Friday, February 28, 2014

Petikan : Buletin Online
 
KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu memberi sokongan penuh kepada kerajaan Brunei dalam melaksanakaan undang-undang Islam bermula pada April depan.
 
IMG-20140226-WA0106Pesuruhjayanya, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, komitmen dan kesungguhan negara Brunei Darussalam untuk melaksanakan hukum Allah itu adalah alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah sosial yang melanda dunia masakini.
 
“Yang pertama, kita memberi sokongan penuh kepada kerajaan Brunei.
 
Terdapat komitmen dan kesungguhan dan perbincangan kita kesediaan pihak kerajaan Brunei untuk melaksanakannya dan sudah mewartakannya tinggal lagi saat perlaksanaan yang diberi kepada tiga fasa ini iaitu selepas 6 bulan, 12 bulan dan 24 bulan.
 
“Dan kita merasakan itu tempoh yang sesuai dan kita harap apa yang dilakukan oleh kerajaan Brunei ini sebagai satu komitmen, bukan hanya tanggungjawab kepada Allah tapi sebagai alternatif terbaik terhadap permasalahan yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini,” ujarnya.
 
Menurutnya, tinjauan yang dibuat selepas mengadakan lawatan ke Negara itu, Brunei akan menjadi lebih aman selepas perlaksanaan undang-undang tersebut.
 
Beliau berkata, kadar jenayah Brunei menunjukkan penurunan mendadak selepas penwartaan kanun jenayah syariah itu.
 
“Permasalahan sosial di Brunei masih lagi di tahap rendah dan mengikut respon dari masyarakat, mereka menjangkakan bahawa Brunei akan menjadi lebih aman dan kadar jenayah yang kita dapat selepas pewartaan sudah semakin menurun,”jelasnya.
 
IMG-20140226-WA0072Beliau berkata demikian sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud sekembalinya beliau bersama rombongan seamai 22 orang dari lawatan ke Brunei.sejak 23 Februari lalu.
 
Seramai sepuluh orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Ahli Parlimen PAS dari negeri Terengganu mengadakan lawatan bagi meninjau persiapan Negara Brunei melaksanakan hokum Hudud dan Qisas bermula Ahad 23hb hingga Khamis 26 Februari.
 
Hasil tinjauan tersebut juga mendapati, rakyat Brunei kesuluruhannya mereka amat berbangga dan menanti-nantikan perlaksanaan undang-undang tersebut sudah sekian lama.
 
Menurutnya, beliau dimaklumkan, hasrat Sultan Brunei mahukan negaranya melaksanakan undang-undang Islam itu bermula sejak tahun 1996.
 
IMG-20140226-WA0084Oleh itu beliau berharap, langkah kerajaan Brunei itu akan menjadi meomentum mengembalikan kedaulatan Islam di Rantau Asia Tenggara dan seluruh dunia.
 
“Yang kedua, kita mengharapkan ianya sebagai satu momentum kepada perlaksanaan syariah di Asia Tenggara ini, untuk kembali semula kepada apa yang membebaskan kita daripada era penjajahan.
 
“Sebab sedia maklum rantau Asia Tenggara ini sudah melaksanaan syariah Islam sejak dari peringkat awal dahulu di bawah kerajaan Islam termasuk di Melaka dan sebagainya sehinggalah ke era penjajahan.
 
“Hari ini kita sudah merdeka lebih daripada separuh abad, sudah sewajarnya kita kembali semula kepada akar umbi kekuatan umat Islam itu,”tegas beliau.
 
Beliau yang juga ADUN Paka berkata, kerajaan negeri Terengganu sepatutnya Terengganu juga melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang sudah mewartakan pada tahun 2002.
 
IMG-20140226-WA0088“Sepatutnya, Terengganu juga perlu berusaha untuk melaksanakannya apatah lagi kita sudah mewartakan pada tahun 2002 dan kita sudah mendapat sokongan penuh.
 
“Dan ianya berkait dengan kerajaan negeri Terengganu yang melibatkan undang undang syariah…….sepatutnya tiada alasan lagi untuk Terengganu.
 
“Apatah lagi dari segi sumber dan kewangan Terengganu sendiri daripada hasil minyak yang lebih kurang macam Brunei, kita rasa sepatutnya lebih mendahului,”ujar beliau.
 
Justeru beliau mendesak kerajaan supaya membebaskan rakyat dari dosa akibat memenjarakan hokum syariah yang telah mendapat perkenan Tuanku Sultan.
 
“Kita (PAS) mendesak pihak kerajaan beri (tunjuk) kesungguhan, menggunakan bajet khas dan membuat latihan ke arah pelaksanaan dan membuat persediaan yang terbaik ke arah melaksanakan hukum syariah.
 
“Kita tidak mahu hukum syariah itu terpenjara di dalam bilik kebal dan hanya dalam catatan pewartaan tetapi tidak dilaksanakan. Ini merupakan satu dosa yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN,” tegasnya.
Petikan : Buletin Online
 
BANDAR SERI BEGAWAN – Dewan Pemuda PAS egeri Terengganu melahirkan rasa syukur dan menyokong kerajaan Brunei DarusSalam yang akan melaksanakan undang-undang Ilam sepenuhnya bermula April depan.
 
Kamaruzzaman Abdullah Brunei1Ketuanya Ustaz Kamaruzzaman Abdullah beerharap langkah positif negara Brunei itu, sebuah negara umat Melayu Islam itu akan menjadi panduan dan ikutan kepada kerajaan Malaysia khususnya kerajaan negeri Terengganu DarulIman.
 
“Sikap pemuda PAS jelas, kita rasa bersyukur kepada Allah SWT, yang baru sahaja mengisytiharkan akan melaksanakan hukum Islam pada 22 Oktober lalu.
 
“Kita (harap) kerajaan Malaysia dan Terengganu khususnya (akan mengambil langkah) menyambung sahaja undang-undang yang telah diluluskan dan diwartakan pada tahun 2002.
 
“InsyaAllah (perlaksanaan undang-undang Islam di Brunei) akan menjadi panduan dan (memberikan) pengalaman kepada negeri Terengganu,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian selepas satu pertemuan dengan pihak pentadbir Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) di sini semalam, Selasa 25 Februari.
 
Ustaz Kamaruzaman bersama 20 orang pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat dari Terengganu sedang mengadakan lawatan bagi meninjau persiapan Brunei dalam menguatkuasakan undang-undang Hudud dan Qisas.
 
Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI) berkata, perjumpaan tersebut telah membuka peluang baru kepada para pelajar KUDQI bagi melanjutkan pengajian di universiti tersebut.
 
“Ahamdulillah, perjumpaan dengan pihak pentadbir Universiti Islam Sultan Sharif Ali pada hari ini akan membuka lembaran baru kepada pendidikan KUDQI (dan) membuka pasaran baru kepada para pelajar KUDQI.
 
Mendalami ilmu-ilmu Islam di sini, jelasnya, akan mengambil masa bagi pemprosesan kerjasama antara KUDQI dan Unissa dalam tempoh dua tahun.

Wednesday, February 26, 2014


Satu program yang dinamakan “Nadwah Ulamak” anjuran Dewan Ulamak PAS Terengganu (DUPT) telah diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai baru-baru ini.
Program yang bertujuan untuk menyatukan kefahaman jemaah PAS terutama pimpinan kawasan dan negeri itu dalam hal berkaitan dengan isu-isu jemaah, politik, dakwah, tarbiyyah dan lain-lain agar memahaminya.
Bagi mencapai matlamat program itu, satu kertas kerja tulisan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan telah dibentangkan oleh beliau sendiri.
Beliau memilih untuk mengupas isu bertajuk “Tahaluf Siyasi – Batas-Batas Hubungan Dengan Ghair al-Muslimin Dalam Kepercayaan Agama Dan Budaya”.
Program yang berjalan kira-kira tiga jam setengah itu dihadiri lebih 300 orang peserta yang terdiri dari kepimpinan PAS pelbagai peringkat bagi kawasan-kawasan dan dewan-dewan.
Peserta dihidangkan dengan kupasan secara ilmiah oleh Presiden berkenaan erti kata sebenar tentang tahaluf siyasi.
Dalam pembentangannya, Presiden menjelaskan penggunaan Ghair al-Muslimin digunakan bagi mengembalikan istilah al-Quran yang mana kita sekrang ini sudah terlalu lama menggunakan istilah moden.
Beliau menjelaskan, tahaluf siyasi adalah titik persamaan antara Islam dan bukan Islam yang zahir sahaja tanpa melibatkan aqidah.
“Tahaluf Siyasi adalah adalah pendekatan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam melalui titik persamaan yang zahir wlaupun berbeza aqidah dan matlamat, kearah memperlihatkan kebaikan Islam dan kenal Islam.
Wajib muwajahah silmiyyah (berhadap secara damai), dahulukan konsep damai walaupun dalam perang dan apatah lagi ketika keadaan damai,” terang beliau sambil menukilkan ayat 61-63 dari surah al-Anfal.
Menyentuh soal wala’ (ketaatan) dalam tahaluf siyasi, beliau menjelaskan tiada wala’ kepada tahaluf siyasi, cuma kerjasama ataupun persefahaman sahaja kerana wala’ hanyalah kepada pimpinan jemaah sahaja.
Pendekatan yang disarankan kepada pendakwah-pendakwah adalah secara menerang dan bukannya menyerang agar maklumat-maklumat daripada dakwah itu mudah memasuki hati-hati bukan Islam.
Tahaluf siyasi ini tidak seharusnya dilihat dari sudut politik semata-mata malah lebih jauh daripada itu, ialah berdakwah kepada bukan Islam bagi mengajak mereka agar memeluk Islam.
Antara batas-batas yang digariskan pula dalam persefahaman dengan bukan Islam ini pula ialah seperti iman dan kufur, hala dan haram, hak mengamalkan ritual keagamaan dan budaya kaum masing-masing.
Kekhilafan tentang bolehnya tahaluf siyasi ini serta beberapa perkara yang melibatkan hal-hal teknikal, mestilah ditangani oleh mereka-yang ahli dalam fiqah ini dan bukannya orang awam yang tidak mendalam kefahaman mereka.
Pada dasarnya dengan tahluf siyasi yang betul, masyarakat madani boleh dibentuk di negara ini dan akan memberikan lebih keyakinan terhdap Islam iaitu menjadi agama fitrah kepada semua manusia.
Majlis diakhiri dengan soal jawab peserta dengan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden berkaitan dengan isu-isu daripada kertas kerja serta juga yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.

Monday, February 24, 2014


Kijal : Satu majlis Hi-Tea bagi mengumpul dana pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) telah diadakan di Pasti Cawangan Ibok dekat sini baru-baru ini.
Pelancaran majlis kutipan dana tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong petang Jumaat lalu.
Menurut Pengerusi Pasti Kawasan Kemaman, Ustaz Muhammad Nakhaei Hanafiah, Pasti al-Huda ini adalah Pasti yang ke-25 di Kemaman dan yang kelima di Dun Kijal dan pihaknya berasa berbesar hati dengan penubuhan Pasti al-Huda ini.
Katanya lagi bangunan yang dijadikan Pasti ini sangat bermakna dan meninggalkan nostalgia kepada PAS Kemaman kerana ianya diasaskan oleh bekas Yang DiPertua PAS Kemaman allahyarham Ustaz Awang Dagang.
Ustaz Muhammad Nakhaei menambah, bangunan Pasti itu bukan sahaja berfungsi bagi mendidik kanak-kanak, malahan lebih dari itu, ianya turut dijadikan pusat pengajian bagi golongan dewasa.
“Sebelum ini kita sudah menjalankan kelas Iqra’ bagi menarik masyarakat tempatan.
Dan kita telah berjaya membina bangunan tambahan bagi kelas Pasti hasil dari inisiatif PAS cawangan dan sumbangan orang ramai,” ujarnya dengan gembira.
Setakat ini seramai 15 orang pelajar telah didaftarkan di Pasti al- Huda ini sebagai permulaan tahun pertama ianya beroprasi dan beliau yakin, bilangan pelajar akan bertambah dari tahun ke tahun berdasarkan kepercayaan masyarakat kepada Pasti.
Pasti ini dikendalikan oleh seorang guru dan seorang pembantu buat masa ini.
Dan jika peningkatan bilangan pelajar meningkat, maka pengurusan Pasti akan mencari tempat lain bagi membina bangunan yang lebih besar memandangkan tanah yang ada sekarang sudah hampir maksimum penggunaannya.
Ini kerana pengurusan Pasti al-Huda baru sahaja membina bangunan tambahan bagi menampung keperluan pendidikan mereka.
Beliau yakin dan percaya dengan kedudukan yang strategik itu, di lokasi yang ramai penduduk dan tiada Pasti lain berdekatan, akan lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke Pasti al-Huda nanti.
Sebagai meraikan kelahiran Pasti ke-25 itu, hampir seluruh kepimpinan PAS Kawasan Kemaman hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Ini termasuklah Yang DiPertua (Ydp) PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid, bekas Ydp Ustaz Ismail Haron, Adun Chukai Haji Hanafiah Mat dan Pengarah Majlis Tindakan (MTD) DUN Kijal Ustaz Hazri Jusoh.
 
Lebih seratus penduduk sekitar turut sama meraikan majlis Hi-Tea ini dan tidak melepaskan peluang membuat kebajikan dengan sama-sama menghulurkan derma.

Saturday, February 22, 2014


Undang : Sekumpulan kira-kira 30 orang jemaah Surau Kampung Undang bersama-sama bergotong-royong memindahkan sebuah surau lama di kampung mereka Jumaat lalu.
Surau yang sudah agak uzur itu terpaksa dipindahkan atas alasan keselesaan bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah terutama ketika bulan Ramadhan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Surau Kampung Undang Cikgu Daud Hassan, rancangan memindahkan surau itu sudah lama dirancang, akan tetapi kerana faktor-faktor seperti kewangan, menghalang ianya dilakukan lebih awal.
Setelah mendapat sedikit bantuan kewangan, maka mereka terus memulakan kerja-kerja pemindahan ini kerana bimbang jika menangguhkan lagi, pada bulan Ramadhan ini mereka tidak dapat menyiapkan kerja pemindahan ini.
Cikgu Daud berkata surau ini boleh dikatakan penting bagi kariah sekelilingnya kerana sering mengadakan kuliah-kuliah dan juga kelas-kelas agama bagi membantu kariah menambah ilmu akhirat mereka.
Lebih dari itu, hanya inilah surau yang terletak di sepanjang jalan antara Masjid Tok Dir dan Masjid Undang yang jauhnya kira-kira tiga kilometer.
“Jadi surau yang ada di tepi jalan besar ini, tak ada yang lain lagi kecuali surau ini.
Ini amat membantu jemaah-jemaah yang berdekatan yang tidak dapat berjemaah di Masjid Tok Dir atau Masjid Undang.
Apatah lagi kelas bagi muslimat, dan kita maklum muslimat di kampung-kampung ini biasanya tiada kenderaan, jadi bolehlah mereka datang ke surau ini yang agak dekat dengan mereka,” terang Cikgu Daud.
Turut hadir ialah wakil rakyat Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang dijemput bagi membacakan doa selamat dan menunaikan solat hajat sebelum memulakan kerja-kerja pemindahan itu.
Sebarang bantuan kewangan dan juga barang-barang bagi melancarkan kerja-kerja pemindahan ini, sangat dialu-alukan dan penyumbang boleh berhubung terus dengan Cikgu Daud Hassan di talian 019 9092947 bagi urusan derma.

Friday, February 21, 2014

*Laporan berdasarkan ketika tinjauan bersama YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
 
MARANG – Sikap membisu yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Terengganu terhadap penduduk dan peniaga yang tinggal dan berniaga di sepanjang jalan dari Merchang ke Jambu Bongkok dekat sini, meresahkan mereka.
 
jalan mercang jambu bongkok5Ini kerana mereka tidak mendapat maklumat tepat dari kerajaan berkenaan status tanah yang telah diambil bagi melaksanakan projek pembesaran jalan dari Merchang ke Jambu Bongkok itu dan meninggalkan mereka dalam kebingungan.
 
Luahan hati sebahagian penduduk dan peniaga itu didengari oleh Ketua Penerangan Pas Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika menziarahi mereka bagi bertanya khabar tentang status mereka.
 
Seorang peniaga roti, Norhashimah Mamat yang telah menjalankan perniagaan itu sejak sekian lama berkata tiada hitam putih dan pengesahan terutama mengenai pampasan yang akan diberikan atas perobohan kedai mereka.
 
“Takdok (tiada) orang kerajaan mari (datang) nok bagitahu apa-apa sampai ke hari ni.
Exco pun takdok mari jumpa dengan kita,” kata beliau yang mendakwa sudah beberapa kali turun naik Pejabat Tanah Marang itu.
 
jalan mercang jambu bongkok3Mereka sekeluarga yang ditemui juga merasa tidak puas hati diatas cara kerajaan dan kontraktor menguruskan hal ini, terutama berkenaan sempadan tanah.
 
Norhashimah juga turut hairan kerana batu penanda tanah yang diletakkan dihadapan kedainya, tetapi pelebaran jalan dibuat sehingga lebih kurang tiga meter kedalam kedainya.
 
Ditambah lagi dengan ura-ura bahawa tanah yang sudah termasuk didalam rezab jalan tidak akan dibayar pampasan, dia berpendapat hal itu tidak adil bagi mereka yang sudah lama berniaga di situ.
 
“Macamana kita masa nak dapat kelulusan bina gerai dulu, dia terima geran tanah ni dan dok (tidak) timbul soal dimana tanah rezab dan sempadan jalan?
 
Le ni (sekarang), timbul pasal tanah rezab pulok (pula) masa nak ambik tanah ni.
 
Sedangkan kita duduk bayar lesen sokmo (sentiasa), duit kita dia ambik, bila kena hal gini, kalau dia tak mahu bayar, teruklah kita,” ujarnya kesal.
 
jalan mercang jambu bongkok4
Untuk rekod, sebanyak 15 buah rumah, tujuh buah premis perniagaan dan lebih 30 gerai jualan terutamanya gerai jagung akan terjejas disebabkan projek pelebaran jalan ini.
 
Beberapa orang lagi peniaga yang ditemui juga tidak mendapat gambaran yang jelas berkenaan status perniagaan mereka samada akan diberikan pampasan ataupun tidak.
 
Seorang peniaga jagung yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Lah memaklumkan bahawa dia hanya mendengar dari mulut ke mulut yang para peniaga akan dibayar seribu ringgit bagi setiap gerai jagung.
 
Tiada pengesahan samada dari pihak kerajaan mahupun wakil rakyat ataupun kontraktor berkenaan berita pampasan itu.
 
Menurut Kak Lah lagi, penjual biasanya memperolehi hasil jualan antara RM200 sehingga RM300 sehari dan jika pada hari minggu dan cuti am, hasil jualan boleh mencecah sebanyak RM500 sehingga RM600.
 
Menurutnya lagi, dia mungkin tidak akan meneruskan jualannya lagi selepas ini kerana tiada tanah untuk berniaga.
 
Seorang lagi peniaga, Puan Puteh pula berkata dia hanya mendapat tahu berkenaan pampasan itu melalui pekerja-pekerja yang terlibat dengan pelebaran jalan itu sahaja berkenaan adanya pampasan dan bukannya dari pihak yang berkuasa.
 
jalan mercang jambu bongkok6Masalah pelebaran jalan ini bukan sahaja melibatkan penduduk dan peniaga sahaja, malahan turut melibatkan tanah perkuburan yang ada berdekatan Kampung Pasir Putih juga turut termasuk dalam projek pelebaran ini.
 
Menurut maklumat dari beberapa penduduk yang sedang menggali kubur ketika tinjauan ini dilakukan, pelebaran jalan itu telah menimbus beberapa kubur lama yang sedia ada.
 
Namun dimaklumkan, wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah datang bagi melihat keadaan tanah kubur tersebut semalam dan penduduk sedang menunggu keputusan JHEAT.
 
Mengulas isu ini, YB Ustaz Mohd Nor berkata tidak sepatutnya kontraktor terbabit datang dan mengerjakan tanah yang terlibat dengan pelebaran ini terutama berhampiran kubur secara semberono.
jalan mercang jambu bongkok2
 
“Walaupun kubur lama, mereka sepatutnya melihat jajaran kubur ini dahulu dengan nasihat dari pihak berwajib dan orang-orang kampung yang tahu dimana letaknya kubur-kubur ini.
 
Dalam Islam, kita percaya sesetengah mayat mungkin tidak mudah reput, jadi sepatutnya kita gali dan pindahkan mayat-mayat ini sebagai menghormati mayat dan juga ahli keluarga mereka,” kata beliau.
 
Beliau juga menyatakan pendedahan ini bukan bertujuan bagi menghalang atau menolak sebarang pembangunan, tetapi seharusnya setiap pembangunan itu memikirkan akan kesan kepada masyarakat sekeliling.
 
Ianya juga bagi memastikan semua projek pembangunan yang menggunakan duit rakyat, dilaksanakan dengan betul dan telus kerana projek ini akan dinilai oleh semua pihak.
 
Beliau seterusnya mendesak agar kerajaan membuat satu kenyataan rasmi berkenaan projek pelebaran jalan ini yang menurutnya ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan lanjut dari kerajaan.
 
jalan mercang jambu bongkok7“Persoalan seperti siapakah kontraktor yang mendapat projek ini?
 
Kenapa ianya dijalankan secara tidak teratur iaitu tanpa notis dan pemberitahuan umum terutama kepada penduduk dan peniaga di sepanjang jalan ini.
 
Juga berapakah pampasan yang akan diberikan kerajaan terhadap penduduk dan peniaga-peniaga yang 100 peratus melayu itu sebagai ganti rugi keatas perniagaan mereka.
 
Dan juga kerajaan juga perlu menjelaskan kekeliruan terhadap sempadan tanah yang dikatakan telah diambil sejak tahun 1963 lagi, kerana ada beberapa penduduk yang mengadu sempadan tanah tidak jelas.
 
Sehingga kini masih tiada wakil kerajaan mahupun exco datang bagi menjelaskan perkara ini,” tegas beliau.

Saturday, February 15, 2014

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) amat wajar dimansuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan bukan sekadar untuk dikaji semula. Walaupun PBS bertujuan bagi mengimbangi pemarkahan secara fizikal dan mental iaitu bagi menilai IQ dan EQ iaitu sistem penilaian yang tidak berasaskan peperiksaan sahaja ataupun seperti yang dinyatakan oleh KPM, PBS ini adalah bentuk pendidikan holistik, namun perlaksanaannya yang begitu tunggang langgang dilihat sebagai satu kegagalan dalam perlaksanaan sistem PBS ini.
Paling bermasalah adalah sistem perekodan butiran ataupun pencapaian pelajar yang menjadi antara punca utama beban yang tidak sepatutnya dikenakan ke atas guru-guru. Ada yang terpaksa memasukkan data pada lewat malam, ada juga juga yang terpaksa bangun awal pagi semata-mata kerana ini. Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan kualiti rehat yang diperlukan oleh guru-guru, terutama bagi yang telah berkeluarga, bertambah lagi jika guru itu sudah mempunyai anak. Itu belum dikira jika pasangan guru itu tinggal berjauhan kerana lokasi sekolah (yang kadang-kadang sengaja dipisahkan kerana alasan politik).
Banyak lagi keburukan ataupun perkara yang menyusahkan terutama yang akan terbeban keatas guru-guru dan juga ketidakadilan permarkahan kepada pelajar-pelajar yang didedahkan diatas perlaksanaan PBS ini. Antara yang lain ialah permarkahan yang tanpa rujukan piawai oleh guru-guru, tiadanya projek perintis tetapi perlaksanaannya terus ke seluruh negara, perbezaan soalan bagi mencapai “Band” dan setelah tiga tahun, penyeragaman masih gagal dilakukan oleh kementerian. Kesusahan juga timbul kepada ibu bapa yang tinggal di pendalaman bagi mengakses internet dan masalah berganda bagi mereka yang tidak tahu menggunakan komputer.
Janji penambahbaikan oleh kedua-dua menteri pelajaran ditabur secukup rasa bagi menyedapkan hati pihak yang menolak perlaksanaan PBS kerana menyusahkan ini. Janji pertama oleh Menteri Pelajaran II Dato’ seri Idris Jusoh pada 10 September 2013 di Shah Alam dalam Program Bicara Minda bagi penambahbaikan PBS berlalu bersama angin. Kemudiannya datang lagi janji baru oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran I Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu untuk mengangguhkan perlaksanaan PBS sehingga masalah-masalah yang ada diselesaikan.
Saya melihat PBS ini juga dilihat sebagai makmal ujikaji yang mana pelajar-pelajarnya menjadi bahan ujikaji manakala guru-guru pula menjadi robot di dalam makmal. Seharusnya kita sedar bahawa bayak perancangan yang dibuat oleh kerajaan, tidak menepati aspirasi rakyat, tetapi “trial and error” yang mana menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak samada dalam bentuk kerahan tenaga mahupun kerahan wang iaitu pembaziran wang rakyat.
Terbukti bukan sahaja guru-guru yang membantah, malahan Profesor DiRaja Engku Aziz sendiri menggambarkan kejahatan “tangan-tangan gatal” yang jelas menganggu, menyebabkan sistem pendidikan negara menjadi caca marba. Lebih dari itu beban yang ditambah dengan sengaja keatas guru-guru ini dikhuatiri adalah kerana projek-projek yang disediakan oleh kroni bagi mengisi kantung masing-masing dan bukannya ikhlas kerana untuk menaikkan prestasi pelajar-pelajar. Ayuh guru-guru, anda semua bukan golongan yang boleh dipergunakan oleh kelompok-kelompok yang mempunyai agenda mereka tersendiri. Anda adalah pendidik, yang mendidik anak bangsa, saya menyeru kepada semua warga guru agar menyatakan sikap anda semua.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan Pas Terengganu
15 Rabi’ul Akhir 1435 bersamaan 15 Februari 2014

Friday, February 14, 2014

Petikan : Bernama

MARANG – Meskipun harga gula dan beberapa bahan mentah meningkat, namun 30 peniaga di sekitar Pasar Kedai Buluh di sini masih menjual makanan dengan harga rendah.
 
Contohnya air teh ‘o’ (tanpa susu) gelas kecil berharga 50 sen dan kuih-muih lima biji RM1.
 
Seorang peniaga kuih, Akma Abdullah, 45, berkata 16 jenis kuih di kedainya masih dijual dengan harga murah sejak lima tahun lepas meskipun harga bahan mentah utama seperti tepung, telur dan gula meningkat sekali ganda.
 
“Kebanyakan kuih yang kakak jual ni kuih tradisional, harga memang sama sejak dulu…kalau naik pun, lima sen saja dan ada lagi kuih yang kakak jual berharga 20 sen dan 25 sen sebiji.
 
“Karipap inti ikan, kuih tako, belebat ubi, tepung bungkus dan kuih koci, kakak jual lima biji RM1, kuih kasidah empat biji RM1, peneram pula kakak jual tujuh biji RM1…kalau jual mahal-mahal nanti ramai pula orang merungut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di sini Selasa.
 
Menurut Akma, beliau masih mengekalkan harga rendah meskipun mendapat keuntungan sedikit, kerana kebanyakan pembelinya merupakan pelanggan tetap sejak 15 tahun lepas.
 
Bagi peniaga nasi ayam dan masakan panas yang hanya mahu dikenali sebagai Lili Suhana, 33, beliau mengenakan RM3.50 untuk sepinggan nasi ayam sama dengan dua lagi peniaga nasi ayam di pasar berkenaan.
 
“Selain jual nasi ayam, kakak juga jual nasi goreng, mee sup, kuey teow sup dan semua ini hanya RM3 semangkuk manakala untuk semangkuk nasi air, kakak jual RM2.50,” katanya.
 
Lili Suhana turut menawarkan harga minuman dengan kadar rendah seperti 50 sen untuk secawan teh ‘o’ walaupun guna teh uncang dan RM1.60 untuk segelas milo ais berbanding harga biasa RM2 segelas.
 
Fatimah Ismail, 56, yang menjual nasi dagang turut mengekalkan harga lama walaupun harga beras pulut dan ikan tongkol tidak menentu dan kadangkala meningkat mengikut harga pasaran.
 
“Dah hampir 11 tahun mak cik berniaga, harga barang dah berkali ganda naik, tapi mak cik tetap jual dengan harga berpatutan, dulu harga RM1.50, tapi sekarang mak cik naikkan 50 sen sebab memang tak dapat nak tampung lagi harga ikan dan beras.
 
“Harga ikan tak tentu, kadang-kadang RM8 sekilo, kadang-kadang sampai RM10 sekilo, tapi mak cik tetap jual dengan harga RM2 sebab bila mak cik tak naikkan harga, pelanggan akan terus datang membeli,” kata Fatimah yang menjual 14kg nasi dagang sehari.
 
Peniaga air batu campur (ABC) Abdul Mutalib Ali, 75, yang sudah 40 tahun berniaga berkata walaupun harga ABC yang dijual hanya RM1, bahannya tetap mewah kerana beliau turut meletakkan buah kabung, kacang serta jagung di dalamnya.
 
“Pakcik juga menjual sepinggan mee goreng dengan harga RM1. Pakcik tak jual mahal, walau untung sikit tapi sekurang-kurangnya boleh menyara seorang cucu yang tinggal dengan pakcik,” katanya.
 
Bagi Ahmad Shawal Ibrahim, 40, yang bekerja di Chendering berkata beliau memilih menjamu selera di kedai makan Pasar Kedai Buluh ini kerana harga makanan yang dijual sangat murah berbanding tempat lain terutama harga minuman yang dijual bawah RM1.
 
“Boleh dikatakan setiap hari saya akan singgah makan di sini kerana banyak makanan yang enak dan sering mengajak rakan sepejabat makan di kawasan ini kerana ia dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.
 
Seorang lagi pelanggan, Khamis Salleh, 49, berkata beliau sering mengunjungi pasar berkenaan untuk menikmati kuih tradisional serta nasi dagang dan berpuas hati dengan tahap kebersihan di kawasan itu walaupun lokasinya di sebelah pasar basah.
 
“Di sini senang nak dapat kuih tradisional, murah pula tu, di tempat lain tak ada lagi orang jual kuih lima biji RM1 dan walaupun kuih dan makanan lain jual dengan harga murah, tapi kuantitinya masih banyak dan memang saya puas hati dalam semua aspek,” katanya.- BERNAMA

Thursday, February 13, 2014


Marang : Kerajaan negeri Terengganu diminta mengkaji dengan lebih mendalam rancangan mengagihkan zakat dengan memberikan barang keperluan disebalik agihan wang seperti dahulu kerana bimbang berlaku perkara yang tidak sepatutnya.
Kebimbangan itu jelas berasas kerana pengagihan itu mungkin akan dimonopoli oleh sesetengah pihak dan sekaligus akan menimbulkan perbalahan oleh mereka yang tidak terpilih bagi sama-sama membekalkan barangan tersebut.
Selain itu juga, wang dilihat sebagai medium yang lebih memudahkan penerima zakat bagi menyelesaikan lebih banyak masalah keperluan mereka berbanding barang-barang keperluan.
Pendapat ini disuarakan oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika ditemui semalam.
Beberapa hari lalu dalam satu laporan akhbar, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengumumkan untuk memperkenalkan cara baharu pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf.
Menurut pengarahnya, pengagihan zakat dahulu dalam bentuk wang akan digantikan dengan cara menyediakan sebanyak 13 barangan keperluan kepada penerima-penerima.
Kaedah agihan baharu yang diperkenalkan awal tahun ini akan dihulurkan kepada seramai lebih dua ribu orang asnaf-asnaf diseluruh negeri Terengganu
Kerajaan juga melantik seramai kira-kira 70 orang pembekal bagi mengagihkan bantuan tersebut disetiap daerah di Terengganu, yang mana negeri Terengganu mempunyai tujuh daerah.
Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Nor berkata, selain keperluan yang mungkin tidak sama antara satu sama lain, kemungkinan harga barangan mungkin tidak akan ada tawar menawar dan menyebabkan kos yang sepatutnya murah, menjadi mahal.
Peningkatan kos ini menurutnya lagi terbukti apabila pembekal yang dilantik juga akan menghantar barangan keperluan ke rumah-rumah penerima, sekaligus kos pengangkutan juga semestinya akan dikira.
“Kita bimbang harga akan jadi lain apabila sistem ini dilaksanakan iaitu barangan keperluan yang dibekalkan makin menjadi mahal.
Selain itu, 13 barang keperluan seperti yang dinyatakan, sudah pasti tidak menjadi keperluan kepada semua walaupun kerajaan cuba untuk berbuat demikian dan kemungkinan pembaziran berlaku itu ada.
Mungkin sesetengah lebih memerlukan lebih wang bagi belanja sekolah anak, yuran itu dan ini serta pelbagai keperluan lain yang semakin menggila kenaikkannya, jadi mereka boleh tambah belanja dengan wang itu.
Saya juga bimbang ini hanya projek untuk memberikan keuntungan lebih kepada peniaga-peniaga yang terpilih bagi memastikan keuntungan tetap mereka setiap bulan.
Jumlah RM 1 juta sebulan itu banyak, dan apabila dibahagikan dengan 70 orang peniaga terpilih setiap daerah, maka peniaga-peniaga terpilih ini akan mendapat kira-kira RM2000 sebagai pendapatan tetap sebulan,” ujar beliau.
Beliau juga turut risau akan mutu barangan yang akan diberikan kepada penerima-penerima, seperti aduan yang pernah terjadi kepada bekalan barangan oleh Kedai Rakyat 1 Malaysia yang lalu.
Oleh itu beliau menggesa agar kerajaan kembali semula kepada cara lama iaitu mengagihkan wang tunai kepada penerima-penerima, supaya asnaf-asnaf itu boleh memanafaatkannya mengikut keperluan mereka dengan lebih tepat.

"Walaupun pengagihan ini tidak melibatkan semua wang zakat penerima tetapi kita percaya pembahagian wang itu lebih baik," kata beliau mengakhiri temubual.

Wednesday, February 12, 2014


1.Bola sepak Malaysia mula dilanda kemelut yang merunsingkan dan membimbangkan dengan beberapa insiden yang tidak sewajarnya berlaku, apabila ianya mula melibatkan istana dan institusi diraja. Bahkan kemelut ini sekarang turut mengheret penggunaan al-Quran sebagai bahan sumpah dalam mempertegaskan kebenaran kata masing-masing.

2. Saya tidak mahu menghuraikan hukum penggunaan mashaf al-Quaan dalam sumpah kerana para ulama telah mengulas dengan jelas dalam tulisan-tulisan mereka sebagaimana Al-‘Aini berkata : “Dan di sisiku bahawa kalau bersumpah dengan mashaf al-Quraan, meletakkan tangan di atas mashaf atau berkata : Demi Hak kemuliaan Al-Quraan !, ia merupakan sumpah terutama pada zaman ini yang banyak berlaku sumpah-sumpah yang buruk dan minat orang awam bersumpah dengan mashaf.”

3. Al-Quraan juga menceritakan sifat golongan munafiq yang seringkali bersumpah untuk membenarkan kata-kata mereka sebagaimana firman Allah dalam dalam surah At-Taubah ayat 95-96 : “Kelak mereka akan bersumpah kepadamu dengan nama Allah, apabila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling dari mereka. Maka berpalinglah dari mereka karena sesungguhnya mereka itu adalah najis dan tempat mereka jahannam sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. Mereka akan bersumpah kepadamu, agar kamu ridha kepada mereka. Tetapi jika sekiranya kamu ridha kepada mereka, sesungguhnya Allah tidak ridha kepada orang-orang yang fasik itu.”

4. Bola sepak hanya senaman untuk berhibur dan sukan untuk mengeratkan perpaduan tetapi Mashaf Al-Quran yang merupakan kalam Allah yang mulia digunakan tanpa memberi penyelesaian apa-apa. Pihak yang dianggap mangsa dan pemain yang dianggap saksi mula bersumpah dengan mashaf al-Quraan bagi menyatakan kebenaran kata-kata mereka, sedangkan pihak yang didakwa diam dan sepi tersenyum. Sudah pasti, satu-satu pihak telah berbohong dalam sumpahnya dan mula menghina al-Quraan dengan penipuannya, walaupun tidak diketahui pihak mana.

5. Saya bimbang kemelut ini akan mencetuskan perbalahan dan sengketa yang lebih parah dengan cetusan membara dendam kesumat. Di samping itu, kerisauan berulang tragedi itu terhadap pasukan-pasukan lain yang bertandang di Johor menjadikan sukan bola sepak tidak harmonis dan selesa. Apakah Menteri Besar Terengganu tidak menyakini siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap insiden yang berlaku ? Adakah Menteri Besar Terengganu sudah menjangkakan bahawa pihak istana Johor yang terlibat akan terlepas dan bebas ? Kenapa insiden ini berlaku dengan melibatkan institusi yang dihormati ? Apakah tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam menyelesaikan kemelut ini ? Kemelut bola sepak yang mengundang krisis keyakinan terhadap sistem keadilan negara, ketelusan pihak keselamatan dan boleh mencetus huru hara antara penyokong-penyokong.

6. Oleh itu saya menyeru agar semua pihak melihat bolasepak ini adalah sebagai satu bentuk perpaduan sesama rakyat Malaysia. Kita yang sudah ketinggalan jauh berbanding negara-negara Asia lain dalam ranking FIFA sepatutnya bersatu bagi mencapai impian kita bagi memajukan bolasepak negara dan bukan dengan perbalahan demi perbalahan yang didalangi pihak tertentu yang akhirnya akan menghancurkan sukan ini. Dan yang paling utama saya berharap agar sumpah menggunakan al-Quran ini tidak lagi diulangi dimasa depan agar kita tidak mencemari kesucian al Quran yang sepatutnya kita mengambil faedah-faedah di dalamnya untuk diamalkan dalam kehidupan kita.


YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu

14 Rabi'ul Akhir bersamaan 12 Jan 2014

Saturday, February 1, 2014


MARANG – Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman (KPMDI) dekat sini masih memelukan kira-kra RM1.2 juta bagi menyiapkan Fasa Ke-3 dan Ke-4 pembinaannya.
 
Pengarah Program Majlis Pecah Tanah dalam pelancaran pembinaan Fasa Ke-3 itu, Mohd Nasir Ismail berkata, keseluruhan KPMDI menelan belanja kira-kira RM3.5 juta.
 
“Apa yang kita tengok (dalam pembinaan) ini adalah Fasa (tiga) yang akan menempatkan dewan untuk mesyuarat, dewan untuk perbincangan awam, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong.
 
“Kemudian kita akan khaskan tingkat tiga sebagai ‘homestay’ (manakala) di tingkat bawah kita akan membina pusat komersial yang mengandungi kedai serbaneka berskala kecil dan kiosk untuk peniaga-peniaga,”ujarnya
NasirBeliau berkata demikian ketika ditemui sebelum majlis yang akan disempurnakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula petang semalam Jumaat, 31 Januari.
 
Oleh itu, kata beliau yang juga Ahli Jawatankuaa PAS Kawasan Marang berkata, kos pembinaan Fasa Ke-3 tersebut akan menelan belanja tidak kurang daripada RM600,000.00, sebagaimana cadangan pembinaan bagi Fasa yang Ke-4, yang juga merupakan sebuah blok setinggi tiga tingkat.
 
“Satu tingkat kita anggarkan menelan belanja RM200,000, jadi tiga tingkat tidak kurang RM600,000. dan keseluruhan kos yang kita perlukan dalam pembinaan KPMDI ini adalah RM3.5 juta.
 
“Dan alhamdulillah, sebahagian besar (kira-kira) 80 peratus sudah disiapkan,”jelasnya.
 
Justeru belau mengharapkan, para dermawan oleh menyalurkan sumbangan melalui ‘kupon-kupon’ yang telah kita sediakan atau boleh melayari laman web atau laman sosial MDI.
 
“Disitu ada nombor-nombor akaun yang boleh kita salurkan bantuan, antaranya akaun Maybank Kompleks Madrasah Darul Iman No akaun: 5630 1923 3967 ”katanya.

ARKIB