Tuesday, May 3, 2011




3 Mei - Al-Jazeera melaporkan, Syeikh Hassan at-Turabi, pemimpin Parti Himpunan Rakyat Sudan menyifatkan kematian Osama bin Laden dengan cara tragis seperti ini sebagai menyedihkan dunia Islam, "walaupun ada perbezaan pendapat antara kami, kerana beliau adalah orang Islam"  dan Osama lebih rela "syahid daripada ditangkap dan dihina". 

Beliau menyatakan cara perjuangan Osama Laden adalah salah dan merosakkan nama baik Islam apabila ia menyerang orang yang tak bersalah untuk menyakiti pihak yang dianggapnya sebagai bersalah.

Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas juga berpendapat demikian namun tetap menyifatkan Bin Laden sebagai 'seorang mujahid muslim daripada kalangan bangsa arab'.

Tentera Amerika masih berdolak-dalik untuk mengeluarkan gambar pembunuhan Osama setelah gambar kepala Osama yang kononnya ditembak disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai 'super imposed'. 

Pengkebumian Osama di laut oleh pihak tentera juga menimbulkan debat, ketidakpuasan hati dan lebih banyak 'teori konspirasi'. 

0 comments :

ARKIB