Saturday, February 5, 2011

YB Tuan Guru sedang berucap.

4 Februari – Satu demonstrasi aman di perkarangan Masjid Titian Baru, Kedai Buluh telah berlangsung sebaik sahaja selesai solat Jumaat diketuai oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS dan berlangsung selama hamper setengah jam.

Sebelum itu dalam khutbahnya, YB Tuan Guru menyarankan agar ummat Islam berqunut Nazilah dalam rakaat terakhir setiap solat fardhu bagi memohon bantuan daripada Allah dalam menghadapi kemelut ummat Islam pada hari ini sebagaimana yang dianjurkan dan dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW dalam peristiwa Ar-Raji’ dan Bi’ru Ma’unah.
 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong merangkap Ketua Pemuda Negeri Terengganu memulakan ucapan dengan memberi gambaran tentang apa yang sedang berlaku di Mesir dalam episod perjuangan rakyat menumbangkan presiden Hosni Mubarak yang zalim dan anti Islam di seluruh Mesir.

Seterusnya Ustaz Haji Abu Bakar Chik membacakan hadith tentang sesiapa ang tidak menghiraukan urusan kaum muslimin, dia bukanlah terdiri daripada kalangan mereka dan himpunan pada hari ini sebagai lambang kebersamaan kita sebagai saudara Islam dengan rakyat Mesir.

YB Tuan Guru berucap memuji keberanian rakyat Mesir yang bangkit menentang kezaliman pemerintah Mesir sehingga menyeksa dan menghina pejuang-pejuang Islam selama puluhan tahun sehingga ada di kalangan mereka mati di tali gantung walaupun pada asalnya mereka adalah pejuang kemerdekaan.

Sebahagian ucapan boleh di dengar di sini.





Para jemaah pada permulaan demonstrasi.

Kain rentang.

Ustaz Mohd nor hamzah memulakan ucapan.

Semakin ramai menyertai demonstrasi dan memegang kain rentang menentang Mubarak.



Ustaz Mohd Nor dengan ucapan yang berapi-api sebelum ketibaan dua penceramah lain.

Sebahagian daripada para pendemostran.

Rakyat daripada pelbagai lapisan umur turut bersama menyokong rakyat Mesir.


Bersama menyatakan sokongan dalam panas terik.



Berpusu-pusu mendengar ucapan demonstrasi sokongan.


Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Haji Abu Bakar Chik menaiki Kenderaan Pacuan empat roda yang menjadi pentas berucap.

"Kami bersama Ummat!!!"


Ustaz Abu Bakar berucap.







YB Tuan Guru Presiden menaiki pentas ketika Ustaz Abu Bakar Chik sedang berucap.

Masjid Titian Baru, Kedai Buluh menjadi saksi sokongan ummat Islam Bukit Payong terhadap usaha rakyat Mesir mengubah nasib mereka daripada pemerintahan diktator Mubarak.



Mendengar dengan khusyu' ucapan Presiden PAS yang menghuraikan kemelut yang melanda Mesir hasil daripada rakyat yang hanya mahu berubah kepada pemerintahan oleh anak bangsa sendiri tanpa menetapkan matlamat agar perubahan dilakukan mengikut ajaran Islam.

Takbir!!!




Permandangan di belakang "pentas".


Ustaz Zainal Abidin Al-Hafiz turut turun berdemonstrasi.

Jemaah dalam masjid pun memegang kain rentang untuk kebangkitan ummat Islam.



Ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan Datuk Seri Tuan Guru selesai sahaja demonstrasi.
4 Februari - Majlis Pelancaran Gerakerja Jentera Pilihanraya DUN Bukit Payong telah dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang bertempat di halaman Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh yang dihadiri oleh para aktivis parti daripada cawangan-cawangan di DUN Bukit Payong.

YB Datuk Seri Tuan Guru telah disambut oleh Jawatankuasa MTD DUN Bukit Payong yang diketuai oleh Ustaz Baharudin selaku Pengerusi MTD DUN dan Saudara Haji Yahaya Ali selaku YDP PAS Kawasan Marang, di mana Majlis dimulakan dengan pemeriksaaan perbarisan Briged Amal Muda daripada Madrasah oleh YB Tuan Guru.

Sesi ucapan dimulakan dengan ucapan Saudara Yahya Ali selaku YDP PAS Kawasan dan ucapan Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku ADUN Bukit Payong, seterusnya disusuli dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk Seri Tuan Guru.

YB Datuk Seri Tuan Guru telah menyentuh tentang salisilah perjuangan Islam yang panjang bermula daripada sejarah para rasul dan para penenang mereka sehingalah realiti perjuangan menegakkan Islam dalam realiti hari ini berhadapan dengan musuh akan terus berusaha untuk menggagalkan perjuangan Islam.



Beliau juga meminta kita bersyukur kerana dipilih untuk menjadi pendokong perjuangan Islam yang penuh ujian dan mehnah pada saat ramai orang hanya ingin menjadi penyokong sahaja, namun kempen mengajak rakyat kepada perjuangan Islam adalah usaha dakwah yang akan diganjari oleh Allah Taala dengan ganjaran yang sangat besar.

Majlis selepas itu menyaksikan sumbangan derma kepada MTD DUN oleh cawangan-cawangan dan ahli korporat, seterusnya penerahan bendera kepada wakil cawangan dan gimik banner pelancaran.


 Perbarisan Amal 'cilik'.

 Antara pimpinan yang hadir, YB Ustaz Mohd Nor, Ustaz Baharudin, Saudara Yahaya Ali, Ustaz Ariffin Deraman dan Saudara Nasir selaku pengacara majlis.

 Pemeriksaan barisan Amal 'cilik'.


 Menerima laporan daripada ketua perbarisan Amal.





















Daripada Pekan Bukit Payong.

Ni masa sesi latihan terakhir sebelum ketibaan YB Tuan Guru.

Tuesday, February 1, 2011


Saya mendesak Kerajaan Malaysia segera menyelamat dan membawa semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir pulang ke tanahair ekoran daripada situasi yang semakin parah di negara tersebut. Tindakan protes kebangkitan rakyat Mesir sudah menjadi tidak terkawal dan berlaku beberapa insiden pertumpahan darah.
Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.
Tindakan evacuation ini telah dilakukan oleh banyak negara yang prihatin terhadap nasib rakyat di negara tersebut seperti Turki, Kanada, Greece dan Arab Saudi.
Saya berpendapat tindakan kerajaan mahu menghantar pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana ke negara jiran seperti Jordan, Libya dan Arab Saudi adalah kurang tepat memandangkan protes kebangkitan rakyat telah menjalar ke beberapa buah lagi negara di Timur Tengah termasuk di Jordan sendiri.
Daripada laporan yang diterima, kawasan di Alexandria, ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan tertekan memandangkan perintah berkurung yang dikenakan dan kemudahan untuk mendapatkan makanan terlalu sukar. Selain itu, kawasan Tir’ah pula berada dalam keadaan yang tidak selamat. Kawasan Mansurah pula telah dilabelkan kod jingga sebagai tanda amaran akan berlakunya rusuhan secara besar-besaran.
Malah, beberapa faktor ketakutan lain antaranya sejumlah besar banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara dan dikhuatiri akan berlaku beberapa kes jenayah. Kesulitan mendapatkan akses komunikasi dan makanan juga adalah antara faktor yang sangat membimbangkan berlaku di negara tersebut.     
Atas dasar keselamatan dan keprihatian ribuan rakyat Malaysia di Mesir, saya mendesak kerajaan Malaysia segera melakukan proses evacuation dan membawa pulang mereka ke negara kita.

NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden PAS
1 Februari 2011

ARKIB