Monday, August 10, 2009

Pada 1 Ogos baru-baru ini, lebih 80 ribu orang rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan aman mendesak kerajaan agar menghapuskan ISA di Kuala Lumpur.

Esoknya, wakil persatuan peniaga menyebutkan kerugian besar yang mereka alami dan Menteri Wilayah Persekutuan memberikan jumlah anggaran kerugian sehingga RM 200 juta.

Adalah malang sekali negara kita apabila, para peniaga yang diwakili oleh ketua persatuan peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman hanya mementingkan duit dan keuntungan semata-mata, tidak ada tanggung jawab sosial dan tidak ada semangat pariotik dalam menjadikan Malaysia adil untuk semua.

Kerugian duit berniaga separuh hari membutakan mata mereka terhadap nasib tahanan ISA dan keluarga mereka yang dizalimi yang tidak pun diberi peluang untuk dbicarakan secara adil, mereka juga membutakan hati mereka daripada melihat bagaimana akta ISA telah digunakan untuk menyekat kebebasan berpolitik secara adil dan matang.


Para penunjuk perasaan pula disalahkan atas tindakan polis yang merosakkan harta benda dan menyebabkan kekacauan atas alasan polis terpaksa bertindak untuk mengawal keamanan.

Sebetulnya, keamanan sedia terkawal kalau polis tidak menahan penunjuk perasaan ke istana negara untuk menyerahkan memorandum sebab tidak ada antara penunjuk perasaan yang membawa senjata untuk melawan polis, atau untuk merosakkan kemudahan awam apatah lagi untuk memusnahkan tempat-tempat perniagaan para peniaga.

Jika para penunjuk perasaan tidak ada pedoman dan pemimpin yang bertegas untuk berdemonstrasi secara aman, mungkin provokasi polis seperti itu akan membuatkan mereka hilang pertimbangan dan mereka mungkin boleh dipersalahkan.

Berhimpun secara aman adalah hak rakyat dalam negara demokrasi di mana polis sepatutnya menjaga keamanan bukannya menghalang perhimpunan.

Hak peniaga tidak dicabuli oleh para penunjuk perasaan bahkan mereka sempat shopping sebelum dan selepas perhimpunan aman, banyak kedai makan yang dapat untung segera pada sebelah pagi sebelum zohor, tidak ada premis yang dirosakkan.

Sebagaimana para peniaga ada hak untuk berniaga, rakyat Malaysia yang terasa dizalimi juga ada hak untuk berhimpun secara aman.

Kenyataan wakil peniaga nampak sangat seperti mereka tidak peduli apa nak jadi ada negara malaysia walaupun ia akan berubah daripada negara berprinsipkan demokrasi kepada sebuah negara diktator dan negara polis, asalkan mereka dapat berniaga dan mengaut keuntungan jutaan ringgit walaupun atas penderitaan orang lain.

Sebetulnya pada hari itu, ada juga peniaga yang patriotik, mereka memberikan minuman percuma, tidak mengenakan harga yang berganda berikutan kemunculan ramai orang yang lebih ramai daripada biasa, menyaksikan keganasan polis dan memberikan perlindungan kepada orang awam yang terperangkap dalam kepungan polis dan beberapa pertolongan yang menggambarkan sifat kemanusiaan masih tidak ditutup oleh sifat ketamakan dan keuntungan segera dalam bentuk wang ringgit semata-mata.



Dekat Pertama Kompleks.

Berjalan melintasi kedai-kedai.

Keletihan kerana semburan air kimia dan gas pemedih mata dan hati.

Bersama peniaga dekat Masjid India.




Kedatangan Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Azman Syapawi

3 comments :

Anonymous said...

Demolah kat Petaling Street ke, Bukit Bintang ke, Brickfields ke...

Anonymous said...

Kenapa perlu takut kepada ISA jika kita tidak melakukan kesalahan???..biasanya org yg takut akan sesuatu pasti ada "sesuatu" disebaliknya....dan jika tertangkap kerana menyampaikan kebenaran sekali pon berserahlah kepada Allah s.w.t...sesungguhnya ia adalah ujian dari Allah s.w.t. seperti mana ujian-ujian yg dilalui oleh para nabi dan rasul dalam menegakkan kebenaran dan memuliakan kalimah La-illahaillah....Allahuakbar!!!

UMNO PARTI PENJARA said...

Peniaga terjejas...













Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan

>>> Blog 1 Malaysia <<<

ARKIB