KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar berdepan mimpi ngeri apabila diacukan parang sebelum dipaksa menyerahkan kunci motosikal, dalam kejadian samun di tepi jalan, Kampung Bukit Belukar Jambu, di sini, 19 Jun lalu.
Menurut sumber, sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 19 tahun bersama seorang lagi rakannya yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari
bandar Kuala Terengganu ke Kampung Bukit Belukar Jambu, di sini.
“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa didatangi sebuah motosikal yang ditunggangi dua lelaki dari arah belakang sebelum dihimpit sehingga terbabas ke bahu jalan.
“Ketika itulah, kedua-dua suspek berusia 20-an itu berlagak seperti ‘orang berkuasa’ dengan memaksa mangsa dan rakannya itu menunjukkan kad pengenalan,” katanya, semalam.
Sumber berkata, mangsa yang menyangka kedua-dua suspek itu anggota penguat kuasa hanya menurut arahan dan semasa mahu mengeluarkan kad pengenalan, salah seorang suspek mengeluarkan sebilah parang sebelum mengacukan ke arah rakan mangsa.
“Suspek memaksa mangsa menyerahkan kunci motosikal sebelum bertindak menjadikan rakan mangsa sebagai tebusan.
“Terkejut situasi itu, mangsa terpaksa mengikut arahan dan hanya mampu melihat motosikal milik abangnya dilarikan begitu sahaja sebelum buat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.
8:59 PM
Ripin


Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini, gagal menyatakan sebab sebenarnya, mengapa para pelajar pengajian agama tidak lagi dihantar melanjurkan pengajian mereka ke Universiti al-Azhar Mesir.
KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim terkilan kerana tidak sempat menyampaikan Usul bagi membincangkan projek Jambatan dan Jalan Jeram ke Kubang Jela kepada Sidang DUN Terengganu kerana karenah ADUN Jabi Mohd Iskandar Jaafar.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan bersetuju dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kawasan Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim bahawa Projek Tebatan Banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga adalah berjaya sementara waktu dan hanya untuk kawasan perumahan tersebut sahaja.
KUALA TERENGGANU – PAS menggesa Kerajaan Umno Terengganu memberi keutamaan kepada pembangunan kemudahan dan khidmat kesihatan di negeri ini termasuk memastikan penempatan dan perjawatan para pegawai kesihatan yang mesti diselaraskan dengan kemudahan fikizal yang ada.
KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertikai tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak mewujudkan exco khusus menjaga portfolio agama sebagaimana yang diamalkan kerajaan Terengganu sebelum ini.
KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata pengagihan tugas-tugas mengikut beberapa potfolio kepada semua wakil rakyat telah disepakati dan keutamaan akan diberi kepada Adun-adun baru yang muda untuk berucap pada persidangan dewan kali ini.
Sehubungan itu, Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri PAS Terengganu YB Dr Alias Razak berkata, beliau akan berucap dalam konteks isu-isu yang berkaitan kesihatan dan teknologi.
KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed azman Syed Ahmad Nawawi mewakili seluruh peniaga dan semua pihak yang menolak tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mahu merobohkan Pasar Besar Kedai Payang telah membawa usul tersebut ke Sidang Dun Terengganu pada hari ini.

