Tuesday, January 3, 2012


Marang : Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang bakal menjadi sebahagian daripada kepimpinan negara dimasa hadapan.

Mereka perlu dilayan dengan sepatutnya oleh semua pihak terutama pihak berkuasa.

Jikapun tuntutan mereka tidak dapat dipenuhi, janganlah pihak-pihak tertentu bertindak melampaui batas.

Demikian gesaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkaitan isu mahasiswa yang didakwa dipukul baru-baru ini.

Dalam kejadian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim itu, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang telah tercedera dan dibawa ke hospital berdekatan.

Beliau dilaporkan mengalami pendarahan di mulutnya dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 orang mahasiswa itu ketika cuba dileraikan polis.

Perhimpunan yang dinamakan prokebebasan itu bertujuan untuk menuntut penghapusan AUKU dan menzahirkan sokongan kepada Adam Adli agar tiada tindakan displin dikenakan keatas beliau.

Keganasan yang berlaku juga mengundang kemarahan dan kritikan pedas dari pelbagai pihak hingga ada yang menamakannya sebagai peristiwa “pembantaian siswa”.

Menurut Ustaz Mohd Nor lagi, jika sekiranya terbukti benar polis melakukan kekerasan, maka mahasiswa perlu bangkit segera.

“Mereka perlu buat perubahan demi masa depan negara.

Jangan biarkan pihak-pihak tertentu menyekat kebebasan pemikiran anda semua dengan tindakan mengugut dan ganas sebegini seperti yang berlaku kepada Safwan dan juga Adam Adli,” tegas beliau.

0 comments :

ARKIB