Sunday, February 27, 2011


Demikian BBC melaporkan Necmettin Erbakan, bekas PM Turki meninggal dunia. Beliau pernah ke Malaysia semasa menjadi PM Turki. Tuan Guru kepada gerakan Islam Turki dan seluruh dunia. Al-Fatihah.



Update;


PERUTUSAN TAKZIAH OLEH YB TUAN GURU PRESIDEN PAS






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.


Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.


Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 - 1997.


Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.
Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.


AL FAATIHAH.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432 H / 27 Februari 2011 M

Saturday, February 26, 2011


26 Februari –  Pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, demikian diumumkan oleh  Pengawai Pengurus bagi PRK itu, Datuk Tarif Abd Rahman di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Wartawan Malaysiakini melaporkan bahawa Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun peluang mereka masih 50-50, PAS akan mampu membuat kejutan.

Tuan Ibrahim berkata BN sudah masuk perangkap PAS apabila menyangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Kerdau kali ini.

Sementara itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula berkata tidak mustahil calon PAS akan menang kerana generasi muda, termasuk di kawasan Felda semakin bermaklumat dan sedar.

Disertakan beberapa gambar sekitar hari penamaan calon.

 Orang kuat PAS Pahang, Saudara Roslan Zainal di 'pintu masuk' ke Dewan Tun Razak menunggu tokoh-tokoh PAS dan PR untuk ke ruangan terhad dalam Dewan Tun Razak.

 Cikgu Safinah, Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu bersama suami Ustaz Awang sempat minum pagi di sebuah warung dalam bandar Temerloh.







 Ramai jawatankuasa Pemuda PAS Terengganu di sini termasuk Ustaz Wan Shukairi dan Ustaz Razki.

 Ustaz Ridzuan Hasyim, Ketua Pemuda Kuala Nerus pun ada.


 Ustaz Hamzah Ngah dan Abang Wei.










 Penasihat DAP, Saudara Lim Kit Siang datang memberikan sokongan bersama kepimpinan DAP yang lain.

 Teresa Kok, EXCO Kerajaan Selangor.






 Naib Presiden ANAK, saudara Aris Fezul Ismail.




 Banner oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS.


 Ng Chai Hin daripada Terengganu.

 Kadang-kadang rasa seperti pasar malam di sini, cuma masih terlalu pagi dan tengahari.


 Ustaz Zakaria Dagang bersama keluarga besar.




 Ustaz Abu Bakar Chik berbincang sesuatu saudara Roslan.


 Suasana Dewan Tun Razak daripada sisi PAS.



 PAS, DAP, PKR.

 Ayah Wer antara pemegang 'panji-panji' Parti Islam.






 Air Gau dibahagi-bahagikan sebagai penghilang dehidrasi.



 Kawat duri pemisah antara dua pasukan penyokong.



 Kem UMNO sebelah sana.

 Barisan Depan Penyokong PAS.






 Ayah Wer beralih tempat, lebih ke hadapan.


 Pemerhati daripada luar kawasan kedua-dua belah pihak penyokong.

 Ronnie Liu tak jumpa pintu masuk, namun di bawa oleh penyokong PAS ke pintu yang betul.




 Ustaz Abu Bakar Soleh.

 Orang Asli dan mesej beliau.






 Dewan Himpunan Penyokong PAS dijemput bergambar.


 ARC di mana jua.




 Awie mendapatkan 'ariel view'.


 Dua hero Alor Limbat memegang 'panji-panji'.




 Jip polis ada sedikit bayang yang boleh menjadi tempat berlindung dalam kes ini.


 Ustaz Burhanuddin Ahmad, pegawai khas YB Dr. Fadhli Dato' Hassan, EXCO Kelantan, sedang mengukir senyuman untuk sahabat lamanya.

 Ustaz Muda yang sentiasa mude.

 YB Dr. Alias, ADUN Bukit Tunggal.



 Tiang bendera dengan menggunakan joran.

 




 Air SPR vs Air Gau.

 Sebelum pengumuman rasmi oleh pegawai SPR.




Berjalan pulang di celah-celah kenderaan FRU dan polis FRU.

 Tuan Guru Presiden dalam satu ceramah pada malam sebelum penamaan calon.




 Ceramah selesai.

Sempat minum-minum sebelum pulang.



Pasukan petugas bersarapan sebelum ke pusat penamaan calon.


ARKIB