Thursday, July 28, 2011

Oleh : Mat TeropongMembaca berita berkenaan laporan Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) berkenaan dengan gerakan Wahhabi yang dikatakan mengancam keselamatan Negara kerana ada unsur-unsur pengganas membuatkan kita tersenyum.Apa tidaknya bukan sahaja ulamak yang dikatakan ada hubungan dengan wahhabi yang duduk di luar Umno seperti Prof. Madya Dr.Mohd Asri Zainul Abidin malahan sekumpulan ulamak muda...

Saturday, July 23, 2011

Bukit Payong : Umno adalah satu puak yang sangat suka sekiranya orang ramai keliru dengan sesuatu perkara penting kerana itulah peluang terbaik mereka untuk menangguk di air keruh.Contoh yang terbaik adalah isu yang ditimbulkan mereka dengan mengatakan bahawa PAS sudah membuang dasar Islamnya semata-mata kerana tunduk kepada DAP dengan pengenalan tema muktamar Membangun Negara Berkebajikan baru-baru...

Friday, July 22, 2011

Sumber The Malaysian InsiderKUALA LUMPUR, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan...

Thursday, July 21, 2011

Ceramah Pemuda21hb Julai 2011 Khamis malam Jumaatselepas isyakDi PASTI Bukit Payong(Berdekatan Sek.Keb.Bukit Payong)Penceramah :Ustaz Mohd Nor HamzahKetua Dewan Pemuda PAS Terengganu/Adun Bukit PayongBadrul Hisham Shaharin (CheGu Bard)Ketua Cabang Keadilan RembauUstaz Firdaus Jaafar(Ahli Parlimen Jerai)Dijemput hadir beramai-ramai...

Wednesday, July 20, 2011

Baru tadi setelah selesai menyampaikan kuliah di Masjid Pengadang Baru, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah terus ke Kampung Padang Tanjung bagi menziarahi seorang warga emas yang diberitakan sedang uzur.Alhamdulillah Puan Azizah Jusoh yang uzur itu sudah agak segar dari sakit lelahnya. Menurutnya lagi, doktor juga memaklumkan yang dia juga mengalami masalah jantung.Beliau begitu ceria menyambut kedatangan...
Sumber : The Malaysian InsiderKUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.“Nabi Muhamad S.A.W. menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya...

Sunday, July 17, 2011

Innalillahi wainna ilaihi rojiuunSumber Malaysian InsiderTERKINI @ 11:14:38 PM July 17, 2011KUALA LUMPUR, 17 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia malam ini.Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.“Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita...
Tok Dir 16 Julai : PAS mensasarkan untuk menawan kembali negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang yang dijangkakan diadakan seawal-awalnya pada akhir tahun ini.Sehubungan dengan itu Dewan Muslimat DUN Bukit Payong ( PEMAYUNG) telah mengadakan Program Himpunan Muslimat semalam sebagai persediaan awal bagi menggerakkan tenaga muslimat di DUN Bukit Payong.Program itu telah dirasmikan oleh setiausaha...

Friday, July 15, 2011

Titian Baru 15 Julai : Penyokong Umno digesa agar membandingkan keadaan hidup mereka dengan keadaan hidup pemimpin mereka yang diibaratkan bagai langit dengan bumi.Kadangkala penyokong Umno terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi, sedangkan pemimpin mereka hidup dengan penuh kemewahan sehingga adakalanya kemewahan itu diluar jangkaan akal yang waras.Sebagai contoh, isteri Perdana Menteri...

Wednesday, July 13, 2011

Sumber : The Malaysian InsiderKUALA LUMPUR, 13 Julai – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.Bekas mufti Perlis (gambar) berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah “korupsi...
Marang 13 Julai : Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPT) menyambut baik cadangan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainudin Maidin (kanan) untuk memberikan ruang kepada semua parti yang bertanding untuk muncul di RTM.Ketua DPPT, Ustaz Mohd Nor Hamzah semasa ditemui berkata DPPT memandang positif cadangan itu kerana ianya akan membuka ruang kepada sistem demokrasi yang lebih bermakna.“Kita memang mengharapkan...

Monday, July 11, 2011

Marang 11 Julai : Dalam kehangatan yang masih terasa kesan dari perhimpunan aman Bersih 2.0 kelmarin, ada kebetulan yang mungkin tidak disedari oleh orang ramai.Kebetulan yang dikatakan itu ialah berkenaan pihak yang mengarahkan sekatan dan pihak yang menjadi kambing hitam atas sekatan kepada perhimpunan itu.Jika dilihat kepada Misi Kemanusiaan International Freedom Flotilla 2, pasukan bantuan itu telah disekat oleh rejim Israel dengan menggunakan Greece sebagai kambing hitam mereka.Pasukan itu...

Thursday, July 7, 2011

Petikan Harakahdaily KUALA LUMPUR, 7 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan menghantar 15,000 orang ahlinya ke Kuala Lumpur untuk mengikuti himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.Mereka akan bergerak bersendirian dengan semangat kental untuk bersama-sama Bersih 2.0 mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di tanah air.Ketua DPPNT, Mohd Nor Hamzah (gambar) menjelaskan, pemuda PAS Terengganu seperti juga pemuda PAS di negeri-negeri lain...

Monday, July 4, 2011

Marang 4 Julai : Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alternatif kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium, maka beliau sebenarnya telah menimbulkan keraguan yang melampau.Bagi ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah sekurang-kurangnya ada tiga keraguan yang melampau pada situasi sekarang ini.Pertama ialah sejauh manakah kefahaman pimpinan Umno BN dalam memahami hak-hak yang terjamin didalam demokrasi. Antaranya ialah hak untuk berhimpun...

Friday, July 1, 2011

Marang 30 Jun : Kerajaan sepatutnya menjadikan masjid sebagai zon bebas berdakwah dengan membuka ruang ruang kepada semua ulamak untuk berdakwah.Dengan cara ini masjid insyaAllah akan sentiasa dipenuhi oleh golongan yang mencari-cari kebenaran ilmu. Ini juga akan membuatkan orang ramai akan menjadi lebih kritis dan peka dengan sesuatu isu agama yang baru.Kepentingan menjadikan zon bebas berdakwah itu juga akan membantu percambahan fikiran masyarakat agar dapat membandingkan sesuatu perkara dengan...

ARKIB