Thursday, February 28, 2013

Petikan : Harakahdaily
 


Kan rentang yang menjadi punca pertelingkahan tersebut.

MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.

Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga mencetuskan keresahan masyarakat.

Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno BN.

“Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka.

“Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen untuk parti mereka,” ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pekarangan balai polis berkenaan.

Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu adalah fitnah yang direka Umno BN.

Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari.

Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung

Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25 Feb lalu berhubung kain rentang itu.

Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya.

Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia.

Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam penggunaan kalimah Allah.

“Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka (Umno) kata (tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bable Bahasa Melayu.

“Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya,” jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia.

Tuesday, February 26, 2013

Petikan : Malaysiakini
 
 
Satu kajian oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini semakin merosot di waktu pilihan raya umum semakin dekat.
NONESeramai 61 peratus daripada 1,021 responden yang ditinjau antara 23 Januari hingga 6 Februari tersebut berpuas hati dengan prestasi perdana menteri, turun dua mata berbanding tinjauan sama yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

Merdeka Centre menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan penurunan sehingga empat mata di kalangan pengundi Melayu – berbanding 77 peratus sejak sebulan lalu.

Jumlah responden Cina dan India yang berpuas hati dengaan Najib pula masing-masing di tahan 37 peratus dan 75 peratus.

Merdeka Center menyebut, tinjauan itu dijalankan selepas tiga peristiwa – perhimpuan 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Suruhanajay Siasatan Diraja di Sabah, dan kritikan ke atas kerajaan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Tahap sokongan ke atas perdana menteri di tahap tertinggi – 71 peratus – pada Disember 2011.

Monday, February 25, 2013

Petikan : Buletin Online

MARANG - Pembangunan
Baru Pasar Besar Kedai Payang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu bukan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat, tetapi untuk projek bagi mendapat keuntungan kewangan oleh pihak tertentu dikalangan pemimpin Umno.


[Gambar - YB Ustaz Mohd Nor menyampaikan panji-panji, bendera PAS kepada Ketua-ketua Pemuda DUN Dalam Kawasan Parlimen Marang sebagai simbolik pelancaran jentera pilhanraya Pemuda PAS Parlimen Marang]

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, pasar Payang sedia ada akan dirobohkan dan dibina diatas tapaknya sebuah pasar empat tingkat berhawa dingin dan sebuah hotel lima bintang.

Beliau mempersoalkan pembinaan pasar empat tingkat tersebut kerana katanya, tingkat dua pasar sedia ada pun tidak dikunjungi oleh ramai pelanggan.

"Pasar (Besar Kedai) Payang yang lama akan diruntuhkan, dia nak buat pasar empat tingkat pula............ yang dua tingkat (pasar sekarang) orang tak naik dah, nak buat empat tingkat......... cuba tanya peniaga pasar Payang yang berniaga di tingkat dua tu,

"harap ke Hari Raya.......... kalau musim (luar perayaan) macam sekarang, kita naik.....seorang-seorang tu mukanya masam (kerana tidak laku),"ujarnya.

Beliau selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata demikian pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Program Xpresi Orang Muda Marang dan Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di Kampung Binjai Manis pada Sabtu 23 Februari.

Menurutnya, rakyat Terengganu tidak mampu dan tidak akan menikmati kemudahan pasar baru dan hotel lima bintang itu, kerana kos sewanya mahal, selain ia akan melenyapkan warisan rakyat negeri Terengganu.

"Siapa dia (yang) dia boleh jual (berniaga)? Lot-lot kedai kalau yang sebegitu akan dibuat, mesti sewanya mahal (dan) siapa boleh (yang mampu) sewa, hilang warisan rakyat negeri Terengganu!,

"Disitulah yang orang mari (datang) ke negeri Terengganu ini nak cari keropok, nak tengok pasar Payang, nak tengok kawasan istana (Maziah), nak tengok Bukit Puteri, kerana bila orang naik Bukit Puteri dia akan nampak 360 darjah dalam kawasan Kuala Terengganu,"jelasnya.

Namun begitu, katanya, pembandangan indah tersebut tidak dapat dinikmati apabila Pasar Besar Kedai Payang diruntuhkan dan dibina bangunan yang tinggi.

Sunday, February 24, 2013


1. Dingin sungguh dinihari tadi. Hujan pula turun selebatnya. Semalaman sukar untuk melelapkan mata. Meskipun penat sangat terasa setelah melalui 3 program besar yang mengambil jarak pemanduan yang jauh.

2. Meninggalkan sempadan Kuantan, kami berlabuh seketika di pantai Terengganu. Sejurus selesai perasmian Majlis Xpresi Profesional Muda 2.0 di Qurrata Inn Riverside Resort Kuala Terengganu, saya terus berkejar ke Peringat Kota Bharu untuk Kuliah Perdana di Masjid Syuhada Kampung Bechah Mulong sebelum menyampai ceramah isu semasa di Lundang.

3. Merentas 3 negeri Pantai Timur dalam tempoh sehari dengan jadual program yang padat telah menjadi rutin. Segalanya dilaku untuk mencari mardhatillah dalam perjuangan suci ini. Tambahan pula amanah yang digalas sangat berat dan besar. Ianya terpaksa ditunai biarpun bertatih dan bertongkat paruh.

4. Rakan - rakan pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia jua mengalami situasi serupa. Cadang saya semalam, boleh bersapa rindu pada sahabat seperjuangan yang juga Timbalan saya dalam DPPM biar hanya baru 3 hari berpisah. Malangnya beliau telah bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadhiri satu program di sana sebelum memimpin delegasi DPPM ke konvensyen Pakatan Rakyat pada Isnin ini.

5. Kelihatan maklumat yang di update dalam kumpulan whatsapp DPPM petang kelmarin, sahabat saya, Naib Ketua DPPM yang baru sahaja sihat setelah seminggu lebih terlantar dipembaringan, kini telah berlepas ke Sabah untuk melangsaikan tanggungjawab perjuangan. Masing - masing dalam orbit tersendiri guna melunaskan amanah perjuangan sekaligus menepati roadmap DPPM membantu jamaah memenangi PRU 13 kelak.

6. Sambil memaksa mata lelap, jari jemari ini terus merekodkan memori bersulam emosi mengharungi karenah perjuangan ini. 1001 rasa terbit dari sebuah kepenatan dalam mengharungi pancaroba hidup sebagai seorang pemegang amanah perjuangan.

7. Terubat segala duka, terasa tenang dan lapang apabila menyaksikan betapa musuh - musuh Islam juga terkial - kial mencari rentak bagi menyaingi usaha gigih para pejuang Islam yang tidak pernah bosan dan jemu menjulang agamanya. Ternyata musuh Islam juga jauh lebih penat menghabiskan tenaga dan keringat untuk menyekat perkembangan Islam yang kian menyinar di bumi bertuah ini. Malah kepenatan mereka bertambah tenat apabila setiap usaha mereka untuk memadam cahaya hidayah hanya berdepan kemurkaan Allah swt saban ketika.

8. Bukan sahaja tenaga, bahkan musuh Islam terpaksa menghabiskan jutaan harta mereka bagi "membeli" hati manusia dengan penuh yakin pada "kuasa" harta yang mereka miliki. Mereka lupa bahawa Allah swt adalah pemilik mutlak hati manusia. Akhirnya mereka terpaksa akur dengan segala kepedihan bahawa harta mereka habis namun gagal untuk menyekat kesedaran dan kebangkitan khasnya dari generasi muda. Semakin tenat apabila mereka menyedari bahawa "umpan" mereka serba tidak menjadi kerana ummah kini sedar bahawa sandiwara tahap "drama bersiri" itu, telah diketahui plot dan kesudahannya.

9. Mengenang realiti ini, ia bagaikan terapi yang menghilangkan tekanan emosi dan meregangkan urat saraf yang kepenatan mengharungi kepadatan jadual rutin seharian. Sebagaimana sukar dan payah kita redah "sahara" perjuangan demi mencari sebuah kemenangan buat Islam, begitulah tidak mudah dan senang bagi musuh menafikan gelombang perubahan yang sedang melanda negara.

10. Kedudukan mereka semakin hari semakin tenat. Apalagi yang mereka tidak buat untuk sekat kebangkitan ummah bersama angin perubahan yang kian marak ? Harta telah ditabur, janji telah dihambur, projek telah dihulur, K Pop sudah dianjur, Gangnam Style sudah diatur ... Apalagi yang belum disusur ? Kecuali hanya mereka kini bagaikan buah yang menanti gugur.

*** Catatan Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Tuesday, February 19, 2013

Petikan Sinar Harian :               
Lupa kaki sudah tiada
Rumah milik Yahya dan isterinya, yang tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar berniaga, hangus dalam kebakaran di Kampung Titian Baru, Bukit Payung, Marang, semalam.
 
Lupa kaki sudah tiada
Mariam menunjukkan kaki kanannya yang sudah dipotong 10 tahun lalu.
 
Lupa kaki sudah tiada
Rumah milik Yahya dan isterinya, Fazilat hangus dalam kebakaran berkenaan.
 
MARANG - Terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi letupan kecil menyelamatkan nyawa seorang nenek dan cucunya dalam kejadian kebakaran yang membabitkan dua rumah di Kampung Titian Baru, Bukit Payung, di sini, semalam.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu bermula dari sebuah rumah milik seorang peniaga makanan dan minuman, Yahya Harun, 41, yang terletak bersebelahan rumah dua beranak itu, Mariam Abdul Rahman, 60, dan Norsyuhaidah Zamari, 21.

Kebakaran itu menyebabkan bahagian tepi dinding rumah dua beranak itu musnah manakala rumah milik peniaga terbabit, Yahya dan isterinya, Fazilat Mamat, 49, yang tiada di rumah ketika kejadian, kerana keluar berniaga, hangus sama sekali.

Mariam berkata, dia dimaklumkan mengenai kebakaran itu oleh cucunya, Norsyuhaidah yang tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi letupan kecil bersebelahan rumah mereka sebelum cucunya segera keluar untuk meminta pertolongan.

“Kerana terlalu takut mak cik pula bingkas bangun dan berjalan namun rebah semula. Mak cik rebah kerana mak cik terlupa kaki kanan telah dipotong akibat penyakit kencing manis dan mak cik dah tidak boleh berjalan sejak 10 tahun lalu.

“Mak cik sampai terlupa kaki kanan sudah tiada kerana terlalu takut sebelum cucu dan beberapa orang penduduk naik semula ke atas rumah dan mengangkat mak cik turun ke bawah untuk menyelamatkan mak cik,” katanya kepada Sinar Harian.

Selepas kedua beranak itu diselamatkan, penduduk kampung cuba membantu pasukan Bomba dan Penyelamat daerah memadamkan kebakaran tetapi gagal menyelamatkan rumah Yahaya namun pihak bomba berjaya mengawal api dari merebak.

Anggaran kerugian RM100,000

Sementara itu, bagi pasangan peniaga terbabit, Yahya dan isteri Fazilat, mereka bukan sahaja mengalami kerugian besar apabila rumah musnah, bahkan kesemua dokumen penting, termasuk sijil pengajian anak-anak mereka, juga tidak dapat diselamatkan.

Menurut Yahya, dia reda dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu namun agak sedih apabila mengenangkan nasib anak-anak apabila pelbagai barangan penting anak mereka tidak dapat diselamatkan termasuk barang hantaran perkahwinan.

“Saya sedikit terkilan, barang-barang hantaran perkahwinan anak keempat untuk majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan turut musnah,” kata bapa kepada lima anak itu ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Menurutnya, kesemua barangan seperti pakaian dan aksesori hantaran perkahwinan anak kelimanya yang kini bekerja di sebuah pelantar minyak milik syarikat tempatan itu musnah, manakala kerugian keseluruhan dianggarkan lebih kurang RM100,000.

“Kini semuanya sudah tiada, hasrat kami yang ingin mengekalkan rumah pusaka ini sebagai warisan keluarga juga tidak kesampaian, namun seperti yang saya katakan sebelum ini, kami reda dengan ujian ALLAH ini, walaupun perit,” katanya.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Marang, Zamri Awang Long, mengesahkan terima laporan pada jam 3.41 petang dan kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 4.08 petang oleh sepasukan 22 anggota bomba.

Saturday, February 16, 2013

Petikan : Buletin Online
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/rasmi%20itqan.jpgKUALA TERENGGANU - PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam, melangkah luas serta memasuki semua medan yang ada dalam negara ini, dengan pendekatan dakwah yang berbeza-beza mengikut sasaran.

Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, medan dakwah sangat luas, daripada masyarakat asli hingga kepada pembesar-pembesar serta tokoh-tokoh dalam negara yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama yang berlainan.

Menurutnya, pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat kristian, budha, hindu dan lain-lain mengikut kaedah serta cara-cara yang berbeza.

“Pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat Kristian, pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat Budha, masyarakat Hindu dan sebagainya.

“Alhamdulillah, menggambarkan gerakan yang kita (PAS) bawa ini adalah gerakan yang betul, gerakan yang syumul dan tidak ada selain gerakan Islam di Malaysia ini kecuali Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang boleh melangkah begitu luas dan memasuki semua medan yang ada di dalam negara.

“Kita (PAS) menceburi bidang politik, bidang ekonomi, bidang pendidikan, bidang sosial dan berbagai-bagai bidang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Institut Itqanul Muluk atau Pusat Kajian dan Pengajian Strategi Pembangunan Terengganu, di Km 14 Kampung Tok Jiring, dekat sini, pada Khamis, 14 Februari.

Ustaz Nik Zawawi menjelaskan, situasi tersebut bukan sahaja baru berlaku di zaman ini tetapi sejarah telah berlaku di zaman Rasulullah SAW yang diukirkan oleh Allah Ta’ala dalam beberapa surah al-Quran seperti dalam surah at-taubah.

Katanya, Islam meletakkan cara pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain mengikut tahap serta kemampuan kumpulan sasaran tersebut.

Inilah, kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu cara pendekatan yang diambil oleh Rasulullah dalam dakwah Baginda SAW.

“Islam meletakkan cara pendekatan yang berbeza antara satu sama lain. Cara kita (Islam) mendekati mereka dan mengajak mereka supaya balik ke jalan agama Allah SWT adalah jalan yang berbeza di antara satu sama lain.

“Inilah pendekatan yang diambil oleh Rasulullah dan apa yang hendak dibentuk melalui Institut Itqanul Muluk iaitu untuk menyampaikan mesej Islam ini tepat sebagaimana yang disusun atur dalam agama,"jelasnya di hadapan 100 hadirin.
.
Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Ulama’ PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Pengerusi Eksekutif Institut Itqanul Muluk, Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Ketua Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail dan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh.

Monday, February 11, 2013

Petikan : BuletinOnline

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/bendera%20ditohok3.jpgKUALA NERUS - 200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran.

Ekoran perbuatan khianat dan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang petugas PAS, Saufi Hashim.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/bendera%20ditohok.jpgMenurutnya, pada kira-kira jam 6.00 pagi, beliau telah menerima panggilan telefon dari seorang petugas memaklumkan tentang kerosakan dan kehilangan bendera PAS yang dipasang yang bearada di kawasan kampung Jeram Manir.

Katanya, selepas itu, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati 80% daripada daripada bendera yang telah dpasang lewat malam semalam telah musnah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/bendera%20ditohok1.jpg"pada kira-kira jam 8.00 pagi, saya telag pergi ke lokasi kejadian dan mendapati bendera PAS telah berada dalam longkang, dalam semak dan dalam parit air (alur),

"hampir 80% keseluruhannya bendera PAS yang dipasang telah dirosakkan sepanjang jalan Kampung Jeram ke kampung Teluk Pasu,"ujarnya dalam laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, kerugian yang dialami adalah sebanyak kira-kira RM1,500, akibat kerosakkan terhadap 200 bendera PAS yang telah dipasang.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana menurutnya, sebelum pihak PAS memasang bendera-bendera itu, perundingan telah dibuat degan pihak jawatankuasa keselamatan Umno DUN Teluk Pasu.

ARKIB