Wednesday, May 7, 2008

Kita bersyukur kepada Allah yang telah membuktikan janji kemenangan untuk Islam dan Parti Islam. Kita juga bersyukur kerana Allah telah memilih dan menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang kasihkan perjuangan Islam. Allah berfirman :

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh supaya melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.”

Penglibatan kita dalam pilihanraya untuk merealisasikan ayat yang mulia ini bagi mendaulatkan Islam, memerintah dengan adil, amanah dan bersih dan memperkasakan program-program kebajikan untuk rakyat. Walaupun PAS tidak berjaya mengembalikan kemenangan Islam di Terengganu tetapi kemenangan PAS di DUN Bukit Payong menjadi satu aspirasi kukuh untuk melangsungkan perjuangan sehingga berjaya memerintah negeri Terengganu Darul Iman.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa : Jazakumullah Khairal Jaza’ kepada semua petugas dan pengundi DUN Bukit Payong yang memberi sokongan padu untuk memenangkan calon kita dan Parti Islam Semalaysia (PAS). Undi dan sokongan rakyat tidak akan disia-siakan, bahkan amanah ini akan dipergunakan bagi menjayakan arahan Allah dan kepentingan rakyat.

Kami juga menyeru dan mengajak pimpinan dan ahli-ahli Barisan Nasional yang berada di DUN Bukit Payong supaya dapat bekerjasama dengan wakil rakyat kita bagi memartabatkan kebaikan rakyat. Alangkah baiknya, kita kembali memahami Islam dengan hati yang terbuka dan minda yang cerdik lagi suci. Selamat dengan Islam.

1 comments :

orang kiter.. said...

selamat berjaya saya ucapkan kepada YB ustaz kerana berjaya untuk menempatkan diri sebagai seorang ahli politik. moga ustaz berjaya dalam dunia yang mencabar ini.....

ARKIB