Thursday, September 27, 2012

Petikan : Buletin Online   SETIU - Seluruh rakyat Terengganu dijemput untuk menghadiri program Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno kali ke-5 (PGU5.0) yang akan diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 5 dan 6 Oktober, minggu hadapan. Pengarahnya, YB ustaz Mohd Nor Hamzah berkata mereka wajar menyahut 'seruan' Himpunan pada kali ini kerana ia diadakan dalam suasana...
Kerajaan UMNO Terengganu akan menghidupkan kembali Larian Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) Peringkat Antarabangsa selepas 22 tahun penganjurannya ditamatkan. Lebih 5,000 peserta tempatan dan luar negara, termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Afrika Selatan serta Indonesia dijangka menyertai larian sejauh 21 kilometer (km), 10 km dan 3 km itu. Larian ini akan menjadikan rakyat Terengganu mesti mengingati...
Petikan : Harakahdaily KUALA TERENGGANU: Kemelut yang melanda penjaga gol pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli turut dikongsi bersama Dewan Pemuda PAS negeri sebagai tanda sokongan moral kepada pemain tersebut. Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah melahirkan rasa dukacita dengan kemelut tersebut serta memberi suntikan semangat agar Sharbinee meneruskan karier dalam bidang bola sepak.Katanya,...

Thursday, September 20, 2012

Petikan : Sinar Harian                Walaupun kecil tetapi kolam terbiar ini telah meragut nyawa Mohd Amar. MARANG – Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam terbiar terletak kira-kira lima meter dari rumahnya di Kampung Undang, dekat sini, sebelum mayat mangsa dijumpai bapanya...

Friday, September 14, 2012

Petikan : Malaysiakini Umat Islam hari ini berhimpun selepas solat Jumaat di seluruh negara untuk mengecam penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina Rasulullah SAW. Di Masjid Rusila, Marang Terengganu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai kira-kira 500 orang yang meluahkan kemarahan mereka di perkarangan masjid tersebut.Mereka berhimpun selama 30 minit...

Wednesday, September 12, 2012

   KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA UMAT ISLAM WAJIB CAKNA, TRAILER HINA NABI WAJIB DIBANTAH ! 24 Syawal 1433 bersamaan 12 September 2012   Hari ini kita dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh musuh-musuh Islam yang menghina batang tubuh mulia Baginda shallallhu ‘alaihi wasallam. Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu.   Selaku seorang muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14...
Oleh : Mat Teropong Berbicara tentang Syawal, pastinya tidak dapat lari dari menyentuh tentang sambutan hariraya. Kemeriahannya mungkin masih terasa iaitu kepada sesetengah orang yang masih sibuk mengadakan rumah terbuka. Alhamdulillah, mengajak saudara mara, sahabat handai datang berkunjung dan menjamu selera adalah sesuatu yang dituntut Islam. Akan tetapi haruslah bersyarat, janganlah sampai...

Friday, September 7, 2012

  1-     Saya mengucapkan syabas kepada pihak keselamatan yang cepat bertindak sehingga berjaya menangkap beberapa suspek  yang dikatakan menghina gambar DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Dato Seri Najib Tun Razak dianggap mulia dan disanjung sehingga gambarnya juga tidak boleh dihina. Memang Islam melarang kita menghina dan berperangai keji terhadap sesiapa...

Thursday, September 6, 2012

Petikan Harakahdaily : Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertarikh 25 Ogos 2012 selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung seperti disiarkan oleh Harakhadaily:     (“PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada. Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun...

Tuesday, September 4, 2012

Petikan Buletin Online :   MARANG - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berharap jamuan 'Rumah terbuka' sempena sambutan Aidilfitri yang diadakan dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara penduduk dan pemimpin. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berharap suasana yang harmoni serta hubungan baik antara satu sama lain dapat...

Monday, September 3, 2012

Bismillah Suka saya merujuk kenyataan Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga mendedahkan tentang kejahilan dan kebebalan kepimpinan UMNO tentang Undang-Undang Jenayah Syariat Islam. Beliau berkata : Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," "Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini...

ARKIB