Friday, October 17, 2008

Dalam kemeriahan bulan Syawal pada tahun ini, Pemuda PAS Kawasan Marang mengadakan satu program bagi memperkasakan jentera pemuda Marang untuk terus beristiqamah dalam perjuangan Islam. Program bermula pada malam 16 Oktober 2008 dan berakhir 18 Oktober 2008.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah turut berceramah pada ceramah umum pada malam 16 Oktober tersebut. Turut sama berceramah ialah YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli, ADUN Sura, Ustaz Azman Shapawi, Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu dan Ustaz Abu Bakar Soleh, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang.

YB Ustaz Mohd Nor mengalu-alukan kedatangan para tetamu sempena kedatangan bulan Syawal dan melahirkan rasa brbesar hati kerana Dewan Pemuda Kawasan Marang memilih DUN Bukit Payong sebagai destinasi menganjurkan program PIMPIN '2008.

Beliau turut mendedahkan rungutan yang sampai kepada beliau tentang ketidak telusan pembahagian duit raya oleh JKKK. Bukan setakat orang PAS dinafikan hak, tetapi melampaui sehingga orang atas pagar dan orang UMNO sendiri turut disenarai hitamkan daripada menerima bantuan.

Akhirnya, beliau menyeru agar orang ramai menukarkan pemerintahan kerajaan UMNO kepada kerajaan PAS untuk mengelakkan masalah ketidak telusan dan salah guna kuasa dalam pelbagai aspek pembahagan bantuan seperti bantuan kebajikan, bantuan zakat, bantuan membaiki rumah, bantuan pelajaran, bantuan hari raya dan sebagainya.

Perasmian PIMPIN akan dilakukan oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Abu Bakar bin Chik pada malam 17 Oktober 2008 pada jam 9.00 malam.


0 comments :

ARKIB