Monday, May 12, 2008


Kerajaan negeri Terengganu digesa mengembalikan kuasa imam dan bilal yang dipecat, selari dengan pembaharuan dan perubahan yang kini dilaksanakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Mohd Nor Hamzah berkata, terdapat imam dan bilal yang dipecat sejak beberapa tahun lalu namun kebanyakan daripada mereka mempunyai asas dan sebab yang boleh dibincangkan serta dipertimbangkan.

Ada sebilangan daripada mereka yang dipecat dan ada juga elaun yang digantung. Apa yang kita harapkan ialah kerajaaan mengkaji balik hukuman ke atas mereka serta memberi peluang kedua kepada mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat. "Sekiranya mereka terus memberikan perkhidmatan yang buruk , kerajaan negeri boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. saya percaya kerajaan sekarang ini lebih fleksibel dan bersedia melakukan perubahan.

Kita mengharapkan masjid dan surau di seluruh negeri ini berfungsi secara berkesaan dan tidak "kosong" dengan aktiviti. Jangan jadikan perbezaan politik untuk menghukum mereka, sebaliknya memberi mereka peluang untuk berkerja dan berbakti kepda orang ramai demi kebaikan bersama."

Sunday, May 11, 2008

Cakap-cakap Sidang Dun Terengganu
Dilulus terbit pada Sunday, May 11 @ 10:54:33 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh ctkay's

Sidang Dun Terengganu , mesyuarat pertama penggal ke-12 telah selesai. Antara yang sok sek-sok sek dalam sidang DUN tersebut ialah yang paling ketara, apabila hanya seorang sahaja wakil kerajaan yang berucap membahaskan ucapan terima kasih/ menjunjung kasih kepada Pengerusi MPPR yang telah merasmikan sidang DUN Terengganu.

Itu pun seorang wakil yang sangat pekat Hulunya(ct pun orang Hulu).Dalam ucapan yang singkat itu pun wakil Kuala Berang sering terbabas dalam menyebut beberapa perkataan, antara yang pailing ketara apabila beliau menyebut Lrt Minerel, sedang kan tujuan dan maksud beliau sebenar ialah hendak menyebut Lrt monorel.



Pujian patut dipuji kepada 2 adun baru PAS, terutama wakil bukit Payung yang sedikitpun tidak menunjukkan kejanggalan nya walaupun pertama kali masuk Dewan Undangan Negeri,perlu diingati, selain mewakili Bukit Payung, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah juga membawa suara Pemuda PAS Terengganu di dalam Dewan Undangan Negeri.Kepetahan Ustaz Mohd Nor difahamkan telah mendapat pujian kakitangan kerajaan dan pemerhati sidang Dun Tersebut.

Mungkin juga pengalaman beliau yang mengajar di masjid dan surau menjadikan beliau tidak gugup ketika beliau membahaskan titah Pengerusi MPPR.Seorang lagi exco yang juga dari Hulu Terengganu,iaitu Adun Hulu Telemung YB Rozi Mamat selalu tersasur didalam menjawab soalan, seketika beliau telah di tegur oleh speaker kerana bertukar antara perkataan Intensi dan inisiatif.

Namum begitu ada juga beberapa orang Adun bekas exco yang cuba-cuba mengusik nakal ketika wakil PAS menyampaikan ucapan.

Antaranya ialah Adun Ajil, ketika Wakil Bukit Tunggal menyebut soal ketiadaan bekalan air bersih di Kg Pulau Sekati, Kuala Terengganu.Adun Ajil mencelah dengan bertanya mengapa projek tersebut tidak dibuat zaman pemerintahan pas dulu, namum usikan nakal wakil Ajil itu dijawab dengan selamba oleh wakil Bukit Tunggal dengan berkata"Macamana nak Buat duit royalti telah dirompak habis" kemudian bangun wakil Wakaf Mempelam mengusik wakil Ajil dengan berkata" masih ada wakil Ajil"( ingatkan dah letak jawatan).

Menteri Besar yang baru sendiri nampak agak terbuka bila dapat menerima beberapa pandangan dan cadangan dari wakil Rhu Rendang.
Namum begitu mengikut pemerhati politik, inilah sejarah dalam Dun Terengganu yang paling dingin, mungkin kesan daripada krisis perlantikkan MB selepas PRU ke-12 Masih terasa.


Wednesday, May 7, 2008

Kita bersyukur kepada Allah yang telah membuktikan janji kemenangan untuk Islam dan Parti Islam. Kita juga bersyukur kerana Allah telah memilih dan menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang kasihkan perjuangan Islam. Allah berfirman :

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh supaya melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.”

Penglibatan kita dalam pilihanraya untuk merealisasikan ayat yang mulia ini bagi mendaulatkan Islam, memerintah dengan adil, amanah dan bersih dan memperkasakan program-program kebajikan untuk rakyat. Walaupun PAS tidak berjaya mengembalikan kemenangan Islam di Terengganu tetapi kemenangan PAS di DUN Bukit Payong menjadi satu aspirasi kukuh untuk melangsungkan perjuangan sehingga berjaya memerintah negeri Terengganu Darul Iman.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa : Jazakumullah Khairal Jaza’ kepada semua petugas dan pengundi DUN Bukit Payong yang memberi sokongan padu untuk memenangkan calon kita dan Parti Islam Semalaysia (PAS). Undi dan sokongan rakyat tidak akan disia-siakan, bahkan amanah ini akan dipergunakan bagi menjayakan arahan Allah dan kepentingan rakyat.

Kami juga menyeru dan mengajak pimpinan dan ahli-ahli Barisan Nasional yang berada di DUN Bukit Payong supaya dapat bekerjasama dengan wakil rakyat kita bagi memartabatkan kebaikan rakyat. Alangkah baiknya, kita kembali memahami Islam dengan hati yang terbuka dan minda yang cerdik lagi suci. Selamat dengan Islam.

ARKIB