Monday, December 17, 2012

Petikan : BuletinOnline
 
http://2.bp.blogspot.com/-eICNJ82lFLk/UMyw563k_4I/AAAAAAAAIh8/BkK8DKC2SvQ/s1600/kam2457(d)-hkr4.jpgDUNGUN - Kehadiran lebih 50,000 rakyat berbilang bangsa dan agama di tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu, Paka, Dungun Terengganu hari ini telah membuktikan kejayaan pakatan rakyat berjaya memikat hati rakyat dengan pelbagai isu negeri dan negara tengah malam semalam.

Kehadiran ketua rapat umum Dato' Seri Anuar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Haji Mohd Sabu, wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu) dan NGO-NGO dari seluruh negara berjaya membakar semangat kearah perubahan yang lebih baik.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.

“Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN,” tegasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.

“Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka,” ujarnya.

Dato' seri Anuar Ibrahim turut mengulangi "jika pakatan rakyat memperolehi kerajaan hari ini, turun harga minyak" katanya.

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzilr dalam ucapannya, beliau membongkarkan kelemahan dan ketirisan wang rakyat dari hasil penipuan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN pada hari ini.

Pelbagai isu yang timbul dripada kegagalan Barisan Nasional mengotakan janji-janji yang ditabur ketika PRU sebelum ini, Hak rakyat dinodai dengan 100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar.

"Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun..kezaliman Umno terserlah,"katanya

0 comments :

ARKIB