Monday, October 29, 2012

 

Kursus Bahasa Arab cuti sekolah kembali lagi
 
Inginkan anak anda fasih berbahasa arab?


Untuk keterangan lanjut sila layari:

 
Tempat adalah terhad
 
Daftarlah dengan segera

Thursday, October 25, 2012

Assalamualaikum
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Walillaahil Hamd
Segala puji bagi Allah kerana dengan kehendakNya, kita bertemu lagi dengan Eidul Adha pada tahun 1433 ini. Semoga kita semua mendapat lebih kebaikan pada hari yang penuh barakah ini. Ketika ini (9 Zulhijjah) umat Islam yang menjadi tetamu Allah sedang menjalani rukun haji iaitu Wuquf di Arafah. Manakala kita yang tidak menunaikan haji, disunatkan berpuasa sunat Arafah sebagai mengejari ganjaran yang dijanjikan rasulullah s.a.w.
Suka saya mengingatkan peristiwa pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s ketika menerima ujian agar meninggalkan anak dan isterinya di tanah yang tandus dan gersang dan tidak berpenghuni  iaitu di Mekah atas nama perintah dari Allah. Kekuatan jiwa isteri baginda Hajar, juga dapat dilihat apabila dia menerima dengan redha ketika bertanya kepada Nabi Ibrahim adakah ini arahan Allah? Dan apabila nabi Ibrahim menjawab “Ya” diapun membalas dengan penuh keyakinan “Maka Allah tidak akan mensia-siakan kami”.
Begitulah pula apabila anak lelaki baginda, nabi Ismail, apabila telah meningkat dewasa, didatangkan kepada oleh Allah nabi Ibrahim mimpi agar menyembelih satu-satunya anaknya itu. Jelas terbukti kekuatan jiwa ayah serta ibunya telah diwarisi oleh anaknya Ismail dengan menyuruh nabi Ibrahim melakukan penyembelihan itu hasil keyakinannya yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran sebagai bukti kepada ketaatan keluarga nabi Ibrahim ini untuk dijadikan contoh kepada umat terkemudian.
Akan tetapi satu persoalan kepada para pembaca yang saya kasihi, disebalik kisah pengorbanan keluarga nabi Ibrahim ini, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar telah menghayati hakikat pengorbanan itu. Adakah kita sudah dikira berkorban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti yang diajarkan oleh rasulullah? Adakah dengan menghadam cerita pengorbanan keluarga nabi Ibrahim saban tahun ketika menghampiri Eidul Adha dikira sebagai berkorban?
Sudah tentu tidak semudah itu hakikat korban dihayati. Apa yang lebih penting setelah kita mendengar cerita kisah keluarga nabi Ibrahim dan menyembelih binatang sebagai tanda pengorbanan kita ialah kita mesti bersungguh-sungguh menghayati hakikat korban itu  dengan memenuhi segala kehendak Allah keatas hambanya. Kita berkorban waktu tidur kita semata-mata mencari keampunan dan redhaNya di tengah-tengah malam. Kita mengorbankan harta benda kita demi menegakkan agama Allah. Kita mengorbankan rasa takut kita kepada ancaman dari mana-mana pihak kerana kita mencegah mungkar. Kita berkorban masa bagi memelihara keluarga kita dari api neraka serta lain-lain jalan pengorbanan yang memerlukan kekuatan jiwa yang kental.
Dan akhirnya kemuncak pengorbanan kita kepada Allah ialah mengorbankan jiwa kita demi kerana Allah. Pastinya pengorbanan jiwa kerana Allah tidaklah semudah seperti yang dikatakan atau didengar. Kerana ianya satu perniagaan yang menguntungkan yang dijamin oleh Allah seperti dalam firmanNya dalam surah as-Shaf ayat 10:
“Wahai orang-orang yang beriman mahukah Aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang melepaskan kamu dari azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda kamu dan dengan jiwa kamu. Dan itu lebih baik jika kamu mengetahuinya”
Tetapi sayang, dek kerana kelemahan dan ketakutan kita untuk berkorban, maka agama kita dihina sebegitu rupa. Tiada jalan lain lagi yang harus kita lakukan kecuali berkorban dengan segala kepunyaan kita kerana Allah untuk menaikkan kembali ketinggian Islam. Ingatlah akan amaran Allah yang Dia akan menggantikan dengan kaum lain sekiranya kita tidak mahu berkorban mempertahankan agamaNya
Oleh itu sentiasalah bersiap sedialah untuk berkorban demi kerana Allah. Jika kita sentiasa dalam keadaan bersedia berkorban demi kerana Allah maka insyaAllah Allah akan membantu kita dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini. Hanya orang-orang yang benar-benar cintakan Allah sahaja yang akan berkorban kerana Allah. Maka persiapkanlah diri kita semua agar menjadi hamba yang mencintai Allah dengan sepenuh jiwa dan raga. Jagalah Allah, maka Allah akan menjaga kamu. Semoga pengorbanan kita semua diterima Allah dan kita semua termasuk dari kalangan hambaNya yang berkorban demi kerana Allah insyaAllah.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Walillaahil Hamd
Ustaz Mohd Nor Hamzah
9 Zulhijjah 1433

Wednesday, October 24, 2012

MCA DAPAT RESTU UMNO

Presiden MCA , Dr Chua Soi Lik meneruskan agenda menghina Islam, syariat Islam dan masyarakat Islam. Dewan Pemuda PAS Terengganu sangat sensitif dengan kenyataan Presiden MCA dengan menyeru seluruh rakyat supaya menolak kenyataan yang berunsur fitnah dan jahat. MCA tidak berhak untuk mempertikaikan syariat Islam dan menghina masyarakat Islam. MCA berani dan bersifat terbuka menghina Islam dan syariatnya kerana pemimpin UMNO menjadi jaguh menghina syariat Islam. Rakyat Malaysia mesti bangkit menunjukkan bantahan terhadap penghinaan kepada Syariat Islam oleh MCA sebagaimana bantahan terhadap filem yang menghina Rasulullah dan pengajarannya.

UMNO gagal untuk mengajar MCA untuk menghormati syariat Islam dan masyarakat Islam, walapun UMNO telah bersahabat dan bergabung dengan MCA lebih daripada 55 tahun. UMNO telah berjaya diperkuda dan diperlembukan oleh MCA sehingga UMNO merestui penghinaan terhadap  Islam dan syariatnya.

Kenyataan pimpinan MCA yang sangat banyak dalam menghina Islam dan syariatnya,  tidak akan dilupai oleh masyarkat Islam yang bermaruah.

1-    Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional

2-    Pada 4 December 2011 , selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Chua menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan.

3-    Presiden MCA  menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012 (sebagai respon) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah yang mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor bahawa:“Adun Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam.

4-    Presiden MCA ; “Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam.?” Ia menghina wanita Islam, Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan lelaki ajnabi.

5-    Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.  "MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam,". – 18 ogos 2012.

Kenyataan terbaru : Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh Pas selama ini, akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan. – Sinarharian 18 okt 2012.

Kami menganggap kenyataan ini berunsur hasutan dan berniat jahat terhadap Islam dan masyarakat Islam.

1-    Kami bersedia mengadakan dailog dan perbincangan dengan pimpinan MCA untuk memahamkan tentang kemurniaan syariat Islam dan keadilan undang-undang jenayah dalam Islam. Kami menyakini bahawa pimpinan MCA bermulut celupar dan berfikir jijik tentang syariat Islam kerana UMNO merestuinya dan gagal untuk memahamkan MCA tentang Islam.

2-   Kenyataan ini menganggap bahawa  perlaksanaan syariat Islam akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan merupakan fitnah dan hanya berasaskan sms yang tidak diperakui kesahihannya pada sudut keilmuan dan terpinggir daripada kajian inteletual. Rakyat sewajarnya menolak kepimpinan yang membuat andaian bohong dan rambang. Jika hanya satu  SMS menjadi sumber rujukan dalam menentukan hala tuju pentadbiran dan pembangunan negara oleh pimpinan MCA, nescaya UMNO telah merestui kebodohan dalam pemerintahannya sebagaimana pimpinan MCA berjaya memperbodohkan beberapa Perdana Menteri dalam isu Zon Bebas Cukai Pelabuhan Kelang.

3-    Perlaksanaan undang-undang jenayah Islam dikenakan pada golongan penjenayah muslim dalam perkara-perkara mungkar yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat dan negara. Kenyataan ini mencerminkan keperibadian MCA yang sangat menyayangi jenayah dan menggalakkan masyarakat Islam supaya melanggari kemungkaran yang dilarang oleh agama mereka. Di samping, MCA seolah-olah menuduh masyarakat Islam sangat ramai bekerja dan berminat dalam perlacuran dan sektor minuman haram. Apakah jumlah 1.2 juta menggambar jumlah pekerja muslim dalam sektor pelacuran dan minuman haram ?.

4-   Adakah pelacuran, perjudian, kecurian, rompakan dan samun yang mahu dibanteras oleh syariat Islam, dibenarkan oleh agama-agama lain ?. Semua agama dalam dunia ini membenci dan melarang semua bentuk jenayah yang ditentang oleh Hudud. Hanya golongan penjenayah dan tidak beragama melupai kemurniaan dan nilai-nilai kebaikan dalam agama.

5-    Di masa syariat Islam dihina oleh MCA, seluruh mufti dan ustaz-ustaz dalam UMNO terus diam menikus dan seolah-olah mengiyakan kenyataan ini. Kemungkinan juga ustaz-ustaz dan mufti dalam UMNO juga tidak memahami syariat Islam dan mahu agar rakyat terus tidak memahaminya. Inilah hasrat Amerika dan sekutunya Barat yang mendesak agar pengajian tentang Hudud dan jihad dimansuhkan daripada sukatan pelajaran di seluruh pusat pengajian sehingga tekanan terus dilakukan terhadap sekolah-sekolah agama rakyat.

6-    Sewajarnya, ahli-ahli UMNO mendesak supaya dikeluarkan MCA daripada Barisan Nasional kerana MCA bukan sahaja menghina Islam tetapi keperibadian melayu yang bencikan jenayah dan kemungkaran. Kemungkinan golongan melayu muslim dalam UMNO hilang maruah dan harga diri, jika terus membiarkan MCA menghina agama mereka.

MCA akan terus berkuasa untuk menghina Islam selama mana Barisan Nasional memerintah dan UMNO menang dalam pilihanraya. MCA akan berdiam dan tidak berani menghina syariat Islam, jika UMNO kalah dalam pilihanraya kali ini. MCA berani kerana restu dan sokongan pimpinan UMNO. Jika UMNO tiada kuasa, nescaya hilang kesombongan MCA terhadap Islam dan masyarakat Islam. Jika masyarakat Islam sayang kepada Islam dan mahu agar MCA faham Islam, maka tiada jalan dan kaedah yang paling selamat melainkan kalahkan UMNO dalam pilihanraya ke 13.
 
Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu
25hb Okt 2012/8 Zulhijjah 1433

Sunday, October 14, 2012


Assalamualaikum. Untuk tontonan semua, taujihad YB Ustaz Mohd Nor pada 12hb Oktober 2012 kepada petugas-petugas PAS di Kemasik. Semoga mendapat manafaat kepada yang ingin mencari kekuatan menghadapi PRU 13 ini insyaAllah.
 
 
 
 
Marang : Dewan Pemuda PAS Terengganu hari ini mendesak SPRM menyiasat secara terperinci dan menyeluruh berkenaan dana yang dikatakan diperolehi Umno Sabah sebanyak RM40 juta baru-baru ini.
Ketuanya Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata perkara ini bukan perkara kecil kerana ianya sendiri diakui oleh menteri Umno.
Beliau kemudiannya menyatakan bahawa inilah caranya Umno terus kekal berkuasa iaitu dengan mendapat dana asing.
“Mereka berhelah dengan mengatakan bahawa PR mendapat dana asing sedangkan kes ini membuktikan sebaliknya.
Kita mendesak SPRM agar menyiasat perkara ini, kerana berkemungkinan dana itu datang dari mereka yang berkepentingan,” ujarnya.
Ustaz Mohd Nor melahirkan kebimbangan berkenaan penglibatan pihak asing ini dengan monopoli dan penguasaan kuasa asing terhadap kepimpinan negara dan menjejaskan hala tuju kehidupan rakyat.
Menurut beliau lagi, tindakan Umno ini bercanggah dengan aspirasi rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih.
Malah hal ini katanya menunjukkan perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno.
“Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am sanggup disiasat oleh SPRM bagi membuktikan kerajaan mereka bersih dari penyelewengan.

Sedangkan Najib, dia tak mahu mendedahkan siapa penyumbang wang kepada Umno Sabah dan menganggap perkara itu biasa dalam politik,” tambah beliau lagi.
Dalam laporan beberapa buah portal berita, seorang usahawan berbangsa cina yang dikenali sebagai Micheal Chia telah ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong.
Beliau didapati membawa sejumlah wang sebanyak RM40 juta dalam bentuk matawang Singapura dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menuju ke Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain mengenai laporan pertemuan antara PM dan George Soros, beliau menegaskan inilah rupa sebenar Umno.
“Dulu PM kata sebuah NGO mendapat dana dari Soros, bekas PM pula kata satu undi kepada pembangkang, bermakna satu undi kepada Soros.
Tapi bila ada laporan yang mengatakan bahawa PM juga ada bertemu dengan Soros, dia kata tak ada apa-apa.
Mungkin kita boleh kata satu undi kepada BN bermakna satu undi untuk Soros?,” tanya beliau sinis.
Beberapa hari lalu dalam laporan berita, dinyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ada bertemu dengan George Soros, namun Perdana Menteri kemudiannya menyatakan pertemuan itu adalah atas permintaan Soros.
Oleh itu beliau mengajak rakyat untuk melakukan perubahan dan memilih PR dalam PRU akan datang agar PR dapat mendirikan kerajaan yang bersih dan telus.
Kemasik : Rakyat Terengganu diminta memikirkan adakah benar BN yang mengaku membuat janji dan menepatinya atau sekadar gimik bagi menipu rakyat.
Gesaan ini dibuat oleh Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika menyampaikan ceramah ringkas dalam majlis Hi Tea bersama pengundi-pengundi di UPU Air Jernih, Kemasik baru-baru ini.
Ini menurut beliau terbukti apabila jemaah haji yang satu masa dahulu dijanjikan 12 penerbangan terus pada tahun ini hanya mendapat dua penerbangan terus sahaja dari Terengganu ke Madinah dan Jeddah.
“Orang nak pergi hajipun kena tipu. Dulu kata nak bagi 12 penerbangan (terus) tahun ni, tapi hanya dua saja penerbangan terus saja.
Satu penerbangan pada 29hb September dan satu lagi pada 9hb Oktober kalu saya tak silap,” kata beliau.
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dilaporkan berkata ketika dalam satu majlis menandatangani MoU dengan Saudi Airlines pada 14 April lalu, untuk mendapatkan 12 penerbangan terus dari Terengganu ke Madinah dan Jeddah.
Tahun lalu sebanyak lapan penerbangan terus telah dilakukan dan kesemua penerbangan itu akan menggunakan pesawat Airbus 350.
Seterusnya Ustaz Mohd Nor mengingatkan pengundi-pengundi tentang duit royalti petroleum yang dijanjikan akan dibayar kembali pada kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu oleh BN dahulu, sehingga sekarang masih belum diperolehi.
Malah menurut beliau lagi, kerajaan negeri dibawah pimpinan Dato Seri Ahmad Said juga telah menggugurkan saman terhadap Petronas dan menyelesaikan di luar mahkamah serta menolak untuk dibincangkan di dalam sidang DUN.
“Jadi tuan-tuan fikir sendirilah,adakah janji ini ditepati atau apa,” tanya beliau.
 
Program Hi Tea yang dianjurkan oleh UPU Air Jernih itu juga turut dihadiri oleh beberapa wakil masyarakat cina disebalik tohmahan yang dibuat oleh BN dengan menakut-nakutkan bukan Islam dengan isu hudud.

Monday, October 8, 2012


Marang : Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Pengarah Program Pas Ganti Umno (PGU) 5.0 di DUN Jabi Setiu, hari ini menzahirkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang terlibat menjayakan program tersebut.

Beliau mendedikasikan ucapan terima kasih itu kepada PAS Kawasan Setiu sebagai tuan rumah, petugas-petugas PAS dari pelbagai lapisan pangkat dan semua ahli PAS dan PR dari seluruh pelusuk Terengganu.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Kawsan Setiu dan seluruh jentera yang telah bersusah payah mengembeling tenaga bagi menjayakan program ini.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan kariah Masjid Pekan Jabi diatas kerjasama yang telah diberikan. Kami memohon kemaafan sekiranya ada kelemahan kami sewaktu program ini berlangsung.
Juga kepada pasukan keselamatan yang membantu melicinkan perjalanan program ini,” katanya.
Ustaz Mohd Nor sangat berpuashati dengan perjalanan PGU 5.0 ini secara keseluruhannya dan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi PGU seterusnya sekiranya tiada pilihanraya umum selepas oktober ini.
Ditanya mengenai kemasukkan tiga orang tokoh dalam program itu semalam, beliau menyatakan ianya adalah isyarat jelas PAS diterima oleh semua lapisan masyarakat.
“Kemasukan Tengku Paduka (Tengku Ibrahim) ini jelas memperakui bahawa PAS menjulang institusi istana apabila kerabat diraja sanggup bersama-sama PAS.
 
Manakala penyertaan saudara Amzad yang mewakili golongan profesional ke dalam PAS ini sebenarnya menzahirkan keyakinan mereka iaitu PAS layak memerintah dan memimpin.
Jadi tuduhan PAS parti ajaran sesat telah memberikan kesan positif bukan kepada Umno tetapi kepada PAS dimana golongan cerdik pandai malah yang dalam Umno sendiri seperti Datuk Osman, tahu bahawa tuduhan itu hanyalah bohong,” tegas beliau lagi.
 
Semalam dalam program PGU 5.0 itu tiga orang tokoh anak Terengganu telah mengisytiharkan diri menyertai PAS.
Mereka ialah Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim ibni al Marhum Sultan Ismail Nasirudin Shah atau lebih dikenali sebagai Ku Duka dikalangan rakyat Terengganu.
Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 mewakili Parti Melayu Semangat 46 ketika itu.
Tokoh kedua ialah Datuk Osman Abu Bakar bekas wartawan utusan dan pegawai akhbar di Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga menteri pertahanan iaitu Tan Sri Taib Mahmud, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir Mohammad.
Ketiga, seorang profesional muda, saudara Ahmad Amzad bin Mohammad@Hashim, Pengerusi Eksekutif Norstar Technology Pulau Pinang dan juga bekas Pengarah Urusan di MSET Shipbuilding Corperation Sdn. Bhd.
Mereka menyerahkan borang keahlian mereka kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaksikan oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali dan saf kepimpinan PAS Terengganu.

Sunday, October 7, 2012

Petikan : Buletin Online
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/futsal.jpgBESUT - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBST) Datuk Che Mat Jusoh disifatkan sebagai seorang yang 'sombong dan degil' kerana enggan berundur dan melepaskan jawatannya setelah didesak oleh para penyokong dan peminat bolasepak negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Che Mat Jusoh mengambil sikap demikian kerana beliau disokong penuh oleh kepimpinan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

"(Ia) menandakan kedegilan dan kesombongan (Datuk) Che Mat Jusoh, walaupun (telah) didesak oleh penykong-penyokong pasukan bolasepak negeri Terengganu.

"Che Mat Jusoh berdegil kerana mendapat sokongan yang padu daripada kepimpinan kerajaan (Umno-BN) Terengganu," tegasnya.

Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas memberikan sokongan kepada passukan-pasukan yang bertandngan dalam pertandingan Futsal sempena program Himpunan Pemuda dan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT).

HIMPIT diadakan sebagai 'pembukai tirai' program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0)di Pekan Jabi, dekat sin, pada Sabtu 5 Oktober.

Justeru, bedasarkan sikap Che Mat tersebut, beliau menegaskan, tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam kepimpinan bolasepak negeri Terengganu dan penyelesaian terhadap 'polemik' yang melanda sukan utama itu.

"Tidak (akan) ada penyelesaian terhadap (polemik yang dihadapi oleh) pasukan bolasepak negeri Terengganu melainkan (dilakukan) perubahan (dalam) kepimpinan kerajaan negeri Terengganu dalam pilihanraya (umum ke-13) akan datang," jelasnya.

Desakan supaya Datuk Che Mat Jusoh meletakkan jawatan telah 'berkumandang' sejak tahun lalu dan kemuncaknya, satu himpunan aman yang digelar 'Himpunan Asal Bukan Che Mat (ABC) telah diadakan oleh para penyokong pasukan bolasepak negeri Terengganu di Batu Burok pada 29 September lalu.

Namun begitu, sebagai respons kepada himpunan tersebut, Datuk Che Mat pada 30 September telah membuat kenyataan, beliau tidak akan meletakkan jawatan.

Sementara itu, pasukan dari kawasan Setiu (gambar) telah menjuarai pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda sempena PGU 5.0 di Jabi, apabila pasukan tersebut mengalahkan pasukan dari kawasan Marang dengan jaringan gol 3 berbalas 2.

Saturday, October 6, 2012

Petikan : Buletin Online
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/khianat.jpgSETIU - Kehadiran puluhan ribu penyokong dan ahli PAS ke program Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) yang bermula semalam 5 Oktober, di Pekan Jabi dekat sini telah meningkatkan 'suhu kepanasan' politik tempatan.

Pelbagai acara sambutan PGU5.0 yang diadakan sejak pagi Jumaat, mengundang 'tumbuhnya' program-program 'semerta' Umno dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Setiu.

Antaranya program sempena PGU5.0, adalah program Khidmat Massyarakat membaikpulih rumah rakyat dhaif di Kampung Tempinis dan Rawatan Perubatan Percuma oleh Pasukan Perubatan Yayasan Amal yang diadakan di seluruh kawasan Dewan Undangan DUN Jabi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/IMG_1707.jpg"Umno-BN buat program serta merta untuk mengekang ahli dan penyokongnya yang semakin terhakis dalam DUN Jabi, antaranya saya difahamkan program penerangan di Kampung Tempinis dan mengagih-agih cermin mata kepada pelajar sekolah,

"ini memperlihatkan Umno-BN cemas dengan kebangkitan rakyat terutamanya saat semakin hampir kepada pilihanraya umum,"kata Pengerusi Majlis Tindkaan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama-sama Pasukan Perubatan Yayasan Amal memberikan rawatan percuma di Kampung Tok Dor Dalam.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/IMG_1696.jpgSelain program Kebajikan, program sehari suntuk Himpunan Ameerah yang berlangsung di Lata Belatan telah berjaya menarik minat ramai pemudi-pemudi dan menguatkan saf PAS Terengganu dalam persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Sementara itu, acara pertandingan Futsal anjuran Dewan Pemua PAS Terengganu yang dijadualkan berlangsung di gelanggang Futsal Felda Selasih terpaksa di pindahkan ke gelanggang Futsal Kampung Lak Lok, Besut.

Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Zaidan Abdullah, ia adalah kerana Pengurus Felda yang dikenali ramai sebagai penyokong kuat Umno-BN telah membantah dan membatalkan tempahan gelanggang Futsal di Felda Selasih.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/IMG_1703.jpgWalaupun beralih lokasi yang agak jauh, Zaidan berkata, pertandingan Futsal berjaya dianjurkan dan mendapat sambutan.

"Pasukan dari kawasan Setiu menjadi juara setelah mengalahkan pasukan dari kawasan Marang dengan jaringan gol 3 berbalas 2,"kata Zaidan

Kemuncak kebimbangan musuh PAS pada program hari pertama PGU5.0 adalah pengkhianatan yang dilakukan keatas bendera-bendera yang di pasang diseluruh DUN Jabi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/futsal.jpgPerkara tersebut dikesan selepas ceramah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Dataran PGU berjaya menghimpunkan tidak kurang 10,000 hadirin.

Para petugas PAS yang membuat rondaan mendapati bendera yang dipasang di jambatan bersampiran simpang Kampung Oh telah di patahkan dan dibuang.

"Masih ada lagi puak yang tidak bertamadun yang duk patahkan bendera (PAS),"komen Mohd Sabri, seorang petugas media PAS DUN Jabi ketika merakamkan gambar pengkhianatan yang dilakukan ke atas bendera PAS tersebut.
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/khianat1.jpg

Wednesday, October 3, 2012

Petikan : Harian Sinar edisi cetak 3 Oktober 2012
 
 

Petikan : Buletin Online

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/pentas%20utama.jpgSETIU - Himpunan Kebankitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) sepertimana empat PGU sebelumnya akan menarik ramai anak-anak muda di negeri ini melalui dua program serentak iaitu Himpunan Pemuda-Pemudi & Muslimat Terengganu (Himpit) yang diadakan secara khusus bermula pada petang Jumaat 5 Oktober hingga pagi Sabtu, 6 Oktober.

Pengarah PGU5.0 YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata sasaran utama PGU 5.0 kali ini adalah golongan muda-mudi yang menjadi penentu kemenangan parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, di Terengganu kuasa pengundi muda sangat besar hingga 40 peratus yang boleh menjadi undi penentu mana-mana parti bertanding kelak.

“Pada himpunan PGU 5.0 kali ini, kita (PAS) cuba sasarkan kepada anak-anak muda lelaki dan perempuan. Golongan (muda) ini sangat besar di Terengganu hingga 40 peratus dari jumlah pengundi.

“Pengundi muda ini menjadi sasaran kepada mana-mana parti bertanding termasuk PAS dan Umno. Kita (PAS) tidak mahu terlepas peluang ini, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu menjelaskan program Himpit lebih mensasarkan kepada golongan pemuda, pemudi dan muslimat.

Antaranya, kata Ustaz Mohd Nor, pada hari Jumaat (5 Oktober) diadakan aktiviti sukan Futsal Piala Ketua Pemuda DPPNT di Felda Selasih, Setiu.

Manakala, katanya, hari Sabtu (6 Oktober) diadakan larian Hijau bermula di tapak PGU5.0, pada jam 7.00 pagi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/pintu%20gerbang%20PGU5.0.jpgIa diikuti pula dengan aktiviti sukan seperti bowling kelapa, tuju gol, sepak raga bulat, tuju jarring dan timbang bola. Aktiviti bermotor seperti motor lambat, cabut tayar, pemanduan berhemah, motor cantik serta kemahiran titi jambatan dengan motosikal.

“Aktiviti Indoor Game pula seperti PS2, dart, catur, magic cube, teka biji, persembahan pentas para pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan acara muslimat dengan penampilan khas, Noryn Aziz.

“Kita (PAS) yakin akan lebih ramai tokoh-tokoh masyarakat, ahli sukan, artis dan pegawai-pegawai kerajaan, swasta akan bersama dengan PAS dalam program PGU 5.0 ini,” jelasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan dihukum oleh rakyat yang melihat PAS wajar menggantikan Umno pada PRU13.

Harakah dimaklumkan, konvoi bermotosikal (ARC) dan pacuan 4 roda (4x4) mengiringi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia, Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula di Dataran Ketara, Besut, pada jam 2.00 petang, 6 Oktober.

Selepas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Himpunan Kebangkitan PGU 5.0 serta pengistiharan beberapa orang tokoh masyarakat menyertai PAS di Dataran Pekan Jabi tersebut.

Kuliah santai pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus bersama Salebriti Bob Lokman akan menyusul sekitar jam 5.00 petang yang bakal menyaksikan kehadiran ribuan anak-anak muda serta peminatnya.

Acara kemuncak PGU 5.0 itu dengan Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Beaufort Sabah, Dato’ Seri Panglima Lajim Ukim, Adun Triang-DAP, Leong Ngah Ngah, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut serta tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS.

ARKIB