaya tidak mengikut semangat federalisme, nanti senjata makan tuan


Pas merasa bimbang dengan trend pencabulan hak negeri akan menjejaskan negara di pandangan mata dunia terutama pelabur luar kerana mereka akan memikirkan apa jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. Pas hendak mengigatkan kepada BN, kalau pun hendak merampas Selangor berlawanlah secara anak jantan, bukan sebaliknya.


Kita di Terengganu sudah terkena bahana kuasa Kerajaan Pusat yang disalahgunakan seperti malayan Union dalam isu royalti. Akibatnya,duit royalti berbilion ringgit tak dapat diuruskan dengan bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Terengganu sendiri. Lebih malang lagi, duit royalti tak dapat diaudit dan negeri Terengganu terus menjadi negeri kedua paling miskin.


Yang kita ada stadium yang runtuh, masjid kristal yang tak didirikan solat Jumaat dan kompleks replika tamadun Islam yang bernilai ratusan juta.

Friday, December 31, 2010

Jumaat, 31 Disember adalah hari terakhir tahun 2010, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah turun ke pasar Pekan Bukit Payong berjumpa dengan para peniaga dan para pengunjung pasar dengan disertai beberapa jawatankuasa cawangan Pekan Bukit Payong dan Pemuda DUN yang turut serta membahagikan kalendar tahun baru yang tiba esok.


Setelah itu, YB sempat minum pagi dan bersantai di kedai Awi di depan Dewan Futsal Bukit Payong sebelum ke Masjid Rusila bagi menggantikan kuliah pagi Jumaat yang tak dapat disampaikan oleh YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menjalankan tugas di luar negara.



Berjumpa dan bertanya khabar.

Sayur baru tiba.

Minum pagi di kedai Awi.


Hari masih gelap, sempat juga YB bertemu warga pasar pada hari ini.


Ustaz Mohd Nor selesai membeli beberapa barangan keperluan di pasar.

Pada 27 Disember baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) telah turun ke DUN Bukit Payong.

Antara program yang diaturkan ialah minum petang bersama pemuda sekitar kedai buluh, menziarahi beberapa warga DUN Bukit Payong yang kurang sihat dan usrah bersama antara DPPKM dan Penyelaras Pemuda DUN Bukit Payong.

Turut sama ialah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong dan Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi selaku Timbalan Ketua DPPKM.

Disertakan beberapa gambar kenangan.


Minum petang bersama penduduk sekitar, turut kelihatan YB Ustaz Mohd Nor yang meluangkan masa menyertai program ini.


Kelihatan beberapa orang jawatakuasa pemuda yang turut serta.

Menziarahi saudara Alwi yang kurang sihat dilanda masalah sakit saraf dirumahnya, turut serta Ustaz Zakaria Latif, Ketua Urusan Ulama' DUN.

Sekitar usrah pada malam itu yang diadakan di Madrasah Darul Iman.


Ustaz Khalil membentangkan kertas kerja khas pada sesi usrah tersebut.

Semua orang khusyu' mendengar, merenung dan berfikir... Bukan mudah kerja menegakkan Islam ni.

Pada 16 Disember 2010, satu program Motivasi bersama dengan Ustaz Mizan Mohd Nor telah dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda DUN Bukit Payong dengan kerjasama Pejabat ADUN Bukit Payong bermula jam 6 petang sehingga jam 11.30 malam di Surau Kampung Tok Dir.Program yang dihadiri oleh lebih 300 orang peserta daripada kampung-kampung sekitar DUN Bukit Payong itu, turut mendapat suntikan semangat daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang menyampaikan kuliah maghrib.

Beberapa gambar sekitar program.

Peserta yang sayangkan agama mereka mengangkat tangan.


Mendengar ceramah motivasi.


Ustaz Mizan menyampaikan ceramah sepenuh hati.

Ada juga ibu bapa yang turut sama.

Krew Ustaz Mizan.


Diiringi persembahan multimedia.

Ibu bapa memerhatikan daripada belakang.

Berdoa sebelum program berakhir.

Pak Aziz bersama dengan peserta cilik.

Suasana di depan Surau Kampung Tok Dir.


Peserta bersalam dengan Ustaz Mizan selepas tamat program.


Tok Bilal De, Ketua cawangan Tok Dir memberikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Seorang lagi pemenang cabutan bertuah menerima hadiah daripada Ustaz Mizan.


Friday, December 3, 2010

Pertubuhan Islam Bestari dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Ru
Muda akan menganjurkan satu kem kepimpinan yang menekankan
pengajian Al-Quran dan motivasi bina Syaksiyyah iaitu CAMP LEADERSHIP
AL-QURAN DAN SYAKHSIYYAH.

Antara program menarik ialah;

Motivasi daripada pakar-pakar
Hafazan surah dan doa
Bina Syakhsiyyah dan Kepimpinan
Qiamullail
Musabaqah dan macam-macam lagi!

Antara tokoh-tokoh terkenal yang dijemput khas untuk memberikan pengisian
ialah;

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, pendakwah dan penceramah terkenal

Ustaz Tarmizi Ali, Juara Akademi Al-Quran

Ustaz Mohd Mizan Mohd Nor, Pengurus Taman Al-Quran Hadiqatul Muqarrabin


Untuk mendaftar sila hubungi;

Ustaz Azizuddin 013 921 7374
Ustaz Jailani 019 996 0923
Ustaz Fakhrurrazi 013 356 9946

Program akan berlangsung di Masjid Ru Muda, Marang bermula 10 hingga 17 Disember 2010 dengan yuran sebanyak RM250.

Jom jayakan program-program motivasi berbentuk Islamik!

Wednesday, December 1, 2010






Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan PAS DUN Bukit Payong pada 20/11/2010 di PASTI Kedai Buluh.

Muqaddimah majlis ini diserikan dengan memberi cenderahati berupa kain pelikat kepada setiap peserta yang berkhatam. Cenderahati ini disampaikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (ADUN Bukit Payong).

Majlis berkhatam ini dimulakan dengan perarakan motorsikal antik sebanyak 40 buah; dimana peserta berkhatam akan menaiki motorsikal ini dan diarak bermula dari PASTI Kg. Tok Dir ke PASTI Kg. Kedai Buluh. Dalam perarakan ini, kumpulan rebana silat yang menaiki kenderaan telah mengalunkan dan membunyikan gendang silat bagi menaikkan semangat kanak-kanak tersebut.


Seramai 150 kanak-kanak berusia antara 8 hingga 12 tahun menyertai majlis ini, mereka telah diarak sejauh 3 km dengan meriahnya.

Inilah kal pertama perarakan yang meriah ini diadakan' walaupun majlis khatam beramai-ramai ini sentiasa diadakan setiap tahun yang dianjurkan oleh DUN Bukit Payong.

Daripada: Mohd Nasir Bin Ismail ( Ketua Penerangan PAS DUN Bukit Payong )

ARKIB