Thursday, November 26, 2009

Sekarang musim tengkujuh melanda negeri Terengganu, tidak terkecuali DUN Bukit Payong turut dilanda banjir. Bila banjir melanda, mangsa-mangsa banjir mengalami pelbagai kesulitan untuk menyelamatkan barang-barang dan meneruskan aktiviti harian. Kita doakan mereka dikurnakan kesabaran untuk menempuhi ujian daripada Allah Taala.


Dalam masa yang sama, pembangunan lebuhraya LPT dan penambunan tanah untuk pasar borong baru dikatakan punca utama air bertakung di kawasan-kawasan perumahan dan beberapa kampung seperti Taman Perumahan Rumah Murah dekat Giat Mara Bukit Payong, Taman Al-Amin, kampung padang Mengkuang, Batu Sembilan dan banyak lagi.


YB ADUN Bukit Payong turut meninjau keadaan banjir, bertanya khabar mangsa-mangsa banjir dan memberikan sedikit sebanyak sumbangan termampu untuk mengurangkan serba sedikit beban mangsa banjir.

Disertakan beberapa gambar. Insya Allah nanti ada lagi beberapa gambar menyusul.



Banjir dihalaman sebuah rumah di Bukit Payong.

Ustaz Mohd meninjau keadaan banjir di Perumahan dekat Giat Mara.

YB meredah banjir.

Dapat dilihat air banjir mengalir seperti sungai.

Ada yang cuba membuat benteng menghalang air masuk ke dalam rumah.

YB memaklumkan bantuan sedikit sebanyak akan dibahagikan.

Lori yang membawa sedkit sumbangan dengan beberapa orang sukarelawan.


Kanak-kanak masih hendak bergembira... Tapi kena hati-hati tahu!

Kenderaan pacuan 4 roda Unit Amal juga turut membawa bantuan.



Tuesday, November 24, 2009


Pengarah Majlis Bertindak Banjir sedang memberikan taklimat.

Setelah mengharungi banjir dan menyampaikan sedikit bantuan bersama dengan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah siang tadi, Majlis Tindakan DUN Bukit Payong telah menubuhkan Majlis Bertindak Banjir DUN Bukit Payong bagi membantu mangsa banjir melalui organisasi yang lebih tersusun.


YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri mempengerusikan Majlis tersebut. Sementara Pengarah Majlis ialah saudara Mustafa, Ketua Unit Amal saudara Saidi dan setiausaha saudara Rosli.


Pusat Majlis Bertindak Banjir DUN Bukit Payong bertempat di bangunan PASTI DUN Bukit Payong. Pusat ini adalah untuk menyelaraskan aktviti lawatan, bantuan dan bertindak sebagai penempatan tambahan mangsa banjir selain daripada pusat perpindahan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat.


Saudara Syukri mempengerusikan majlis pelanacaran.


YB Ustaz Mohd Nor melancarkan penubuhan Majlis Bertindak Banjir DUN Bukit Payong.



YB Ustaz Mohd Nor memakaikan baju hujan kepada Pengarah, Saudara Mustafa sebagai gimik pelancaran.


Membahagikan baju hujan kepada sukarelawan yang hadir.


Sebahagian lagi sukarelawan yang hadir.

Sebaik mesyuarat selesai, masing-masing bersurai dengan hala tuju yang jelas.

ARKIB