Thursday, May 2, 2013



Pekan Bukit Payong : Kehadiran Tan Sri Muhyidin Yassin ke Majlis Perasmian Sekolah Menengah Seri Payong di sini pada petang Khamis lalu jelas tidak disenangi oleh sebahagian penduduk Pekan Bukit Payong.

Mereka menyuarakan kekesalan mereka bukan kerana politik, tetapi kerana sikap penganjur yang telah mengambus longkang utama bagi mengalirkan air buangan ke sungai dengan sesuka hati.
Seorang penduduk Zakaria Ismail berkata, perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana hanya disebabkan kehadiran seseorang maka penduduk setempat pula seperti menjadi mangsa.
Beliau yang menghubungi pihak kami jelas kesal dengan perbuatan yang dianggap sebagai tidak munasabah apatah lagi dengan keadaan sekarang ini tiada sesiapapun boleh mendakwa dia adalah pemerintah.

Hal yang sama dikongsi oleh Haji Abdul Aziz Abdullah (kanan) apabila melihat longkang utama telah ditimbus oleh pihak penganjur hanya untuk menyediakan tempat parkir kereta jemputan.

Menurut beliau, longkang tersebut pernah tersumbat dan kebetulan ketika itu hari hujan lebat dan hanya dalam masa sejam, air segera naik memenuhi kawasan sekeliling.
“Kita menggunakan duit dan tenaga sendiri bagi menyelenggarakan longkang itu supaya banjir kilat dapat dielakkan.
Tiba-tiba datang pihak luar yang sewenang-wenangnya menimbus longkang utama yang membawa air buangan ke sungai.
Hanya kerana seorang calon pilihanraya datang, dia ketepikan perasaan rakyat. Inikah sikap yang mendahulukan rakyat? Saya rasa rakyat dibelakangkan,” ujar beliau penuh kesal.
Tambah beliau lagi, bukan longkang itu sahaja yang ditimbus, malahan saluran air di belakang beberapa rumah juga turut ditimbus oleh penganjur.
Mengulas kejadian ini, calon bagi Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah juga meluahkan kekecewaan beliau dengan perbuatan penganjur itu.
Jelas, menurut beliau Umno dan BN lebih mendahulukan pimpinan mereka daripada rakyat, dimana kelihatan perbuatan penganjur ini tiada perasaan sensitif terhadap masyarakat sekeliling.
“Pada asasnya kawasan di Bukit Payong ini adalah kawasan yang senang dinaiki air kerana prasarana yang tidak tersusun dan infrastruktur yang tidak baik.
Semalam kita melihat sikap BN menutup longkang utama yang mengalirkan air ke sungai semata-mata mendahulukan pimpinan mereka daripada rakyat,’ tegas beliau.
Beliau berpendapat mungkin dalam pemikiran Muhyidin bahawa menyusahkan rakyat maka hal itu tidak mengapa kerana yang penting baginya ialah kemudahan Muhyidin dan kepentingan BN.
Beliau juga melahirkan kebimbangan yang longkang itu mungkin rosak kerana kerja-kerja penimbusan itu dan sekaligus, wang rakyat terpaksa dikeluarkan bagi membaikinya.
Beliau menggesa rakyat melihat sikap sebenar BN dalam membazirkan wang dan menyusahkan rakyat bawahan dan menyeru agar rakyat menolak BN dalam pilihanraya nanti.

0 comments :

ARKIB