Friday, September 7, 2012


 
1-     Saya mengucapkan syabas kepada pihak keselamatan yang cepat bertindak sehingga berjaya menangkap beberapa suspek  yang dikatakan menghina gambar DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Dato Seri Najib Tun Razak dianggap mulia dan disanjung sehingga gambarnya juga tidak boleh dihina. Memang Islam melarang kita menghina dan berperangai keji terhadap sesiapa sahaja, walaupun seekor katak dan serangga yang tidak berbisa. Bukan cara PAS berpolitik begini.

2-    Pihak keselamatan perlu dipuji dan wajar disanjung dengan tindakan yang segera sehingga berjaya menjejaki dan menangkap lelaki yang dikatakan menghina gambar Dato Seri Najib Tun Razak. Tapi saya terasa sangat pelik, apabila pihak keselamatan tidak berjaya bertindak cepat dalam beberapa kes.

i) Arifin Mohamad yang membawa ajaran Ayah Pin yang sesat, menyeleweng dan menghina kemuliaan Islam, tidak berjaya dijejak dan ditangkap untuk didakwa, semenjak Julai 2005, walaupun ada laporan yang menyatakan dia telah beberapa kali dilihat pulang ke rumahnya di Besut.
 
 

ii) Penganjur dan pembawa kain rentang yang menghina Sultan Terengganu Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, yang meggelarkan baginda sebagai “Natang” (binatang) masih belum didakwa dan dikenakan apa-apa tindakan.
 
 

iii) Pihak-pihak yang menghina gambar-gambar pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat masih bebas tanpa sebarang janji untuk mendakwa mereka.
 
 
 


iv) Juga kepada kumpulan yang melakukan senaman punggung, di hadapan rumah Ambiga. Adakah pihak berkuasa hanya memejamkan mata mereka dengan isu tersebut?



v) Ugutan bunuh kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz oleh pengguna Facebook dan tuduhan "Bapa Kafir" kepada beliau
 
 


 vi) Pihak yang mengganggu, menghina dan melontarkan kasut di dalam Masjid al- Hussaini Seberang, Pumpong, Kedah ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Mahfuz Omar sedang memberikan tazkirah.
 
 
 
vii) Tidak lupa juga kepada seorang tauke ikan bakar yang mengugut peserta Janji Demokrasi pada malam merdeka lalu untuk melakukan kekerasan kepada peserta
 
 

3-    Adakah Dato Seri Najib Tun Razak lebih mulia daripada Islam, Tuanku Sultan Terengganu dan pemimpin-pemimpin masyarakat lain ?. Adakah rakyat dan pemimpin masyarakat lain tidak memiliki apa-apa keistimewaan dan kemuliaan dalam negara ini ? Adakah pihak keselamatan hanya bertanggungjawab menjaga keselamatan seorang insan yang sedang mengumpul kekayaan untuk isteri dan kroninya ? Mungkin gambar di bawah juga termasuk dalam kategori gambar yang kurang ajar yang patut dikenakan tindakan atas alasan membuat isyarat kelucahan melampau?
 
 

4-    Di mana keadilan dalam negara ini ?. Yang berkuasa mendapat hak kemuliaan. Ingat ! Tiada sesiapa yang berkuasa selama-lamanya. Allah akan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya dan menghina sesiapa yang dikehendakinya. Wahai anak muda ! Keadilan mesti diperjuangkan melalui PRU 13 dengan tumbangkan UMNO/BN dan gantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Ayuh rakyat, bangkitlah dari diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin yang tidak bertanggung jawab.


Ustaz Mohd Nor Hamzah
19 Syawal 1433

0 comments :

ARKIB