Friday, January 31, 2014

Petikan : Buletin Online   MARANG – “Terima kasih Yang Berhormat,” itulah kata-kata yang diucapkan oleh Sin Kun Huan, 65 seorang penerima buah tangan dari ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berkunjung ke rumahnya, sempena kedatangan hari besar, Tahun Baru Cina.   Warga emas yang juga seorang peniaga itu, telah lama tinggal di Bukit Payong, dikunjungi Oleh Ustaz Mohd Nor...

Tuesday, January 28, 2014

Assalamualaikum Suka saya mencatatkan beberapa pandangan sebagai seorang ahli PAS dan penyokong PR lanjutan daripada beberapa isu dalaman PKR yang membawa kepada perletakan jawatan ADUN Kajang. Kemungkinan pandangan ini tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan anggapan 'jangan ganggu masalah dalaman parti lain', 'bukan tugas awak' , 'awak siapa nok kritik PKR', dan seumpamanya tapi saya yakin seluruh ahli PAS dan penyokong PR seia dan sekata dengan saya dalam nasihat dan pesanan ini....

Saturday, January 25, 2014

Petikan : Buletin Online   KUALA TERENGGANU – Ribuan hadirin membanjiri perkarangan Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembik, Manir dekat sini bermula seawal jam 7 pagi untuk menghantar pulang ‘sang murabbi’ al-Marhum Tuan Guru Datuk Harun Taib pulang menemui penciptanya Allah SWT. [Gambar kanan - Kedua-dua anak lelaki al-Marhum Ustaz Harun, Hamdi (kiri) dan hilmi (kanan) mengusung jenazah...
Kami memohon penjelasan daripada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi merungkai kekeliruan berkenaan penjelasan beliau mengenai program lawatan ke Antartika dan juga penafian penglibatan oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) melalui Setiausaha Kerjanya Mohd Azrul Ismail hari ini. Persoalan-persoalan yang perlu dijawab ialah bagaimana berlaku percanggahan kenyataan ini sedangkan didalam laporan akhbar pada 15 Januari 2014, jelas dilaporkan bahawa lawatan ini adalah anjuran Kementerian...

Wednesday, January 22, 2014

Petikan : Buletin Online   MARANG – Majlis ‘Pecah Tanah’ pembinaan kompleks bangunan baru Madrasah Darul Iman (MDI) yang terletak dalam DUN Bukit Payong, akan disempurnakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 31 Januari 2014.   Menurut Pengarah Majlis tindakan DUN (MTD) tersebut, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, kompleks yang dijangka menelan belanja sebanyak RM400,...

Tuesday, January 21, 2014

                  Petikan : Sinar Harian   Ibrahim tetap menjual daging pada harga ditetapkan dan mengakui masih memperoleh keuntungan.                                                      ...
John Douglas ( Amin Abdullah - tengah) sedang berkongsi pengalaman beliau   Apabila hidayah datang kepada seseorang hamba, maka tiada apapun didunia ini akan dapat menafikannya. Pengalaman yang dialami oleh seorang saudara baru John Douglas Nelson yang dikongsi dengan teman-temannya sangat mengujakan. Hampir sejam setengah perbualan santai itu menjadi semakin menarik dengan kisahnya...

Saturday, January 18, 2014

    Assalamualaikum Saya merujuk kepada satu surat bertarikh 14hb Disember 2013 yang bertajuk “Memohon Pemberhentian Guru KAFA Dan Guru Al-Quran Dewasa / Kampung” yang ditandatangani oleh Haji Rosdi Haji Mohammad Salleh iaitu salah seorang ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubang Palas, Bukit Payong, Marang, Terengganu kepada Pegawai Yayasan Islam Daerah Marang.  Menurut...

Wednesday, January 15, 2014

Oleh : Mat Teropong Bismillah.Kisah-kisah ini adalah samada dari kuliah, bacaan dan pengalaman aku sendiri: Kisah 1 : Diceritakan ketika Rabiatul Adawiah lahir (zaman selepas wafatnya rasulullah saw), ayahnya tidak mempunyai wang. Takdir Allah dia bermimpi berjumpa rasulullah s.a.w dalam tidurnya. Rasulullah menyuruh dia pergi ke rumah menteri dan mengambil 400 dinar daripada menteri tersebut kerana menteri tersebut “berhutang” dengan baginda. Apabila hal itu diajukan kepada menteri itu, maka...

Tuesday, January 14, 2014

Bismillah. Alhamdulillah dan segala puji bagi rasulullah saw. Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpah rahmatNya diberikan umur untuk berada dalam bulan Rabiul Awwal iaitu bulan kelahiran rasulullah saw insan yang kita cintai. Bertemakan tema yang sama, Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, membayangkan kepada kita semua betapa pentingnya kesederhanaan dalam mengharungi kehidupan ini. Contoh yang rasulullah berikan ketika memimpin umatnya, tidak menggambarkan bahawa baginda seorang pemimpin...

Monday, January 13, 2014

Petikan : BuletinOnline   KUALA TERENGGANU – Menteri Besar negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said disarankan mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘Pakatan Rakyat Election News’ yang menuduh beliau menggelapkan atau ‘songlap’ bantuan banjir.   Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sekiranya Ahmad Said merasakan pihak tersebut berbohong, tindakan keras mestilah diambil.   “Kami (PAS) bimbang juga dengan tuduhan seumpama ini dan kami...

Wednesday, January 8, 2014

Bismillahir rahmaanir rahiim Alhamdulillah, dua hari lepas seramai enam orang tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telahpun dibebaskan. Kita mengucapkan syabas kepada semua tahanan dan tidak lupa juga kepada kumpulan di belakang tabir yang begitu gigih memperjuangkan nasib tahanan ISA ini iaitu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Kejayaan semua pihak terbabit dalam memastikan ISA tidak lagi diperlukan pada zaman yang moden ini sekaligus membuktikan bahawa kerajaan BN sebenarnya turut...

Monday, January 6, 2014

Assalamualaikum Saya mewakili saf pimpinan dan ahli Pas Terengganu ingin mengucapkan takziah kepada Yang Di Pertua Majlis Daerah Besut (MDB), Tuan Haji Ibrahim     bin Mohamad, serta keluarga beliau diatas kejadian tembakan di kediamannya awal pagi hari ini (Isnin 6 Januari 2014). Kami juga berdoa agar Allah  mengurniakan ri'ayah (pemeliharaannya) dan keselamatan serta ketenangan kepada Tuan Haji sekeluarga dalam meneruskan aktiviti harian dan melaksanakan tugas.  ...
“Bila cinta sudah melekat, tahi kucingpun rasa coklat,” begitulah ungkapan dari penceramah yang membincangkan perihal murtad yang mengundang ketawa jemaah sebuah masjid berdekatan Bukit Payong dekat sini. Program berkenaan kepentingan dakwah kepada masyarakat majmuk dan ancaman murtad kepada masyarakat Islam di Malaysia telah diadakan di Masjid Titian Baru dalam Dun Bukit Payong baru-baru ini. Program...

Friday, January 3, 2014

Assalamualaikum. Saya ingin menarik perhatian seluruh rakan-rakan yang terkesan dengan kenyataan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mengeluarkan kenyataan yang agak ekstrem berkenaan dengan perhimpunan “Turun”  pada malam tahun baru yang lalu. Tak perlu saya perincikan segala butir patah kenyataan beliau kerana saya yakin saudara-saudari sekelian boleh mengaksesnya dari internet. Suka saya mengingatkan kepada Tan Sri agar mengambil pengajaran dari Surah al-Hujuraat ayat 6 berkenaan...

ARKIB